Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau siarkan posting saya ni. Saya cuma nak berkongsi pengalaman join bisnes MLM yang kononnya buat untuk beri kebaikkan kepada orang lain. Sebaliknya nan hado.
Korang mesti kenal sangat kan tektik business MLM tak kisahlah apa jenis jenama perniagaan sekalipun Kat Malaysia ni.
Ada setengah tu HQ keluarkan modal ratusan ribu buat marketing, hire model, dan up billboard bagai. Ok lah usaha mereka nak naikkan jenama dan sales mereka.
Tapi harini aku nak share pengalaman aku hampir setahun bersama satu bisnes MLM yang hot sekarang sebab keknya viral sedap, kambing pun super lazat.
Viral sebab buka berbelas cawangan dan sales juta-juta dalam masa setahun tapi tanpa modal dan tanpa kos marketing.
Wowww dengar macam hebat kan? Mana tak free marketing, orang-yang join ni la kena buat marketing di FB, IG, Twitter, mana2 platform medsoc yang korang ada.
Perah otak la asah skill buat ayat copywriting, gigih la berpanasan semata2 nak ambil gambar item2 bertingkek depan bakery.
Sehari 5x solat kan? So marketing paling2 koman 5x jugak la sehari. Penuh di wall group2 bisnes. Sampai orang naik meluat siap mention “Saya tak nak kek ***** yer”.
Hahaha.. tapi yang menyedihkan usaha orang-orang yang join lagi2 level agent tu takde reward pun uols. Sekadar tunggu profit sales dan komisyen dari syarikat. Kalau level dropships lagi lahhh nan hado.
Yang leader2 pulak cukup masa masuk komisyen mulalah tayang slip gaji komisyen puluh-puluh K, pulut dakap, sekut tawar, kereta baru company bayarkan,
Tapi usaha anak team tak mendapat sebarang reward pun even secawan kopi warung kalau kopi setabak lagi jangan berangan lah nak diberinya.
Sadis. Hanya sibuk spam dalam group tuk naikkan semangat team dengan ayat2 propa “Giliran anda Pulak Lepas Ni.”
Tapi leader tu live promote pun jarang2. Kita lah yang bawahan ni dipaksa live banyak2, beli produk keluar modal dan buat marketing dengan live tayang2 makan produk.
Cukup masa leader hanya nak report sales. Sales tak capai target kita pulak kena cari kesalahan kita dalam berbisnes. Eh what? Aku join dengan dijanjikan bimbingan tapi apa yang aku dapat?
Paling sadis bulan puasa tahun ni. Orang puasa siang2 topup pahala mengaji Quran ke berzikir ke. Aku kelaut je duk tunggu depan system berebut item dengan orang lain…
Dari seawal pkul 9 pagi sampai dekat nak buka puasa pukul 7 pun tunggu lagi ha…selalu sampai kesudah takde pun item tu. Penat tunggu he wey..
Sampai ada agent lain pun yang berbuka pun tengok system lagi sebab takut tak dapat item…
Dah tu pahala puasa & nikmat terawih semualah ke laut. Belum lagi part bergaduh dengan suami asyik pegangn phone je ditangan sampai abai anak dan suami.
Padahal syarikat lain ada jugak la reward sekian2 sekecil2 free voucher pun orang bagi. Ni takde.
Ibaratnya semakin tinggi level warrior kau semakin besar lah pulut dakap kau tapi takde reward tuk anak buah bawah kau. Sape nak usaha sendiri.
Patut ramai dah slow dan senyap. Sales group sendiri ribu2 tapi apa pun tak dapat..
Baikla kau menjual sambal ikan bilis je kat shoppe. Bulan2 masyuk lagi.. stock berlambak tak payah rebut2.
Sekian2 luahan Aku yang dah join almost setahun, awal2 join dijanjikan macam2 rewards tapi sampai sekarang nan hado jerr.
Terima ksih sudi baca. Harap korang mana nak join bisnes MLM tu pilih yang betul2 menghargai usaha kita promote dan jualkan produk deorang. Bukan yang kerah tenaga kita untuk buat sale kaw2 tapi habuk pun tak dapat.
– Bukan lagi Warrior (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit