Assalamualaikum pembaca iium dan terima kasih admin kalau siarkan kisah ini dan saya sangat berharap sangat admin siarkan cerita saya ini untuk menjadi pengajaran bagi yang lain. Ayah saya mempunyai 12 adik beradik (banyakkan). Saya mempunyai anak saudara perempuan yang berumur 15 tahun yang bernama sarah. Dan kat sini saya nak cerita pasal Sarah. Sarah ni anak pak cik saya. (Pak saudara saya yang ke -10).
Sarah ini agak pendiamla dan kalau ada kenduri kendara di rumah saudara kami Sarah akan mengikut ke mana sahaja ibunya itu pergi. , Kalau saudara mara berkumpul atau berborak borak sarah akan duduk di satu sudut dan tidak bergaul disebabkan sikap pendiamnya ini walaupun yang sebaya dengannya. Bila orang bertanya pada dia baru dia akan bercakap tetapi tidak banyak patah perkataanpun yang keluar daripada mulut sarah ini, Ramailah saudara saya yang yang merungut kepada keluarga sarah ni kenapa sarah diam sangat.
Memandangkan sikap sarah yang pendiam dan selalu mengikut ibunya ke sana ke sini menyebabkan kebanyakkan saudara mara saya merungut. Ayat yang sering dipersoalkan ialah “Sarah pergilah main dengan sepupu hang tu”, “Kamu ni Sarah asyik ikut mak kamu ja, tak reti nak berkawan dengan saudara mara kamu ni ramai nanti tak kenal adik beradik susah” dengan nada marah.
Kes terjadi bila ada kenduri kahwin rumah mak long saya ini. Seperti biasa banyak saudara mara yang memandangkan saudara mara ayah saya ramai. Dalam banyak-banyak saudara mara, pak lang saya(suami mak lang iaitu adik ayah saya) agak garang. Sebelum itu sahaja pak lang saya selalu menegur Sarah ini sebab selalu berkepit dengan ibunya, Semasa kenduri tu macam biasalah Sarah akan mengikut ibunya ke mana sahaja ibunya pergi. Tetapi saya tengok walaupun Sarah senyap kalau mak dia tolong basuh pinggan pasti Sarah akan tolong. Dalam keadaan Sarah duduk dengan mak dia, Pak lang saya datanglah dekat sarah ngan mak dia ni kemudian Pak lang saya ini terus marah Sarah depan orang ramai. Bayangkan Pak lang saya ini marah Sarah dengan orang ramai kat kenduri. Pasti pembaca sekalian dapat bayangkan betapa malunya Sarah masa itu. Kalau saya pun saya pasti akan malu. Memang saya tu baru 15 tahun tapi bayangkan dimarahi depan orang ramai pasti sedihkan.
Ya saya tahu Pak lang saya marah sebab Sarah terlalu ikut ibunya ke mana saja dia pergi. Tetapi fikirlah Sarah tu satu ja anak perempuan pak cik saya yang lain anak pak cik saya lelaki. Jadi saya rasa tak salah rasanya kalau Sarah ikut ibunya mungkin sebab Sarah lebih manja dengan ibunya. Lebih Sarah ikut ibunya kan daripada ikut lelaki yang bukan muhrim dia. Kalau Sarah tu anak saya pasti saya dah sound pak lang saya, Dan saya nak tegur kepada pak lang saya atau kaum yang spesis seperti pak lang saya saya harap kalau nak tegur tegurlah secara senyap senyap, nasihat elok elok kt Sarah, bantu Sarah untuk Berkomunikasi dengan sepupunya itu. Bukannya marah depan orang ramai macam menjatuhkan air muka orang. Menurut saya kita tak tahu apa yang orang pendiam ni rasa. Mungkin bagi kita berkomunikasi dengan orang lebih lebih lagi yang kita kenal biasa tetapi orang pendiam macammana? Fahamilah perasaan mereka juga. Saya menulis sebegini kerana saya juga pernah mempunyai kawan pendiam juga. Sedikit sebanyak saya tahu perasaan mereka. Mereka sebenarnya bukannya pendiam sangat tetapi kita kena memulakan perbualan dulu.
Saya ada kawan yang selalu mengata macam-macam kat orang pendiam ini. Dia kata orang pendiam ini kolotla, anti sosial lah dan kemudian kawan saya ini berkahwin dan mempunyai anak yang pendiam ini. Oleh itu, Jagalah mulut kita. Sapa tahu harini kita marah anak orang depan orang ramai kemudian esok lusa anak kita dimarahi di depan orang ramai. Sekian sahaja luahan saya. Terima kasih kepada pembaca iium yang sudi baca.
– siti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit