Hai semua, namaku Sophea dan saya ingin meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati ini.
Cerita ini berlaku sewaktu saya, suami dan anak perempuan berusia 17 tahun yang sedang belajar di sekolah asrama tapi boleh keluar outing untuk berbuka puasa di sebuah mall bersama rakan-rakan sepejabat saya yang lain.
Masing-masing membawa husband dan anak-anak mereka juga.
Setelah selesai berbuka, para suami dan anak- anak lelaki semua bangun untuk menunaikan solat Maghrib dan tinggallah kami yang perempuan bersama-sama anak-anak perempuan yang lain.
Situasi yang saya anggap normal kerana memang sudah menjadi kebiasaan kalau keluar berjalan atau pergi mall hanya lelaki atau anak lelaki sahaja yang akan solat. Kawan-kawan perempuan saya yang lain pun beranggapan begitu.
Tiba-tiba saya dapat whatsapp dari anak perempuan saya, menanyakan saya, “ibu period ke?” Saya jawab tidak.
Saya ingatkan dia period dan perlukan pad. Saya reply lagi, lupa bawak pad ke? Boleh beli dekat watson nanti. Anak saya reply. Eh takdelah. Tak period pun.
Selepas itu saya tanya, kenapa message ibu tanya ibu period ke tidak? Dia jawab, sebab ibu tak ikut ayah ke surau pun?
Saya just jawab. Ibu solat bila balik rumah nanti. Walaupun kami berdua tahu memang tidak akan sempat untuk solat Maghrib pun bila sampai rumah nanti.
Balik dari rumah, saya pergi ke bilik anak saya dan berborak dengan dia mengenai message yang dia hantar. Rupanya semasa disekolah, kalau ada outing, hanya dia dua rakannya yang tidak tunaikan solat.
Saya tanya dia kenapa, dia menjawab, selama ini kalau kita keluar berjalan, ayah je yang solat. Ibu dengan kakak tak solat pun. Jadi dia dah terbiasa. Rakan-rakan dia yang lagi dua pun cakap benda yang sama.
Perkara ini menjadi tamparan yang hebat untuk saya. Saya juga masih struggle untuk solat bila diluar rumah. Bagaimana untuk saya menjadi contoh yang baik untuk anak saya.
Saya ceritakan perkara ini kepada suami. Suami memang bagi sokongan untuk saya kalau nak solat semasa diluar rumah.
Suami saya pernah menasihati perkara ini, tapi saya cakap saya belum bersedia. Dan dia tidak pernah memaksa saya. Dia hanya berdoa agar saya terbuka hati untuk solat bila berada diluar rumah.
Tapi bukan lah saya tidak solat langsung. Bila dirumah masih lagi solat. Anak saya pun solat bila dirumah. Cuma cabaran apabila kami berada diluar rumah sahaja.
Doakan saya mampu menjadi contoh yang baik untuk anak perempuan saya.
– Sophea (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Moga terus semangat berubah ke arah yang lebih baik
Moga terus semangat berubah ke arah yang lebih baik tau.
Comel anak puan. Babysitter macam saya memang suka tengok yang petah hal begini. Ibaratnya sejuk perut mak mengandung. Semoga Allah SWT berkati sebab solat itu tiang agama. InsyaAllah.
Minta maaf ye.., solat itu wajib utk semua org, xkira lah berada di mana jua.. klaw dari kecil (atau pon sejak baligh), kita dah diajar tentang ‘menjaga solat’, perasaan bersalah akn tetap ‘menghantui’ kita jika mninggalkan solat dgn sengaja.. skrg ini bole dikatakan di mna sahaja kita bole solat, hatta d “mall” sekali pon, tempat solat utk lelaki & wanita ada disediakan.. minta maaf cakap, tp org islam itu sendiri yg sengaja mengabaikan solat.. saya pernah mendengar seorang ustaz pernah berkata, dari ‘survey’ yg dibuat, bole katakan ‘majoriti’ umat islam (d M’sia) pd hari ini mengabaikan kewajipan utk bersolat, xkira lelaki atau wanita.. alhamdulilah, di negara kita x banyak bencana alam spt gempa bumi dsb.., tapi klau Allah ta’ala nk turunkan bala atau musibah (asbab dosa kita mninggalkan solat), bila2 masa Dia boleh takdirkan, dan semua di tempat itu akn terlibat sama, x kira dia solat atau x, agama atau bangsa apa.. so, saya berpesan kpd semua, terutama diri saya & kluarga saya; jangan lah ambil mudah tentang ibadah yg wajib ini, sbelom Allah turunkan ‘bala’ kpd kita semua.. Wallahu a’lam.