Assalamualaikum, nama ku Intan (bukan nama sebenar) berusia 27 tahun, mempunyai pekerjaan tetap dan pendapatan agak stabil. Apa yang ingin saya luahkan di sini adalah tekanan yang dihadapi setelah ayah saya terlantar sakit.
Pada 2017, bapa saya kemalangan teruk dan parah di kepala. Akibat kejadian itu, ayah saya terlantar sehingga kini. Tekanan demi tekanan timbul kerana ada masa, saya dan adik beradik juga gagal kawal emosi apabila rasa down dan sukar uruskan keadaan abah.
Abah ada 3 adik lelaki dan mereka boleh kata membantu keluarga kami sedaya yang boleh. Tapi tidak pada urusan menjaga, membersihkan abah dan seumpamanya. Adik kedua abah lebih mesra dengan kami memandangkan kami semua adik beradik perempuan. Walaupun dia tak jaga abah macam kami buat, tapi ayahngah kerap datang betulkan fasiliti rumah atau ganti wiring rosak etc.
Tapi berbeza dengan ayah uda dan ayahchik yang kurang cakna tentang abah. Ayah uda kerap datang melawat sahaja dan ayah chik pula jarang ambil tahu sangat. Sesekali jek dia telefon tanya keadaan ayah.
Kami sekeluarga tak lari daripada memarahi ayah jika rasa beliau susah diuruskan ketika itu, tapi ia cuma sementara dan saya akan minta ampun pada ayah selepas rasa bersalah dengan apa yang saya lakukan. Di sini, yang ingin saya luahkan adalah tekanan yang lebih dahsyat apabila bapa saudara terlalu banyak masuk campur urusan majlis tunang dan perkahwinan saya.
Saya secara peribadi juga tak mahu adakan majlis bersanding, jika kahwin, hanya mini pelamin untuk tempat bergambar keluarga. Tapi sesetengah bapa saudara saya tegas mengatakan adat negeri perlu diikut iaitu bayar duit tol semua.
Sejujurnya saya tak mahukan suasana terlalu meriah kerana keadaan ayah yang masih terlantar dalam rumah. Wajarkah saya nak bergembira pada majlis kahwin yang dirancang awal tahun hadapan dengan keadaan abah yang tak mampu menjadi wali saya.
Bapa saudara tak habis-habis ingatkan tentang kuasa mereka sebagai wali saya. Saya dah bercakap secara baik bahawa majlis saya haruslah sederhana dan tidak riuh atau meriah, namun mereka asyik mengingatkan itu adat yang harus diikuti.
Tolonglah pembaca apa yang boleh saya cakap pada mereka agar mereka hormat pada keputusan saya? Ibu sendiri akur dengan saya dan sudah maklumkan pada bapa saudara, namun mereka bertegas.
Saya tertekan dan kadang rasa nak kahwin lari untuk ringkaskan hubungan kami menjadi halal. Bakal mertua saya seorang yang agak warak dan kerana itu mereka juga tak mahu saya adakan persandingan. Tapi bapa saudara kata “mereka nak kamu, mereka harus ikut cara kita.”
Situasi ni buat saya jadi lebih stress sebab fikirkan Allah tarik kuasa ayah saya sebagai bapa dan majlis saya terpaksa diuruskan orang lain. Kadang kala, saya jadi seperti menyalahkan takdir dan berasa alangkah bagus ayah sihat sebab dia akan tentukan segalanya.
Saya kenal abah, dia sendiri banyak kali nasihatkan kami adik beradik agar berkahwin tanpa pembaziran. Tapi sayangnya, bila giliran saya berkahwin, ayah sakit dan orang lain yang ambil tanggungjawab dia. Malangnya, mereka hanya menggunakan kuasa tanpa menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan ayah.
Saya memohon juga warganet untuk mendoakan ayah saya agar cepat sedar dan sihat. Terima kasih kerana membaca.
– Intan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit