Nama aku Nana (bukan nama sebenar), berusia awal 20-an. Coretan aku hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman mengenai perkara yang sehingga kini berlegar-legar dalam kepala aku.
Nak dijadikan cerita, aku telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang aku namakan Iman dan hubungan kami bertahan hampir dua tahun dan putus akhir tahun 2021.
Aku tak salahkan dia seratus peratus sebagai punca kami putus kerana mungkin aku sendiri pun ada salah.
Yang menjadi masalahnya, aku yang masih tak boleh move on sampai sekarang.
Normal ke lama betul masa untuk move on? Maklumlah dia first love aku.
Berbeza dengan dia, sekarang dia dah pun ada pengganti aku dan benda yang aku tak boleh terima sebab aku akan nampak mereka berdua ‘dating’ dan nama pengganti aku tu pun dahla sama dengan nama aku.
Lupa nak bagitahu, aku dengan dia belajar dekat institut pengajian yang sama terletak di Selatan Malaysia. Jadi, chance untuk selalu terserempak dengan dia tersangatlah tinggi.
Sebenarnya setelah putus, aku dengan dia masih lagi contact macam selalu chat, call dan video call seolah-olah hubungan kami masih sama macam dulu. Dia jugak jenis selalu belanja aku makan tiap kali kalau aku kata teringin sesuatu.
Bagi aku, dia seorang lelaki yang baik dan orang sekeliling aku pun tak menafikannya.
Cuma buruknya, dia kaki penipu sebab kata-kata dia susah untuk dipercayai. Macam mana aku tahu? Aku tahu sebab tiap2 kali dia tipu mesti Allah tunjuk cerita sebenar.
Kalau diikutkan logik akal, dia pun sebenarnya tak setia pun dengan awek baru dia sebab dia masih lagi keluar dengan aku, makan bersama, tengok wayang dan jalan-jalan.
Aku tahu aku salah sebagai perosak relay dia tapi dia pun salah sebab melayan aku.
Jujur, aku sangat sayangkan dia dan bila aku tanya dia, dia pun kata masih sayangkan aku tapi dia jugak sayang dengan awek baru dia tu.
Aku sakit hati tapi aku tahu aku tak ada hak lagi.
Aku masih meneruskan kehidupan aku macam biasa sehingga aku dapat tahu, iman ada lagi awek selain awek dia yang sekarang.
Maksudnya, dia bercinta dengan dua orang dalam satu masa tak termasuk akulah sebab aku sekadar ex.
Walaupun aku tahu, perasaan aku tetap tak berubah. Bodohnya diri ni. Aku bukan tak cuba untuk move on tapi benda tu berat untuk aku.
Sampailah satu hari, aku secara tak sengaja berkenalan balik dengan kawan sekolah menengah aku dulu yang aku namakan Amir. Amir ni pun seorang yang baik setakat perkenalan aku dengan dia zaman sekolah dulula.
Dia menyatakan rasa cinta dia dekat aku yang sebenarnya wujud masa form 4 lagi cuma aku tak tahu dan disebabkan aku nak move on, aku cuba beri dia peluang.
Dia sejenis yang berani sebab dia berani datang ke rumah aku, berborak dengan parents aku, mintak izin untuk bawa aku keluar.
Dia juga sejenis yang tak berkira sebab akan selalu belanja aku dan kalau dia ada duit lebih, dia akan bagi pada aku.
Aku suka dengan effort dia tapi aku tak nafikan aku masih lagi sayang dekat Iman. Sayang pada Amir tu, aku rasa belum wujud walaupun dah nak masuk setahun.
Aku ni bukanlah sejenis yang cepat sukakan orang cuma aku layan dia sebab nak move on. Dalam masa yang sama, aku dengan Iman masih lagi contact macam biasa.
Aku rasa macam aku curang dengan Amir until one day, aku dapat tahu Amir ada keluar dengan seorang perempuan. Dia post gambar mereka dekat ig dan hide aku, tapi Tuhan nak tunjuk, ada orang yang tunjuk story dia dekat aku.
Tapi, masetu aku rasa macam tak ada rasa nak marah sangat pun sebab aku pun sama sebenarnya. Aku reflect situasi dia dengan situasi aku.
Bezanya, aku tahu perbuatan Amir tapi Amir tak tahu perbuatan aku.
Selepas kejadian tu, Amir jadi semakin dry dengan aku, selalu busy mengalahkan menteri.
Tapi yang peliknya, di saat dia mula dry, saat inilah baru aku sedar aku sebenarnya dah mula sayang dia cuma tak setanding rasa sayang aku dengan Iman.
Tapi apakan daya, Amir hilang tanpa khabar berita, tanpa sebarang penjelasan mungkin sebab bosan dengan aku. Kami pun ldr berbeza dengan perempuan yang dia keluar bersama tu, satu pengajian dengan dia.
Aku redha dan hasrat aku untuk move on masih tak menjadi. Aku tak mencari Amir sebab bagi aku no response is a response maksudnya dia dah tak nak aku.
Aku mula beralih arah dengan seorang lelaki yang dia pun pernah confess sukakan aku tapi waktu tu aku dah ada Iman.
Jadi, aku reject dia secara baik. Aku tak tahu sebenarnya, dalam masa awal hubungan sehingga putus hubungan aku dengan Iman, dia yang aku namakan Zaki, masih tetap menunggu aku.
Aku tahu pun sebab dia sendiri yang mengaku cuma perasaannya dah tak sekuat dulu sebab aku ni selalu palau dia, dry jadi mungkin dia fikir dia memang tak ada harapan.
Tapi, dia masih support aku dan ada dengan aku cuma bezanya sekarang dia dah ada awek.
Baru saja in relay sebulan dua, so sebagai tanda aku respect relay dia, aku dah jauhkan diri dari dia namun dia masih tanya khabar aku, perkembangan aku.
Sejujurnya, aku tak rasa rugi hilang dia sebab at least dia dapat perempuan yang lebih baik dari aku, tambah pulak aku pun tak ada perasaan dekat dia. Aku tumpang gembira tengok dia jumpa dengan perempuan yang boleh hargai dia.
Aku ni nak dikatakan cantik tu tak. Aku pun tak tahu kenapa orang boleh suka aku, buta barang kali.
Sekarang ni, aku tengah nekad untuk move on tapi move on kalini tanpa melibatkan orang baru sebaliknya, aku mula dekat dengan pencipta aku.
Aku bangun malam hampir setiap hari, aku solat, aku doa supaya Allah buang rasa aku dekat Iman tu. Aku dah tak contact Iman, dia chat aku tak seen langsung cuma sekadar baca dekat notification.
Aku tak kuat tapi aku yakin dengan Allah bahawa segala benda yang jadi berlaku tanpa sia-sia mungkin untuk beri aku pengajaran supaya jangan cintakan makhluk melebihi Tuhan.
Seperti yang aku katakan tadi, cerita ni tak adalah menarik sangat cuma aku sekadar meluahkan kata-kata di minda aku. Aku mohon sesiapa yang membaca tolong doakan aku boleh move on.
Kepada kawan-kawan dan keluarga aku sendiri, terima kasih sebab tak putus-putus beri kata-kata semangat untuk aku.
Kepada kawan Iman, terima kasih juga sebab jadi pendokong aku walaupun kau selalu kata, kau dah macam kawan tikam kawan haha. Aku hargai.. Dapat kawan yang baik pun satu rezeki bukan?
Sekian coretan Nana.
– Nana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit