Assalamualaikum para pembaca sekalian. Maaf andai penulisan ini carca merba. Dek kerana emosi aku yang kurang stabil.
Aku bekerja di satu syarikat ni dah hampir 1 tahun. Aku bersyukur sangat Allah beri peluang untuk aku mencari rezeki. Alhamdulilah.
Akan tetapi selama ini aku menanggung bebanan emosi yang cukup kuat. Aku dapat majikan yang panas baran. Kesalahan yang sedikit. Tapi diherdik dihina tanpa belas.
Aku cuma manusia biasa. Yang dah buat sehabis baik.
Di syarikat aku bekerja aku ada 2 bos. Yang sorang minta buat A. Yang sorang minta buat B. Tapi suruh siapkan kerja A dulu. Dalam masa sama minta buat kerja B juga.
Aku ni berhabis baik dah. Fikir cara selesaikan dengan baik. Aku juga cuba bagi yang paling terbaik. Malah bila satu kesalahan muncul. Maka makanannya hina. Herdik. Kutuk belakang. Itu dah menjadi lumrah.
Allahu. Kenapalah aku masih bersabar dengan manusia begitu. Ini bukan kali pertama aku kena. Berkali-kali. Tapi kenapa aku masih bersabar.
Aku pernah berjumpa dengan doktor di klinik kerajaan. Dan doktor memberi saranan supaya aku mencari kerja baharu.
Doktor ada juga maklum kepadaku yang aku dah overdose stress. Beliau minta aku ke unit kaunseling. Tapi aku menolak dengan alasan aku akan ok selepas ini. Walhal aku tak ok sampai lah sekarang.
Para pembaca sekalian. Aku sendiri keliru dengan diri sendiri. Kenapa aku masih bertahan di situ. Sedangkan maruah dah dipijak di hina dan sebagainya.
Nak kata komitmen banyak. Tak juga. Kerana aku mempunyai suami yang membiayai sepenuhnya komitmen.
Wahai pembaca sekalian. Tolong lah berika aku nasihat dan kata-kata yang boleh membuatkan aku berfikiran waras. Dan berfikir secara rasional.
Sekian..
Terima kasih semua
– Sutera (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi, saya ada pengalaman yang sama. Datang dan pulang kerja dalam keadaan sangat tertekan.
Saya ambil keputusan untuk berhenti kerja kerana kadar komitmen saya tidak berapa tinggi. Saya sarankan jika mampu, behenti sajalah kerana stress ni memberi kesan pada diri sendiri dan insan yang kita sayang. Mereka mendengar keluhan kita pun mereka stress sekali.
Wish you the best of luck Sutera!
Puan, kalau xd kepentingan puan dlm syarikat. usahla bertahan, buat stress diri sendiri je. komitmen tak byk dan suami biayai keperluan, buat apa la seksa diri. tukar kerja cepat2 puan. Jadi apa2 nnt bukan company pedulik pon, buat 2 kerja dgn 2 boss, lepas tu gaji mcmane?? Puan kerja ke buat charity?
Puan,
saranan: layarilah website pekerjaan. cari la kerja yang baru. duit gaji tu xboleh nak tampung nikmat kesihatan mental.
bukan semua orang ada skill yang boleh menangkis cacian, pendapat orang lain. orang panggil ‘skill buat bodoh’.
orang perempuan selalunya xde skill ni, lelaki pun rata rata 20% je yang ada skill ni. so, baik la cari kerja lain. dapat gaji murah sikit tapi happy jauh lagi nikmat.
Betul kta2 kwn2 di atas tu.. klaw puan ada ‘pilihan’ dan suami puan pon mampu utk menanggung puan, better bg notis berhenti krja shj, dlm pada tu carilah peluang kerja di tempat lain.. jika bersesuaian, bole lah bkerja d tempat baru pulak nt.. klaw ada kesempatan, buatla ‘solat istiqorah’ utk mendapat petunjuk dari Allah yg maha mengetahui.. inshaa Allah..
If you have the skills, apply je tempat lain. You have give the best tapi tak dihargai. Buat apa berbakti bagai nak rak lagi dekat situ? Chin up and walk away je lah..
Nasihat saya lbh baik berenti drpd menanggung beban emosi dan kesan kesihatan dalaman dan luaran seumur hidup. Kesan dalaman dan luaran tu nanti akan terkesan bukan pd Puan seorg je ttp juga kpd semua insan tersayang yg ada di sekeliling Puan terutamanya suami dan anak2. Berhentilah dan yakinlh bahawa Allah SWT adalah sebaik2 pengurnia rezeki… berhentilah sblm terlambat…
PUAN , saya pernah berada di situasi stress bekerja sampai tahap hampir depress , pergi keje bawa motor fikiran kosong bawak laju otak blank asyik fikir kerja , waktu mandi tengok cermin menjerit sekuat hati stress pasal kerja. sebelum saya betul2 depress atau ada msalah mental saya undur diri dari syarikat . sekarang Alhamdulillah walaupun gaji tak besar tapi stress kerja tak ganggu emosi dan mental . Jaga mental puan dlu , pekerja hilang syarikat cepat je boleh cari penganti , tpi untuk diri kita sendiri kalau dah ada masalah tekanan emosi atau perasaan nnti lagi parah nak sembuhkan semula . Pilihan di tangan puan jangan takut untuk buat keputusan.
Saranan sy dari puan menanggung stress smpai boleh mdtangkan keburukan pada puan,baik puan angkat kaki pergi tmpat lain.. syarikat boleh ganti pekerja lain..tapi kesihatan puan boleh diganti ke? Tepuk dada tanya hati..
Saya bertahan kat tempat kerja lama sebab gaji. Orang cakap buat bodo jelah kalau kena marah. Benda tu saya buat, buat bodo.. kalau hari-hari kena maki, pokok pun boleh mati (ni kisah benar ye)…Tapi makin lama, stress level saya makin tinggi. Blood pressure sentiasa tinggi (saya check hari2 ye sebab officemate suruh check, bacaan atas mesti lebih 150 dan bacaan bawah lebih 80)..pergi hospital, bacaan lagi tinggi (bacaan 190/125). Sakit kepala melampau, tidur dah lebih 7 jam pun badan still rasa takde energy.
Alhamdulillah lepas resign, rezeki Allah, saya dapat kerja cepat.. tempat kerja baru dia bagi saya masa untuk rehat (sebab gap waktu saya resign dan masuk kerja tempat baru tu, dalam sebulan jugak).. kerja biasa je, admin di satu law firm kat KL..last check bp, alhamdulillah dah normal balik bacaan bp saya..
So, puan cari jelah kerja lain. Sayangi diri sendiri. Kita hidup tak lama puan. Dari hadap 5-10 tahun dengan bos macam tu, baik berhenti. Kita kalau mati pun, dia cari pekerja lain.