Teguran Kepada Komentar

Salam. Terlebih dahulu saya mohon maaf jika saya terlalu emotional melontarkan teguran saya mengenai komen-komen dalam IIUM Confessions ini.

Saya mohon sesangat, tolonglah balas komen dengan cara beradab. Janganlah guna kata-kata kesat, maki hamun dan ayat yang keterlaluan untuk semua confessions dalam IIUM Confessions.

Jangan anggap apa yang diconfess oleh confessor itu hal remeh-temeh. Saya rasa editor telah tapis dan saring sebelum disiarkan kalau perkara itu pointless dan nothing to share.

Saya cukup risau bilamana ada yang confess masalah peribadi atau pengalaman yang dihadapi tetapi dibalas dengan kata-kata kasar.

Dibuatnya orang itu dalam ketakutan mungkin lagi parah keadaannya bila terbaca kata-kata kesat dan makian anda.

Seperkara lagi, janganlah komen melibatkan ibu bapa. Terlalu sensitif bagi sesetengah orang. Jangankan komen, untuk percakapan di luar juga. Contohnya, “Mak pak kau mana dik? Mak pak kau tak ajar ke? “.

Buatnya yang confess memang tiada ibu bapa, apalah perasaan mereka mendengar ayat-ayat sedemikian. Begitu juga yang ada ibu bapa tetapi menghadapi masalah keluarga.

Kena ingat, yang confess ini mungkin dah terlalu burnout, letih, penat dan dalam keadaan emosi tidak stabil.

Tidak semua orang dikelilingi orang yang baik-baik dan boleh digantung harap untuk berkongsi cerita dan luahan rasa.

Dengan cara berconfess di ruangan seperti ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan beban ditanggung. Mungkin ini jalan terakhir yang confessor mampu lakukan selain beribadah kepada Allah SWT?

Bila ada yang komen mengenai agama ini pun membuatkan saya mengucap panjang. Contohnya begini, “Mengadu kat Allah je la dik.

Mengadu dekat sini dapat apa? “. Siapalah tahu confessor telah melakukan berbagai cara termasuklah ibadat dan ibadah keagamaan sebelum ini tetapi menemui jalan kebuntuan? .

Belum lagi yang membuat lawak dan anggap perkara yang dikongsikan itu tidak logik. Mungkin nampak seperti cerita rekaan tetapi itulah realiti kehidupan sesetengah orang di luar sana.

Kadang kala apa yang diconfess oleh confessor hanyalah bersifat general tetapi disalah anggap seperti dituju kepada orang tertentu.

Dikatakan pula menabur fitnah kepada individu tersebut dan ruangan komen diserang oleh pengikutnya.

Berlaku perang komen di ruangan tersebut. Masing-masing mempertahankan pendapat masing-masing sehinggakan ada yang mengeluarkan kata-kata kesat mengaitkan confessor dengan haiwan, ilmu hitam dan sebagainya.

Nasib baik personal details confessor tidak didedahkan dan dilindungi. Tidak dapat dibayangkan apa yang akan terjadi jika terdedah.

Kita tak boleh assume semua orang sama pemikiran dan pandangan dengan kita. Saya setuju bab itu.

Tetapi kita ada pilihan untuk membalas komen dengan penulisan yang baik atau hanya sekadar membaca dalam hati dan mengambil iktibar dari kisah confessor.

Nasihat saya cukup ringkas untuk semua yang membaca confess dalam IIUM Confessions. MOHON BERHATI-HATI DALAM MELONTARKAN KOMEN.

Saya tahu ramai yang mahu kekal maintain gelaran “Top Fan”. Tetapi janganlah terlalu ligat berkomen sehingga mengguris hati sesiapa.

– Jia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *