Tejanie Yang Bersangka Baik

Aku cuba selalu bersangka baik dengan manusia
Tapi apakan daya, mungkin aku sendiri yang TERLEBIH bersangka baik. Sampai orang selalu ambil kesempatan. Mungkin juga aku ni bodoh? Entah. Sebab aku tak pernah terlintas nak aniaya orang. Mungkin ada jugak tanpa sedar. Maafkan aku. Aku tak sempurna.

Aku berulang kali ingatkan diri, setiap benda jahat yang kita buat, tak semestinya Allah balas balik pada kita. Tapi pada orang yang kita sayang. Sebab tu aku sentiasa fikir banyak kali kalau nak buat benda-benda jahat ni.

Aku masih sakit buatan orang sampai hari ni. Sebabnya aku tolak cinta lelaki tu. Aku makan benda yang dia bagi. Aku tak pernah sangka pun dia nak buat macam tu. Sebab pada aku dia baik. Aku dari seorang yang happy sangat-sangat jadi murung. Aku cuba bunuh diri berulang kali. Tapi iman masih ada tiap kali fikiran tu datang. Ramai ustaz yang aku dah jumpa untuk baik. Tapi tak jugak sembuh. Aku hampir putus asa. Dalam rasa hampir putus asa tu, Allah jumpakan aku dengan seorang manusia. Lelaki ni aku jumpa online.

Dia bagitahu dia kerja sebagai engineer di Jepun. Family dekat Malaysia dah tak ada. Duduk dengan adik dia berdua. Ada company sendiri lagi. Dia kata dia kaya tak kalah macam Alif Syukri. And dia cakap dia hafiz. Adik dia hafizah dan sekarang berkhidmat dekat hospital di Jepun sebagai HO.. Aku cerita aku sakit, aku tak ada duit and so on. Pada aku tak ada motif dia nak tipu. Aku sakit, cahsless so buat apa dia tipu aku kan? Sangka baik..

Paling aku tak sangka aku boleh pulak jatuh hati. Sebenarnya bukan jatuh hati tapi lebih pada aku nak ada seseorang untuk bergantung. Tu silap aku. KESILAPAN PALING BESAR!!
Sedangkan Allah tu ada nak share dengan aku setiap masa setiap masalah. Huhu. Then mula dari hari itu, aku bertarung dengan sakit sihir aku, dan sakit dalam hati aku (konon2 tersayang). Minda aku tak berjalan, tubuh aku terlantar atas katil. Tapi lelaki ni masih dengan permainan dia. Aku tau dia tipu tapi entah, masih bersangka baik? Or bodoh? Hahaha

Sepanjang aku berkawan dengan lelaki ni, dia pernah koma (konon2) dan cancer dia datang balik (konon2). Jadi masa tu masuk la adik perempuan dia. Kitorang bersembang dan dia banyak bagi semangat dekat aku. Kalau bukan sebab adik dia ni, memang aku tak percaya la lelaki ni. Dan aku masih dengan kebodohan dan sangka baik aku. Tak terlintas pulak nak dig deeper pasal adik dia ni. Ye la dia sembang benda ilmiah, ayat2 Quran, HO pulak (yg buat aku percaya sebab term2 dia pakai,aku tau sebab member ramai doktor) so percaya je la. Korang bayang la aku siap cakap nak hantar balik benda kat aku pada lelaki yang buat aku tu tapi adik dia ni nasihat macam2. Ayat Quran dia keluar huihhh memang hafizah betul.

Jadi, hari-hari aku doa Allah, kalau jodoh dekatkan, kalau bukan jauhkan. Sampai la aku jejak tanah haram sebagai ikhtiar nak pulihkan diri. Hebat kan Allah, dalam aku sakit langsung tak ada kudrat, duit satu sen tak ada, Allah jemput aku datang sana. Saksikanlah kebesaranNya.
Sepanjang kat sana doa aku masih sama. Untuk Allah leraikan masalah-masalah aku terutamanya perasaan aku pada lelaki tu (pada aku tak logik sebab jumpa pun tak ok!!)
Aku kenal diri aku macam mana. Hati aku tak pernah di miliki mana-mana lelaki. Takkan la manusia yang aku tak pernah bersua aku boleh suka. Lawak hambar betul.

Akhirnya Allah makbulkan doa aku bila aku balik jejak Malaysia. Sakit aku dah berkurang alhamdulillah(cuma tinggal sikit2 ) dan aku dapat hint pasal lelaki ni. Perasaan sayang konon2 tu dah macam kurang. Then ntah macam mana, satu hari aku bgtau aku ada belikan something dari tanah haram untuk dia dan adik dia (masa ni aku dengan adik dia dah lost contact). Dia suruh simpan je buat kenangan. So aku pun macam ok fine. Aku sedekah je la, tak kuasa nak simpan. Beberapa hari lepas tu aku terus decide remove dia dan cakap semoga Allah sembuhkan hati dia. Boleh dia reply cakap adik dia dah tak ada?? Baru sebulan aku tak tanya khabar kot. Hahahha lawak tak lawak. Siap block aku tu tak boleh blah.

Seminggu lepas tu aku macam masih tak puas hati. Bukan sebab dia tapi sebab adik dia. Aku anggap adik dia tu life saver aku. Sebab masa aku sakit tu, 2 kali aku cuba bunuh diri tengah malam dan adik dia ni berjaya buat aku berhenti. Aku mengadu kt Allah hari-hari semoga Allah tunjuk aku jalan. Sekali lagi, Allah tu memang sayang aku. Tangan aku laju click sana sini sosial media, aku boleh jumpa acc lelaki tu. Sebelum ni dia mengaku dia ada IG je lain xde. Yang adik siap kata hp pun tak pkai kadang2. Aku yg kudus ni percaya wehh hahaha.

So apa yg aku jumpa? Dia dah kawin, ade anak. Isteri tudung labuh gak la. Post2 dia kat media sosial macam alim.. Dan memang dia ada beberapa syarikat tengah naik (aku tak rasa kaya macam Aliff Syukri pun hahaha)Yang tu aku tak kesah. Aku jadi marah sebab adik dia tu adalah dia sendiri!! Lakonan dia memang hebat. Boleh bawak 2 watak berlainan. Ilmu banyak di dada tapi salah guna. Dan Aku rasa dia ni ada penyakit bipolar disorder dalam diam tanpa dia sedar. Sedih aku tak payah cakap. Aku rasa nak bagitau je isteri dia apa benda dia buat (aku tau dia bukan mainkan aku sorang. Ramai lagi perempuan lain yg aku jumpa tanpa sengaja. Dasyat aturan Allah tu). Apa yang dia dapat dengan aniaya aku entah. Korang bayang la cerita all girls stuff, perasaan kau, sakit kau, alih-alih lelaki sebenarnya. Malu tak? Huhu

Panjang pulak cerita ni. Tapi aku menulis dengan harapan adik-adik, kakak-kakak, abang-abang semua jadikan pengajaran. Girls jangan simply ambil makanan dari lelaki hatta kawan baik pun. Ambil dan simpan dulu jangan makan. Kena santau macam aku ni teruk tau. jaga-jaga walaupun dengan orang kita kenal. As for kawan online ni, memang salah aku tak berhati-hati. Mungkin jugak tengah sakit jadi aku hilang pertimbangan, tak tau fikir antara yang benar dan palsu.

Untuk kau yang masih mempermainkan wanita-wanita lain sedangkan ibu kau, isteri kau, kakak, adik kau seorang wanita, anak kau pun sama nanti. Aku doakan kau berubah. Semoga Allah bagi kau hidayah. Jangan sampai benda yang kau buat dekat aku, Allah balas balik pada orang kesayangan dalam hidup kau. Kaya mana pun kau, hebat mana pun kau, bertaubatlah. Allah tu maha pengampun. Aku maafkan apa yang kau buat pada aku. Tak nak esok kat akhirat kau buat aku lambat masuk syurga. Semak je hehe.

Dan untuk korang yang nak anak dara orang, kalau nak, cakap elok-elok, jumpa mak ayah dia kalau berkenan sangat. Tapi kalau takde jodoh terima je la. Tak yah nak hantar-hantar benda, main santau-santau ni. Jodoh tu di tangan Allah. Doa banyak-banyak. Siapa kita itu yang kita dapat. Cermin diri masing-masing. Aku mintak korang doakan aku sembuh sepenuhnya dan dapat kerja yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan urusan kita. Semoga cerita aku ni jadi iktibar, bersangka baik berpada-pada. Owh, korang jangan ingat aku jadi anti lelaki pulak tau. Tak semua macam tu dan bukan semua yang belajar agama tu jahat dan sebaliknya. Balik pada hati masing- masing. Bergantung pada Allah bukan pada manusia. Dan Allah takkan uji hambaNya kalau dia tak mampu.

Salam sayang,
Tejanie

– Tejanie

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *