Hi nama aku Hani, bukan nama sebenar. Aku suka nama Hani so aku letak lah Hani bukan nama sebenar. Tak gituu.
Back to my story. Aku bride to be dalam masa terdekat. Aku awal 30an. First of all aku nak respon dekat confessor yang putus tunang 2 minggu sebelum majlis dia.
Sabarlah sis. Aku pun pernah diuji putus tunang dulu. Tapi kes aku lain banyak. Kes aku mak bapak aku tiba2 tak berkenan kat ex tunang aku dulu sebab dia kerja sendiri.
Dan kata dorang, daerah ex aku duduk tu bukan orang baik2. Relevan tak? Aku macam urghh cannot brain. Itulah alasan yang diberi. Tapi aku buat dek je. Aku tetap kawan dengan ex aku. Dan aku tak bagitau ex aku tentang tentangan hubungan kitorang ni.
Dijadikan cerita tiba2 aku jatuh sakit yang teruk sampai kena warded kat hospital. Ex aku dituduh menghantar sihir dekat aku.
Tapi sebenarnya aku memang sumpah tak percaya langsung. Tak ada logiknya. Mak ex aku dah gi umrah dengan sikap lemah lembut dia memang aku senang pergi rumah dia dulu2.
Susah giler la aku nak percaya. Aku yang masa tu buntu dan nak baik cepat dah termakan hasutan oleh hmm malas aku nak cakap. Paham2 lah.
Akhirnya kami putus sebab ex aku dituduh macam2 tohmahan yang tak berasas. Dan aku tak sanggup dia dituduh lagi bermacam kalau aku teruskan hubungan ni.
Bagi aku kalau tak suka seseorang terus teranglah dan janganlah bagi alasan dan fitnah tanpa bukti. Menunjukkan si penuduh bermasalah. Betul dak?? Biarlah aku sendiri yang merasa perit sendiri. Simpan sendiri. Akhirnya lepas 2 tahun baru aku dapat move on.
Aku jatuh cinta pula dengan orang baru. Yang kelakarnya bf aku pun kerja sendiri je. Apoooo logiknya hubungan aku yang lalu? Tapi aku redha jela mungkin ada hikmahnya.
Dugaannya lain pulak kali ini. Malu aku nak cerita. Tapi nak ku ceritakan ke bf nanti dia salah faham pulak. Parents aku mintak duit hantaran semuanya bagi pada dorang sebab katanya tu milik ibubapa.
So aku malas gaduh aku bagilah. Dengan harapan uruslah baik2. Tapi mintak aku topap lagi separuh dari duit hantaran. Aku pun bagilah ye kawan2.
Jemputan hanya 250 orang sahaja ye. Tapi duit belanja macam jemputan 1000 orang.
Aku ok je sebab nak beli baju sedondon, langsir baru, minyak kereta sedara2 datang kenduri semua guna duit ituuww ye kawan2. Aku ok je sebab terlebih cukup kot untuk belanja2 macam tu semua.
Tapi bila aku nak topap jemputan lagi sikit, tak boleh sebab covid. Makanan tetamu kena catu ada 3 lauk je tanpa side2 yang best. Katanya tetamu bukan nak makan sangat. Cannot brain again.
Pelamin untuk dewan suruh pilih yang bajet je macam pelamin rumah. Goodies bagi bajet je semua sama. Aku nak bagi extra kat belah groom pun tak boleh.
Jemput 250 goodies nak prepare 200 je sebab takut orang tak datang. Macam ni pun ada buat malu aku je nanti. Nasibla DIY nanti senyap2 la aku buat lebih. Tak padan dengan wang yang dah diberi.
Aku bukan apa nanti kalau ditentang mula lah cakap bukan2 macam menyumpah. Aku kenal lah dorang sebab aku dah experience.
Dulu aku melawan keluarlah ayat anak derhaka, tak kenang budi, mentang2 ada bf tak ingat ibubapa, anak tak guna biasa dah. Anak laki lain tak pernah aku dengar keluar dari mulut dorang.
Macam mana anak nak maju jaya. Dah la takde pencen takde income harap duit anak2 je. Anak2 lain pun ada tak keje, ada yang keje biasa2 tak dapat bagi duit.
Aku dah start benti keje tapi mintak aku lagi. Remind bagi duit macam biasa bulan ni. Dulu aku kerja bolehla bagi RM800 sebulan. Aku ingat nak jadi suri rumah and buat dropship je. Yang lain tak bagi tak kena maki pun..
Masalahnya duit aku bagi, dibaginya kat adik2 aku yang tak keje tu. Yang aku marahnya sembang gebang dengan adik aku ada projek memangla adik2 tak bagi duit.
Aku harap lepas kenduri takdela mintak aku lagi bayar vendor kahwin ni. Macam kes tunang yang lepas. Mintak aku bayar katering sedangkan aku dah bagi duit dah. Pening aku.
Kalau mintak, aku lari je kot. Dah kemuncak ni. Aku tau bapak aku berjudi tapi aku tak nak syak yang negatif yang duit diberi habis ke situ.
Aku tak keluar rumah sebelum ni sebab aku mintak kat Tuhan suami yang dapat jaga aku sampai akhir hayat aku.
Dengan berkahwin dengan bakal suami yang luar dari daerah rumah parents aku ni, aku harap Tuhan tolong aku keluar dari rumah ni dengan cara ni. Aku selalu berdoa supaya ibubapa aku insaf dan jadi macam ibubapa lain.
Alhamdulillah bakal mertua aku pun senang terima aku dan aku lebih cenderung memilih bakal mertua untuk mendengar pandangan dan nasihat dorang. Barula aku rasa seperti ada ibubapa sebenar.
Doakan semua majlis aku dioermudahkan guys. Amin Ya Rabb.
– Hani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit