Teduhan Jiwa (;) II

Untuk part I, (https://iiumc.com/teduhan-jiwa/).

Aku tenung semua baju arwah ibu di dalam bilik. Kain telekung yang aku belikan untuknya masih terlipat cantik dan tidak sempat dipakai olehnya. Semua kain dan baju arwah ibu diberi kepada orang ramai.

Telekung yang aku belikan untuknya tu aku ambil semula dan berikan kepada umi (ibu Nazrin). “Ambillah. Kain telekung ni masih baru dan cantik. Arwah kata nak pakai masa solat terawih tapi…” aku terdiam sekejap.

Aku terlalu rindukan arwah ibu sehinggakan aku masih chat arwah kat Whatsapp. Walaupun hakikatnya aku tahu ianya tidak akan terbalas.

Aku terlalu kerap menangis bila bersendirian. Oleh kerana itu, Nazrin terlalu risau dengan keadaan ‘mental’ aku yang kurang stabil, dia teman aku tidur.

Aku terbangun pada pukul 4 pagi dan melihat Nazrin tertidur disebelahku. Masa tu aku nak kejut Nazrin supaya dia boleh terus pulang ke rumahnya.

Aku mula menyentuh perut Nazrin. Aku melihat seperti Nazrin tidak bernafas. Mukanya juga pucat sedikit. Aku menggerakkan badan Nazrin tetapi tiada respond.

Aku baring semula di sebelah Nazrin dan menangis. Aku teringat akan sejuknya jasad arwah ibu ketika aku menyentuhnya.

Aku juga fikir yang Nazrin akan tinggalkan aku seorang diri. Tidak lama tu, aku berasa sedikit lega melihat badan Nazrin bergerak. Aku mula memarahinya kerana aku begitu trauma dan takut ditinggalkan begitu sahaja.

Setelah arwah ibu meninggal, aku terasa seperti berada di tengah lautan terkapai-kapai mencari tempat berpaut. Aku tahu kali ini agak sukar kerana aku akan laluinya sendirian dan hanya Nazrin sahaja yang menjadi penguatku ketika itu.

Bukankah seorang anak perempuan itu sepatutnya mempercayai dan berteduh dibawah seorang ayah yang sepatutnya menjadi segala-galanya bagi anak perempuannya? Aku tidak percaya kepada sesiapa dan aku lebih selesa dengan Nazrin.

Nazrin tu orang luar bukan dalam keluargaku yang sepatutnya menjadi tempatku berteduh. Kerana sikap ayah itu, aku berhenti berharap dan tidak mencari perhatian darinya. Abangku Alif tidak rapat denganku.

Maya pula sering menyakiti aku dengan kata-katanya yang toksik. Helmi pula jenis bawa diri sendiri.

Aku terselak album lama yang punya beratus gambar kenanganku waktu kecil. Setelah aku perhati, aku perasan yang aku banyak mendekatkan diri dengan Mak Na dan arwah suaminya. Ayah disebelahku langsung tidakku heran.

Budak kecil tidak pandai menipu. Budak kecil akan pergi dekat dengan orang yang mereka rasa selesa dan care terhadapnya. Mak Na kini menjadi tempatku berteduh buat sementara selain Nazrin. Terima kasih Mak Na atas semuanya.

Doktor Raiha adalah seorang doktor pakar yang merawatku. Beliau seorang doktor yang sangat professional. Tiada ‘judge’ dan senang berurusan dengannya. “So, apa yang awak buat sepanjang awak diberi MC?” Tanya Doktor Raiha sambil merenung tepat ke anak mataku.

Aku menarik nafas dalam dan mengalihkan arah mataku ke bawah “Saya tidak berbuat apa-apa. Saya menghabiskan masa saya di atas katil sahaja. Saya juga banyak melihat documentaries tentang kes pembunuhan. Saya tiada perasaan apa-apa bila melihat kejadian kejam tersebut”.

Doktor Raiha membalas “Apa yang awak tengok tu adalah menunjukkan bahawa ada sesuatu yang awak simpan kemarahan tetapi awak tidak mampu berbuat apa-apa. Awak marah pada siapa?”.

Nafasku mula laju dan menjawab “Kalau saya boleh lakukan itu semua, saya mahu bunuh ayah saya kerana dia menyakiti arwah ibu dan juga saya!”.

Semakin hari aku semakin banyak melihat cerita yang melibatkan unsur kekejaman terhadap manusia contohnya movie SAW yang punya banyak chapter.

Selain itu, aku juga melihat video bunuh tembak orang tanpa sebarang censored. Jujur aku kata, aku tiada rasa apa-apa ketika melihatnya malah aku berasa seronok dan puas. Aku ada cenderung untuk melukakan orang sekeliling tetapi setakat ini aku masih boleh ditenangkan.

Jika aku berasa terlampau geram sehingga badanku mula menggigil, aku akan menumbuk diriku sendiri sehingga aku berasa sakitnya.

Nazrin adalah salah satu mangsaku tetapi dia langsung tidak membalas perbuatanku. Aku sepak, terajang, pukul dan juga tumbuk Nazrin.

Nazrin merelakan kerana dia risau kalau aku cederakan orang lain atau cederakan diriku sendiri.

Aku tahu sepanjang hidup arwah ibu tidak bahagia. Aku tahu ayah lebihkan orang lain selain isterinya sendiri. Ayah juga pilih kasih. Aku dapat melihat dia lebihkan Maya dan yang pasti aku bukan anak favorite dia.

Aku banyak memberontak. Hati aku jadi semakin keras tanpa belaian dan kasih sayang dari seorang ayah. Bila ayah tanya tentang sakit mentalku, aku hanya menjawab kemurungan dan lain-lain. Aku tak expect lebih pun kerana aku tahu reaksi dari dia hanyalah biasa sahaja.

“Ibu, kite sakit. Ayah tak peduli pun. Sekarang ni kite tak duduk kat rumah dengan ayah. Mak Na yang jaga kite. Kalau ibu masih ada, mesti ibu sedih tengok keadaan anak-anak ibu macam ni kan? Kite tiada siapa yang nak bela nasib. Terima kasih ibu sebab memikirkan masa hadapan anak-anak ibu…”.

Air mataku menitis di atas pusara arwah ibu. Aku tahu ibu mendengarnya tetapi dia tidak mampu memberi respond.

Aku melawat kawan baik ibu Cik Nora. Cik Nora tahu segala luahan arwah ibu. Air mataku tidak berhenti menitis memikirkan peritnya apa yang arwah lalui sebagai seorang isteri. “Ayah kamu buat apa je sekarang ni?” Tanya Cik Nora kepadaku.

Aku menjawab “Entahlah. Duduk rumah. Do nothing”. Cik Nora berasa hairan “Habis, ayah kamu tak kerja ke?”. Aku dengan selamba jawab “Tidak”. “Siapa yang tanggung kamu kalau dia tak bekerja?” Dai Cik Nora berkerut.

Aku tersenyum dan menjawab walaupun ianya pedih “Saya dah tidak menjadi orang sini lagi, saya dah jadi warga Negeri Sembilan sekarang. Kakak ibu yang jaga saya dan beradik.”

Berbicara tentang melanjutkan pelajaran, Cik Nora mula membebel kecewa “Nanti kamu nak sambung belajar macam mana? Anak nak belajar kena ada duit. Ayah kamu tu sihat tapi kenapa dia tak mahu kerja?”. Aku hanya diam. Aku tiada jawapan itu soalan itu.

Apa yang aku tahu, ayah memaksa kami semua sambung belajar tetapi dia tidak mahu ambil peduli tentang hutang ptptn, perbelanjaan dan keperluan kami anak-anaknya. Dia hanya tahu apa yang dia mahukan semua wajib dituruti.

Aku tak tahu nak menagih simpati dan mengemis pada siapa. Macam ini lah nasib aku tanpa seorang ibu. Segalanya berubah.

Nazrin banyak membantuku sehingga sanggup korbankan apa sahaja demi aku tapi aku malu dengannya. Terasa diri ini seperti beban yang menyusahkan orang saja.

Kata-kata terakhir dari aku adalah “Tetaplah teruskan hidup walaupun cuma sekadar beban”. – PesakitMental ( ; )

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *