Teguran Seorang Pelajar

Catatan Lama

Aku teringat suatu ketika exam semester 5, aku buat hal. jika diingat kembali, agak awkward juga apa yang aku buat setelah sambung belajar tempat lain. Betapa tak cerdiknya (nicer word than stupid) apa yang aku buat sehingga melibatkan pensyarah dan kawan sendiri. Back then i still remember how i stood alone when nobody there to help me. it was a hard time for me to handle it properly while I’m having my exam semester. Hard time make us a better person. So i decided to start writing, it the only way to express my unsatisfied what I’d been through, so here it is.

Aku bukanlah berlatarbelakangkan dari sekolah agama, aku hanya belajar di sekolah biasa-biasa saja. Belajar agama pun di sekolah dan mengaji di rumah saja dan aku bersyukur dengan itu. Aku selalu beranggapan bahawa betapa beruntung orang yang belajar di sekolah agama seperti kawan-kawan, nikmat sungguh punya ilmu agama diajari kepada mereka sejak kecil lagi. Maka aku rasa syukur sangat dapat sambung belajar biarpun aku masih banyak lagi untuk dipelajari.

Aku mula teguran dalam persatuan. Aku pernah memegang jawatan dalam persatuan. Aku belajar awal berpersatuan dari hanya sekadar buat surat menaip sehingga menjadi seorang yang pemberontak, doesn’t ended up well acually. Aku belajar dari seorang yang hanya dengar dan patuh sehingga menjadi orang berani berkata benar walau tak diterima idea atau pendapat. Aku belajar dari bekerjasama sehingga menjadi orang yang bergerak sendiri.

Aku mahu fokuskan gerak kerja dalam persatuan, segala benda atau maklumat haruslah dikongsikan bersama dalam mesyuarat agar segala benda yang dihadapi dalam diselesaikan bersama.
Itu tujuan itu mesyuarat, perbincangan! bukan melawak macam joker. Bukan diselang dengan hilar-tawa dengan gurauan senda. Kau pernah alami tak dalam meeting, bila kau kemukakan idea atau pandangan, atau kau menegur dan menyampaikan kebenaran. Lalu kau menerima respond yang negatif, sambil lewa, ambil senang.

Lepas itu, member kata kau terlalu serius, idea kau takleh pakai dan dimainkan pula kita. Kata pemimpin, yang memimpin, takkan tak boleh tegur. Kita tegur tanda kita kisah, tanda kita ambil tahu. Aku tak nampak kematangan dalam perbincangan.

Selain itu, aku menegur tentang ikhtilat iaitu pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ketika bukan dalam meeting, di luar nampak alim-alim, soleh-solehah. Sebaliknya persatuan, meeting memanjang hingga lewat malam, entah mungkin idea datang waktu malam kot. Kita ditegur kerana terlalu rapat dengan lainan jantina, iya mungkin aku juga salah, salah timing.

Tapi kenapa meeting tanpa kehadiran ahli yang lain, kenapa perlu sembunyikan idea kalian, kata berpersatuan tapi sebaliknya pula. Owh tidak mengapa, manusia hanya perlu tahu apa yang dia perlu tahu saja, tak lebih dari itu.

Teguran antara pelajar dan guru. Sudah jelas lagi nyata kedua manusia tidak lari dari kesalahan. Pelajar itu diajar supaya sentiasa beradab kepada guru dalam dan luar kelas. Menimba ilmu dari guru agar pelajar itu merealisasikan ilmu yang diajar kepada masyarakat. Aku masih mentah dan kurang, kerana aku masih belajar dan bergelar penuntut.

Tapi aku tidak buta melihat diri aku melakukan kesalahan. Jika seorang pelajar melakukan kesalahan, dia buat sebab dia tidak tahu sebab itu dia belajar. Itu sifat manusia. Tapi bilamana seorang pelajar menegur kesalahan gurunya, itu dikira kurang ajar, tiada adab. Mentaliti orang kita. Ya mungkin salah pelajar kerana cara tegurannya salah dan tak betul. Tapi sekurangnya ia cuba usaha untuk menjadi manusia yang tidak buta.

Manusia tidak maksum, maka rugilah manusia yang mencari kemaksuman seperti Syiah mengganggap Imam mereka maksum. Owh Guru! Aku masih belajar lalu ajari aku bagaimana cara adab menegur manusia. Aku sekadar menegur atau bertanya. Kerana aku ingin tahu di mana salah dan silap aku. Tanpa mu aku sudah sesat.

Aku pernah digelar dengan kata-kata yang tidak baik, respond dari kawan serta guru juga kearah yang tidak positif. Pada awalnya memang aku tidak tahu, tapi kerana berani menanggung risiko, aku belajar hadapi berinterkasi dengan apa yang mereka kata dan perlakukan. Terima kasih.

Aku bukanlah pelajar yang patuh dan taat. Ada masa aku ikut, ada masa aku tegur, ada masa aku hanya berdiam diri kerana bosan hadapi manusia yang takkan faham. Memahami manusia itu bagiku agak mustahil kerana memahami diri sendiri tidak bisa, apatah lagi orang lain. Lantaran itu, kita boleh cuba memahami, bertimbangrasa dengan apa yang dia cuba sampaikan.

Respond yang kurang baik, tidak memberi hasil yang positif, hanya menaikkan marah, menimbulkan permusuhan dan memecahbelahkan. Belajar itu menerima kritikan, cemuhan, makian, kena biasakan diri dengan perkara itu. Asbab itu, menjadikan diri kita kebal. Setiap orang ada haknya masing-masing, kau punya hanya itu berkata, komen dan respond.

Tidak harus menyalahkan orang lain bila dia usaha untuk mencari kebenaran. Kau bukan selalu betul dan aku tidak selalu salah. Jika takut dimaki dikutuk, lebih baik jangan tulis. Jika maahad banyak melahirkan para ustaz dan ustazah malah ulama sekalipun, maka kenapa harus disalahkan jika maahad dapat melahirkan seorang Doktor dan engineer. Adakah hanya mengalakkan pelajarnya jadi ustaz atau ustazah. Salahkah jika ia punya minat untuk menceburi bidang yang lain. Apakah salah jika aku menjadi seorang pembaca dan penulis?

Andaikata jika pelajar sudah menginjak di bidang lain, dia hanya mengamalkan apa yang dipelajari di dahulu kala. Ilmu yang diajar dari ustaz atau ustazah menjadikan dia lebih manusia dari sebelumnya. Dia menjadi seorang yang futuris, lebih melihat ke arah yang positif dan lebih jauh.

Mungkin ketika dia belajar, dia tidak berapa menonjol dek kerana dikokong, kerana tidak diberi peluang untuk menyuarakan pandangan, diharamkan untuk mengemukakan idea baru, dikatakan bid’ah. Lantas, dalam bidang yang lain, dia lebih bebas untuk meneroka pengalaman yang luarbiasa.

Jika kita hanya stick pada satu sumber saja, maka kita akan menyalahkan sumber orang lain, kerana kita telah menjadikan sumber kita yang fundamental yang kukuh. Justeru, jangan sampai menjadikan kita taksud, kita menyalahkan orang lain malah mengkafirkan orang lain mengatakan aku benar dan kau salah.

Kerana kita punya beragama, kita menyalahkan athies, jika agama kau mengajar kau untuk terus kondem , mengatakan ia liberal, ia Wahabi, ia Syiah, ia itu dan ia ini, maka jangan disalahkan agama, salahkan orang yang beragama. Orang yang mengunakan sumbernya, untuk kepentingan diri sendiri, mengunakan agama memanipulasikan orang lain, guna agama sebagai pemanis mulut, menjual air liur.

Tulisan ini hanya first draft, tidak dikemaskini. Sekadar luahan dari hati, dicampuri kopi yang wangi dihirup tapi pahit rasanya. Air yang sudah lama bertakung, sudah tidak lama dialirkan. Langit yang memanas dek kerana matahari, sudah lama tidak hujan tidak turun dek kerana keringnya. Tumbuhan baru yang hendak tumbuh, dicantas oleh manusia durjana.

Seperti hallaj berteriak di halayak ramai mengatakan “Ana al-Haq”, kerana gila dan menjaga kemaslahatan ummah, Hallaj dibunuh atas arahan pemerintah. Kerana Nabi Isa yang diutus, hanya kerana menyampaikan kebenaran, baginda disalib oleh orang Yahudi sedang Tuhan mengangkatnya ke langit. Kerana Yahudi menawan al-Asqa, orang Islam sedunia bangkit melawan. Kerana kita bukan nabi yang bersabda, maka Tulislah!

– Avicii

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit