Assalamualaikum
Ok baca tajuk mesti dah boleh agak apa aku nak cerita kan? Aku terpanggil untuk cerita kisah aku ni sebab makin banyak confession aku baca confession pasal nikah and kahwin ni.
Meh aku intro pasal aku sikit dulu. Aku umur 28 tahun dah berkahwin dan dah ada seorang anak. Ramai sebenarnya kawan-kawan aku yang aku tengok dalam dilema bila sebut pasal kahwin. Semua orang pun sama aku rasa. Bila sebut kahwin je mesti terbayang banyak guna duit. Memang betul tapi kita boleh kurangkan semua tu kalau kita pandai bajet. Aku cerita ni bukan untuk bangga tapi cukuplah untuk sesiapa yang nak kahwin tak lama lagi tu buat inspirasi ke atau motivation.
Aku dan suami kenal start dari tahun 2010. Masa tu aku belajar lagi. Alhamdulilah dia memang serius nak kahwin dengan aku. Tapi macam biasalah, dugaan bercinta memang ada. Long story short, bapak aku nak jodohkan aku dengan orang lain. Tapi aku tak nak. Aku tetap nak suami aku masa tu. Cewahh. Haha.
So start dari situ lah kitorang bertungkus lumus untuk mengumpul duit kahwin. Raya 2014 suami aku cepat2 hantar rombongan merisik sebab takut aku terlepas. Hehe. Masa ni duit simpanan cuma ada berapa ratus je. Dan duit tu jugak kitorang guna buat beli cincin risik and tunang aku. Serius kitorang waktu tu memang redah habis. Tapi setahun lepas tu kitorang memang ikat perut habis habisan kumpul duit. Hujung tahun tu kitorang bertunang. masa ni duit kitorang masih tak banyak. Baru ada dalam berapa ribu je. Tapi betullah orang cakap. Bila kita dah niat nak mendirikan masjid insya Allah Allah akan permudahkan dan bantu kita sebab niat kita baik. Suami aku dapat bonus banyak tahun tu. Dan duit bonus tu dah cukup untuk hantaran kitorang. Tinggal nak kumpul untuk duit majlis je.
Berapa hantaran aku? Alhamdulilah bapak aku bukanlah jenis parents yang macam nak jual anak. Aku bersyukur sekurangnya bapak aku masih boleh bertolak ansur. Bapak aku suruh suami aku yang decide nak bagi berapa. So lepas bincang kitorang setuju untuk tetapkan 9k sahaja. 9k tu duit hantaran untuk diberi pada family aku. Dan duit tu la yang bapak aku guna untuk kenduri kitorang. Plus bapak and mak aku ada topap sikit2 tapi tak banyak pun. Alhamdulilah mak bapak aku memang ada simpanan untuk majlis anak2 diorang. Itulah pentingnya simpanan pakcik makcik. Bukan mintak hantaran tinggi dari pihak lelaki lepas tu mintak lagi duit berasingan untuk majlis pulak. Hehe
9k tadi tu hanya untuk makan2 ye. Untuk pelamin, doorgift etc tu kitorang kumpul lain. Kitorang berjaya dapatkan pelamin, mekap, doorgift, photographer, dulang hantaran semuanya total dalam 4k je. Kena survey betul2 insya Allah boleh dapat murah2. Nasihat aku tak payah lah percayakan pameran2 pengantin tu. Kat situ aku tengok kebanyakannya pakej2 diorang agak mahal dan gah sangat. Aku dan suami memang cari semuanya yang sederhana.
Lagi 1 nasihat aku kalau korang dah decide semua nak buat sederhana, tolonglah tegas dengan family and sedara mara korang. Memang akan ada suara2 suruh ambil pakej itu ini tambah itu ini. Tapi korang abaikan je kalau itu semua menyebabkan pertambahan bajet. Or at least korang explain kewangan korang. Atau nak senang korang cakap secara seloroh “nak sponsor ke?” Kot la rezeki betul orang tu nak sponsor. Hahaha
Kat sini lelaki kena main peranan. Jadi tegas and garang sikit. Macam kitorang kalau ikutkan family lelaki nak suruh buat majlis belah lelaki jugak tapi memang bajet kitorang tak cukup so laki aku la main peranan explain pada family dia.
Belah aku pulak ramai je sedara mara and kawan2 cadang macam2. Aku memang terus cakap aku kahwin cara koboi je. Duit tak banyak amd tak nak membazir. So automatik semua diam. Hehe dan aku banyak buat diy. So kat situ jimat. Aku tak kreatif pun tapi google kan ada. Banyak blog2 beide to be ada share tips diy untuk majlis kahwin. Siap ada yang baik hati bagi free design2 barang yang diorang diy. Korang minta through emel je senang dapat.
Banyak lagi nak cerita sebenarnya tapi dah takde point penting. So pada korang yang nak kahwin tu janganlah fikir susah sangat. Yang penting janganlah buat loan. Korang kumpul je slow2 insya Allah mesti ada rezeki. Allah akan bantu hambaNya yang nak membina masjid. Yang penting rancanglah bajet korang and kena pekakkan telinga dan tegas dengan keputusan korang. Jangan diikutkan kata orang sekeliling. Kalau dapat buat majlis yang lagi simple lagi bagus. Aku ni kena buat majlis jugak sebab aku anak bongsu dan suami aku anak sulung. Tapi majlis kitorang cukuplah sekadar untuk meraikan dan sesi berkumpul sedara mara je. Kepada makcik2 dan pakcik2, berhentilah membebankan anak2. Lebih baik memudahkan majlis nikah dan kahwin dan bagilah anak2 kumpul duit untuk.membeli rumah demi masa depan anak cucu.
– Si bongsu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit