Assalamualaikum… Saya tak mahu cerita panjang-panjang.. Cuma nak meluah serta menerangkan rasa hati seorang isteri.
Sering kelihatan di mana-mana media berkenaan isteri yang kuat merajuk, suami pula tak reti memujuk.
Saya sebenarnya tak menafikan ada benarnya, apa yang orang tua dahulu nasihat, jadi seorang wanita ni jangan kerap/ asyik nak merajuk, nanti suami lama kelamaan akan rasa jemu dengan sikap kita sebagai para isteri ni.
Akan tetapi, apa yang saya nak tekankan disini adalah, bukan semua wanita kuat merajuk, wanita ni ada pelbagai sudut perangai.. Ada wanita yang tidak suka merajuk, tapi dia suka memendam.
Ada wanita dia mudah merajuk, tapi tak memendam. Mana lebih baik? Cuma satu fakta yang tak boleh dipisahkan mengenai wanita ni bila mana wanita ini secara lahiriah nya memang tak dapat dipisahkan dengan emosi.
Jadi, apa yang saya nak sampaikan dekat sini adalah bila kita jadi suami, perlu terapkan common sense dalam diri.
Perkara ni tidak sepatutnya diajar pun sebab masing2 boleh fikir dan masing2 dah dewasa, tapi apakan daya. Ada perkara yang perlu untuk para isteri ni jelaskan.
Kalau nampak isteri dah mula tarik muka/ merajuk dengan suami tu, suami janganlah buat2 tak faham pula, terus blame isteri ni mengada-ngada, hal kecik pun nak merajuk, dan mulalah cakap perempuan ini “complicated” dan susah nak faham.
Tolonglah, jadi suami ni saya faham memang berat tanggungjawab, nak kena pikul dari setiap sudut termasuklah menjaga hati isteri.
Sebenarnya isteri yang merajuk ni dia bukanlah nak dipujuk dengan wang ringgit, emas mahupun sesuatu harta yang berharga. Cuma satu isteri ni minta.. Sebuah kemaafan dari suami. Suami minta maaf kepada isteri.
Terkadang jadi suami ini, memang tak sedar untuk kesilapan yang kita rasa tak besar tapi bagi impak besar pada isteri dan hubungan suami isteri itu pada masa akan datang.
Saya perlu beri contoh agar tak ada yang minta saya lukis pula sebab tak faham apa yang saya cuba nak sampaikan ni..
Contoh yang boleh buat isteri terasa hati dengan suami bila suami asyik hadap game dalam tempoh yang lama, kerja rumah tak mahu tolong walaupun dua-dua bekerja.
Kedua, suami yang suka tinggikan suara atau cakap kasar dengan isteri.
Ketiga, suami yang layan isteri acuh tak acuh bila isteri bincang perkara yang serius dalam rumahtangga.
Keempat, bila berjanji tak mahu tepati.
Ini contoh kenapa isteri cepat terasa hati dengan sang suami.
Sebenarnya, perempuan tak complicated pun. Dia simple. Cuma suami yang perlu ada common sense yang tinggi terhadap mengendali hati para isteri.
Bila isteri merajuk, buatlah 3 perkara ini, pertama minta maaf dekat isteri, kedua peluk cium isteri, ketiga pujuklah dengan nada yang lembut. Itu saja..
Saya tak kata suami tak boleh merajuk. Boleh tapi saya faham emosi seorang lelaki tak sama dengan seorang perempuan.
Perempuan ni walaupun dia dah tua, dia tetap makhluk yang perlu dilayan seperti kanak-kanak sebab lumrahnya begitu.
Sebab itu jangan tanya kenapa Allah tetapkan talak di tangan suami, bukan isteri. Sebab suami ni dengan ego tak dipisahkan tetapi suami ni bab memimpin dan berfikir, memang anugerah untuk mereka.
Perempuan ni pula dengan emosi tak dapat dipisahkan, lelaki inilah yang pelengkap hidup seorang wanita.
Dalam konteks ni, saya tak sokong sesiapa. Cuma nak perbetulkan tanggapan majoriti para suami/ lelaki yang suka berfikir isteri ni , perempuan ni complicated dan mengada-ngada.
Saya sendiri tak setuju bila mana lelaki selalu cakap “Perempuan selalu betul” Tak jugak.
Kena faham apa yang saya cuba sampaikan.
Para isteri pun, ada benda saya nak tegur juga. Kalau merajuk tu janganlah sampai tak kena tempat,
Merajuk untuk hal yang kecil contoh macam suami tak mampu nak ikut kemahuan kita nak beli gelang emas coco, suami hanya mampu beli gelang biasa saja atau isteri beli iphone 13 tapi suami mampu beli tak xiaomi saja, so isteri terima jela.
Janganlah itu merajuk yang tak relevan. Jangan ikut kehidupan kawan2 perempuan yang lain. Ukur baju di tangan sendiri.
Dan satu lagi, bila isteri merajuk, janganlah merajuk sampai abaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Merajuk macam mana sekalipun, jaga makan minum suami, sediakan keperluan dan janganlah merajuk lama-lama.
Bukankah bagus kalau suami dan isteri saling memahami antara satu sama lain. Pasti hubungan akan lebih harmoni. Tanpa isteri, tak lengkaplah hidup seorang suami, dan tanpa suami, tak terjagalah seorang isteri…
– Dian (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum sy seorang suami dan anak pd seorang ibu yg baru kematian suami isteri sy selalu ingatkan sy tentang tanggjwb dan tugas suami yg mana memasak mngemas rumah membasuh mencuci dan keluar bkerja mencari nafkah sy seorang lelaki yg minikah dlm usia 37tahun dan usia perkahwinan hampir 3tahun isteri sy tekankan bahawa tugas seorang isteri hanya melayan suami xlebih drp itu sy letih dan tertekan kerana bebanan kerja bila pulang kerumah sy buat kerja rumah dan rutin harian sy bersenam sebanyak 4kali seminggu tugas di tmpt kerja dan dirumah buat sy lelah dan kurang bersama dgn isteri kerana terlalu letih walaupun sy tidak merokok tidak melepak atau main game atas talian sy tetap rasa xcukup masa utk lakukan semua tugas harian dan kesudahannya sy jd seorang suami yg pendiam dan byk memendam perasan isteri sy walaupun sy da lakukan yg terbaik tetapi hal kecil pun dia boleh merajuk dan tidak pedulikan sy selama berhari hari ada kala smpi berminggu2 sy at tertekan dan putus asa dgn rumahtgga ni sy rasa xdihormati xdihargai dan disygi oleh isteri sy seorang suami yg kecewa dgn isteri yg hanya nk layan nafkah batin suami tapi tidak mahu makan minum dan hati perasaan suami