Aku master holder, dapat suami tentera ada SPM. Tapi Alhamdulillah dia sayang aku. Nama akak Ayda Jebat (bukan nama sebenar) Alhamdulillah. Tapi as usual la, kalau duduk zaman Najib ni mmg paling-paling nak kahwin kena la ada duit. Duit kalau sikit takpe ye.. byk duit kena pakai.
Pasal family letak hantaran tinggi? TIPSNYA KENA TEGAS! KENA TEGAS! KENA TEGAS!
Kita perempuan jangan bebankan bakal suami.
1. Tegas dengan parents.
Akak memang pesan siap-siap dengan nada tegas tambah joke sikit nanti takde la akward dan kena label kurang ajar.
“Mak dan apak, lelaki skrg ni takut tgk perempuan belajar setinggi gunung. Usahlah mak dan apak letak hantaran tinggi-tinggi, sbb Ayda Jebat belajar tinggi-tinggi bukan utk hantaran tinggi, sbb Ayda suka menuntut ilmu, Kesian kat bakal husband Ayda, gaji tak byk kalau nak banding dgn gaji Ayda. Jangan la susahkan dia. Dia nak dgn Ayda pun Ayda dah syukur dah. Lagipun Ayda pun tak pernah bersenda gurau dgn abam tentera i love you sebelum nikah. Takde damage pun abam tentera i love you nak kena bayar”
Mula-mula family marah yela. Mana setaraf master holder dgn SPM holder. Tapi akak pujuk-pujuk jugak. Sebab walaupun abam tentera I Love You akak ada SPM je tapi masyaAllah. Hari-hari jadi imam. Akak convince family akak sebab mak apak tau susahnya nak cari lelaki boleh jadi imam yg baik sbb akak selalu jumpa abam ni kt surau. hehee. Akhirnya parents letak Rm10K hantaran daripada hantaran yg tinggi akak xnak la sebut berapa. Puas akak pujuk parents akak. makan masa berminggu. (akak org KL dan akk mmg byk berjimat dan tak buat majlis berinai, joget lambat dan akak bertunang pun senyap-senyap sbb ikut sunnah)
2. Tegas dengan saudara-mara
Family kak Ayda jebat ni mix blood Pakistan. Kena kahwin besar-besaran. Akak duduk tgh KL dik. Macam mana nak buat kenduri Rm10k tu ye..bygkan mulut sedara mara mcmana. Anak dorang taraf PMR je dpt hantaran mcm akak.Tapi takpe.. Akak sabar dan pekakkan telinga. Ayat KERAMAT akak ckp kt sedara mara akak “Nak buat majlis besar?? meh supply duit” terdiam makcik pakcik akak. Akak ulang ayat tu berkali-kali sampai terdiam mulut sedara mara akak. Kami ni dah la tahap miskin bandar. Yang overnya biasanya SEDARA MARA. Nafsu nak buat majlis besar-besar parents tak mampu, akak tak mampu, sedara mara tak mampu. Nak menyusahkan pengantin?? Amboi
“Nak buat majlis besar?? meh supply duit”
“Nak buat majlis besar?? meh supply duit”
3. Baiknya beserdahana.
Anak pakcik makcik akak yang kahwin besar-besaran BERHUTANG! BERHUTANG! BERHUTANG!. Real story duduk rumah parents, makan rumah parents. Tak supply duit pun kat parents. Parent dorang pula kena berhutang sebab nak bela ahli baru iaitu suami dorang/isteri dorang. Yela. Sepupu akak tu rajin puaskan nafsu IBU BAPA dan SAUDARA MARA. Kan sendiri tanggung derita. Ada juga yang tau kampung sebelah suami jauh terpaksa beli kereta second hand maintenance tinggi sebab konon-konon nak jimat sebab duit gaji byk habis byr hutang. Terpaksa buat 2 kerja pun ada.
Kalau akak. Alhamdulillah semuanya cukup. Akak dan husband tak susahkan diri kami dan parents. Akak syukur sgt ketegasan akak menjadi. Daripada akak tanggung hutang ribu-ribu kemudian hari baik akak TEGAS dgn kewangan dan sedar tahap kewangan.
4. Mulut orang memang tak boleh nak tutup.
Ada juga kata akak tak kenang jasa mak pak akak sebab tegas dengan parents nak buat majlis sederhana. Yela susah-susah parents bagi belajar tinggi-tinggi. Tapi hantaran letak murah. Akk pekakkan telinga. Kesian jugak parents akak kena caci dengan sedara mara. tapi hakikatnya
Akak dah buat sebaik mungkin utk parents akak. Sedara mara ni kalau nak mintak cop document pun dtg rumah mintak cop salinan diakui sah kak Ayda. Akak dah penuhi hasrat parents akak jadi pegawai gomen. Kak Ayda bagi mak pak duit tiap-tiap bulan, beli brg2 dapur, medical semua free. Walaupun akak perempuan sikit pun akak tak tinggalkan tanggungjawab akak walaupun dah bernikah. Akak selalu jumpa parents peluk mak pak akak ckp i love you.Akak sentiasa berusaha jadi anak yg baik. Mak pak akak hari2 senyum je tgk akak. muka bahagia je..
Sedara mara nak nilai hargai parents dengan nilai hantaran?? SILAKAN. Yang pasti akak kerja dah secure, mak pak akak dah secure. Mak pak akak tak jaja cerita akak susahkan dorang lepas nikah mcm makcik-pakcik akak.
Sepupu akak hantaran tinggi-tinggi apa jadi? mungkin itu cara hargai ibu bapa dlm keadaan hutang sana sini dgn keadaan kerja xsecure.
5. Nasihat kak Ayda Jebat
TEGASLAH! TEGASLAH! TEGASLAH!
sila pakai ayat keramat kepada SAUDARA MARA OVER.
“Nak buat majlis besar?? meh supply duit”
“Nak buat majlis besar?? meh supply duit”
Adik-adik lihatlah status kewangan adik. Jangan menyusahkan diri adik bila dah kahwin. Seriously lepas kahwin lagi banyakkkkk duit nak pakai dik. Tegas sikit. Adik-adik dah besar dan nak kahwin. Jangan berlagak kalau rasa tak mampu.
Kepada ibu bapa, jangan terlalu menyusahkan anak-anak. Cukuplah besederhana dlm keadaan ekonomi skrg. Biarlah mulut2 org. Janji nikahnya cara halal, perkenalannya tak lama sebab byk dpt elak maksiat (sbb parents zaman skrg ni sanggup tgk anak buat maksiat drpd buat majlis nikah kecil, malu katanya)
Itu sahaja. Thanks baca confession. Semoga ketegasan adik-adik sentiasa ada di dalam diri.
– Akak Tegas Dah Kahwin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit