Tegas atau Kejam?

Assalammualaikum semua. Mohon sangat admin publish cerita aku ni. Nama aku Su. Aku kerja di sebuah agensi terkemuka di salah sebuah negeri di selatan tanah air. Itulah serba ringkas tentang aku.

Apa yang aku nak luahkan adalah tentang “keperibadian terpuji ” sikap orang atasan. Seperti tajuk ” tegas atau zalim” adalah pilihan tajuk aku untuk pembaca pilih yang mana sesuai dengan situasi ini.

Banyak pengalaman dan banyak tempat aku dah bekerja, berjumpa dengan golongan atasan, datok, pengarah dan ahli politik.

Tapi apa yang aku nak rungkaikan cerita di tempat aku bekerja sekarang yang mana tidak pernah aku berjumpa dengan manusia yang ego, sombong, memaki dan bersuara besar ketika hendak marah di hadapan khalayak ramai.

Kadang kala terdetik dalam hati kami semua bulan ramadhan atau bulan mulia ni memang tak takut kah dia dengan balasan Allah.

Bos aku ni perempuan, kuat amalan agama, tangan berzikir tapi mulut juga sama hebat laju memarahi orang dan dia merasakan sentiasa betul tindakan nya walaupun kadang kala lebih kepada sangka buruk.

Banyak peristiwa yang berlaku dalam agensi ni atas kerana sikap dia yang suka bersangka buruk terhadap pekerja lain sedangkan bila diselidik hanya dimulai dengan kesalahan yang terlalu kecil yang suka dibesar besarkan.

Tetapi bila dia lebih merasakan dia besar jadinya pekerja pun akur jelah dan untuk makluman berkali kali orang tegur sikap dia yang suka menjatuhkan maruah orang lain, apa yang dia rasa hanyalah sekadar cebisan perasaan yang dia rasakan dia sentiasa betul.

Jiwa dia sangat keras tak pernah takut dengan naluri hati doa orang lain, dia dilantik naik ke jawatan yang pertama kali dia merasa ada orang bawahan dan dia buat keputusan melulu, bagi dia apa sahaja tindakannya semua nya betul. Tegas kah atau zalim sikap pemimpin sebegitu?

Ramai dalam kalangan kami yang mengalami kemurungan dan jiwa rasa tak harmoni di tempat kerja. Suasana kerja kami dah tak gembira seperti sebelum dia masuk ke tempat kami.

Jiwa dia keras, bermuka muka, memarahi pekerja di hadapan orang ramai tanpa ada perasaan menjaga air muka orang lain, bangga dengan jawatannya, suka merendahkan orang lain. Bila aku duduk terfikir, bahagia kah dia dengan sikap dia begini.

Ramai pekerja mendoakan supaya Allah berikan petunjuk pada dia. Dalam tempoh dia jadi bos sahaja berapa ramai pekerja yang berhenti dan berpindah keluar atas sikap dia. Dia tak pernah muhasabah diri ke.

Pasti ada ramai tertanya kenapa kami tidak bersatu untuk report dia pada bahagian atasan, jawapannya mudah. Kami masing2 masih ada hati dan perasaan dan inginkan biar dia jatuh dengan cara yang Allah berikan pada dia bukan kami yang tentukan.

Doa di bulan ramadhan ni mujarab dan Allah tidak pernah tidur, berapa ramai pekerja yang tersinggung, sedih, menangis di hadapan kawan lain selepas dimarahi dia.

Ingatkan kerja dengan bangsa lain kita akan dilayan begini tapi dengan sesama islam pun boleh terjadi, patut la pun ustaz sesama ustaz boleh ada perasaan iri hati walaupun aras agamanya tinggi.

Itulah manusia. Sedangkan parlimen negara kita boleh dibubarkan dengan kuasa rakyat inikan secebis kuasa yang memang tiada langsung rasa.

Belajar dari sikap “Hablu minnallah Hablu Minanas” manusia perlu menjaga hubungan dengan Allah dan berbuat baiklah sesama manusia serta menjaga air muka orang walau dalam keadaan memarahi.

Bos aku ni mana yang dia rasa kepentingan dengan dia, dia akan berbuat baik dengan orang itu tapi percayalah perasaan ujub dan bangga diri dengan kata2 dia yang sentiasa berada di atas tak pernah jatuh.

Kadang kala kami terfikir punca dari mulut dia yang suka melaga2 kan hubungan pekerja lain dan arahan yang diberi sering bertukar ikut masa dan waktu suka hati dia itulah punca orang boleh selisih faham .

Sebab itu Su katakan tadi dah pernah berjumpa orang atasan seperti datok, orang professional tetapi sikap mereka tidak seperti bos Su ni.

Yang tiada gelaran besar besar di hadapan lebih sudu dari kuah. Tak boleh bayangkan kalau orang macam ni duduk di parlimen memang akan terjadi selisih faham jelah jadinya.

Bagi pandangan kami, Tidak salah menegur orang lain jika kita yakin ada kekurangan pada kata-kata atau perbuatannya. Saling ingat mengingatkan itu satu perkara mulia.

Sebagai manusia biasa, ada kalanya ada yang akan terlepas cakap atau mungkin ada melakukan sesuatu yang mungkin mengguris hati orang lain.

Bagaimanapun, teguran harus dilakukan secara beradab dan kena pada masanya, selain mengemukakan pendapat yang boleh dipertimbangkan. Jangan sampai menegur orang lain secara biadab, tetapi hakikat sebenar cara kita yang menegur itu pun dikira tak beradab juga.

Dan jangan sesekali orang atasan melaga laga kan hubungan pekerja pekerja lain. ambik cara yang berhemah dalam menegur.

Secara amnya, jika rasa ikhlas nak menegur, bersemuka terus dengan orang berkenaan dan tegur secara berhemah. Jangan menegur kesalahan orang di depan orang lain lebih2 lagi dengan suara kuat, herdik dan menjatuhkan maruah orang lain.

Perbuatan sebegitu seolah-olah kita membuka aib orang, niat baik kita untuk menegur itu mudah disalah tafsir orang lain. Jangan salah gunakan kebebasan untuk bersuara. Sebelum kita hendak menegur atau memperbetulkan orang lain Firman Allah yang bermaksud:

“Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik….” (Surah An-Nahl: 125).

Mukmin itu menasihati dan menutup (aib dan kesalahan). Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan (aib dan kesalahan)”.

Sila lihat, Fudhail Bin I’yadh, Kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah Al-Qurtubi juga menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama Muslim secara lemah lembut dan bijaksana ini kekal hingga ke hari kiamat.

Ikutilah juga kaedah pemimpin agung kita Khalifah pertama, Saidina Abu Bakar as Siddiq;

“Aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”

Yang utama, kita tidak melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitung oleh Allah.

Baru baru ni dihadapan ramai orang, dia marah pekerja lain di hadapan orang lain dengan suara yang kuat sehingga terdetik dalam doa setiap hati kami, tak takut kah dia tiba2 sakit atau mulut kena sawan marah orang walaupun tak kira bulan ramadhan yang mulia ni.

Tapi itulah, dia berkuasa, agama dia dikatakan tinggi, tahajud dan duha tidak pernah tinggal tetapi dalam masa sama berapa ramai yang terguris hati dengannya walaupun kerja dia berkualiti katanya. Tegas atau zalim kah begitu?

Mohon bulan ramadhan ni bukan akak nak ajak orang bercerita buruk tentang dia malahan pembaca pun tak tahu siapa dia. Cuma nak pembaca menilai perlukah ada sikap begini pada pemimpin dan mohon sama2 doakan diberi petunjuk dan hidayah pada dia supaya dia tidak jauh tersasar.

Ada pangkat dan harta bukan alasan untuk kita memperkecilkn orang lain walaupun dia cleaner atau tukang kebun sekalipun.

Tengok sahaja pada pemimpin kita Tan sri Muhyidin Yassin perdana menteri kita, bahasa dia beradab dan budi pekerti baik dia terserlah walau dengan siapa dia berurusan sehingga kita sendiri merasa aman, harmoni dengan dia.

Beringatlah kawan2. Kita ada keluarga, anak dan cucu nanti. jangan kerana sikap kita yang teruk begini anak dan cucu kita terpalit doa orang yang teraniaya kerana sikap kita. Belajar dari setiap pagi jangan mudah mengguris hati orang lain tak kira usia.

Pangkat dan harta semua pinjaman. Siapa kita untuk kita kekalkannya walaupun kita jaga solat siang pagi petang malam dan dahi kita melekat di sujud jika masih ada hati2 orang yang terkecil hati dengan sikap kita.

Kadangkala Akak rajin baca yassin setiap pagi kadang kala supaya nak jaga hati kita dan nak kita kerja baik2 tanpa rasa bersalah dengan orang lain.

Berkat 10 ramadhan terakhir tolong ya kawan2 doakan majikan akak ni jiwa dia tenang dan dibuang penyakit sangka buruk tu sebab dari mula dia jadi bos di tempat kami sentiasa ada je nak sangka buruk dengan sikap pekerja lain, bila dah sangka buruk mula la dia marah pekerja depan2 orang lain.

Ada la juga 3/4 orang yang kadang kala marah balik tapi itulah tak kekal lama sebab macam dikatakan tadi terpaksa bersabar dengan kerenah dia atas urusan kerja.

Panjang sangat dah ni, mana tahu ada antara kita doa yang diangkat Allah 10 malam terakhir ni, doakan semoga semua orang hidup harmoni dan dijauhi sifat mazmumah. Aamiin…

– Su (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *