Tegur dan Sindir

Ada orang sekarang lebih kepada kaedah sindir dalam menegur seseorang. Nak tegur orang tu boleh tapi dengan cara yang baiklah bukan dengan menyindir. Ada orang kata, kalau tegur elok2 pun bukan dia dengar pun. Belum cuba belum tahu saudara sekalian.. Macamlah kalau sindir, dia boleh dengar kan.

Dekat page2 kat fb aku perhati rmai jgk yang komen dlm kaedah menyindir. Mungkin niat kita baik untuk menegur, tapi cara penyampaian kita lebih kepada menyindir. Kadang2 siap ada unsur islamik bagai.. Tak salah pun nak bagi nasihat dalam bentuk islamik sebab memang digalakkan untuk share bnda yang baik.. Tapi macam aku cakapkan tadi cara penyampaian tu.. Janganlah cara penyampaian tu macam kau tu je pandai, kau jela yang betul sebab ada ilmu dalam islam. Tak kisahlah kau lebih tua ataupun muda jangan sesekali macam tu..

Aku bagi contoh dua situasi.. Yang pertama bila orang tu cerita “dan aku mula berubah sedikit demi sedikit untuk dekatkan diri dengan tuhan seperti solat dan baca Al Quran..” lepastu ada orang komen cakap macam ni “dekatkan diri dengan tuhan bukan dengan solat dan baca Al Quran jela..banyak lagi kot mcam ni, bla…bla…” Orang yang macam ni xpham btul2 cerita sebenarnye. Kan dia cakap dia berubah demi sedikit, xkanla ko nak expect dia buat semua bnda dalam satu masa. Janji dia ada usaha untuk berubah.

Situasi kedua.. “selepas aku berusaha, akhir nya aku dapat straight A dalam SPM dan aku sekarang dapat sambung belaja kat universiti..” Lpastu ada orang komen “aku dulu 2 A je, boleh je sambung belaja..lagipun SPM bukanlah penentu segalanya..bla..bla…” Kalau ikutkan memang btul apa dia cakap, tapi tula cara cakap lebih kepada sindiran..macam ko merendahkan usaha dia selama ni..rezeki orang lain2 saudara sekalian..

Nak tegur orang kena ada cara nya. Senang untuk orang yg ditegur tu cuba trima teguran tu. Kalau kau tegur dengan sindiran, dia lagi sakit hati adalah.. Jaga perasaan orang lain sama. Kalau nak buat ayat ‘deep’ sekali pun tegur elok2 pun boleh bkn dengan hanya sindiran saje..

Akhir sekali mintak maafla di atas kekurangan dalam penulisan aku ni. Kalau ada kekurangan dan ingin memberi teguran dialu alukan.. Tapi tegurlah dengan niat membina bukan menyindir. Agar teguran tu manjadi peringatan buat kita bersama..

– Si kuntum

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit