Teguran To My Muslim Sisters

Hai Assalamualaikum warga IIUM Confession.

Tulisan ni cumalah sedikit teguran dari aku yang suka observed orang tapi tak ada kekuatan nak tegur secara berdepan. Yelah kang tak pasal-pasal kena jeling.

Kali ni aku nak tegur my muslim sisters pasal penggunaan surau especially semasa musim covid ni.

Banyak kali dah aku tengok adegan adegan ni dalam surau wanita.

Macam yang semua maklum sekarang ni semua orang memang kena aware dengan keadaan sekeliling untuk prevent penularan covid. Semua pun aku rasa dah tahu dah pasal ni.

Lagi-lagi dekat surau public macam surau mall atau petrol pump.

1. Memang dah lumrah kan kaum wanita ni mesti lah banyak carry barang kalau nak ke surau. Beg telekung, handbag, shopping bag lagi.

Tapi kalau boleh tu tolong la elakkan korang cop siap siap tempat solat guna barang dan bagi laluan dekat muslimah lain nak solat sementara korang siap buang makeup atau berwuduk.

Boleh selesai solat orang lain jugak dari duk tertunggu korang siap tu.

2. Selesai solat mohon jangan ambik masa yang lama nak lipat dulu telekung sambil duduk dekat tempat solat.

Ada tu aku tengok siap bukak compact powder dulu, ni orang lain dah beratur tunggu saf kau tu. Kalau boleh bangun cepat, lipat telekung ke semua boleh buat dekat luar saf.

3. Ni aku rasa favorite orang Malaysia ni, suka nak tunggu waktu solat lain sekali dalam saf. Okay aku faham saja kadang tu dah terlewat zohor dan asar pun dah dekat so korang pun decide nak tunggu.

Tapi kena tengok keadaan jugak. Kalau la tengok surau tu dah agak penuh boleh la tunggu kat luar sekejap, pakai saja telekung korang tu tak salah pun.

Cuba hormat orang lain yang mungkin ada yang mungkin kejar masa solat.

4. Bagi yang tak solat dan nak tunggu kawan ke pun dekat dalam kalau boleh jeling la sekeliling, jangan la muka tu duk menghadap fon saja sampai tak sedar surau dah penuh.

Tau surau tu selesa dan sejuk. Tapi musim covid ni kan ke elok kalau tak duduk dalam contaminated area. Ha kan dapat elakkan dari jangkitan covid?

So kalau tengok ramai orang tu boleh la berundur tunggu kat luar ke pegi jalan beli tealive ke.

Itu saja lah aku rasa aku teringat nak tegur pasal surau ni. Bukannya apa, tak semua surau mall yang aku tengok provide space yang besar.

Kebanyakannya memang kecik saja so please be tolerate to each other okay sisters? Kita senangkan urusan orang nanti Allah senangkan urusan kita yang lain.

Sampai disini saje, nanti aku observe permasalahan lain pulak.

– Si Observer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *