Tekanan Daripada Bos

Hi warga IIUMC. Nama ku Intan. Aku ingin berkongsi kisah mengenai alam pekerjaan yang sedang aku lalui.

Aku bekerja di sebuah syarikat swasta dalam jabatan kewangan. Memiliki seorang bos wanita. Aku bekerja hampir 3 tahun. Dan baru2 ini aku telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.

Berikut adalah sebab aku mengambil keputusan drastik tersebut…

1.) Dibuli secara mental.

– Selama bekerja dibawah seliaan beliau, aku kerap kali dibuli secara mental. Jika ada kesalahan berlaku, akulah menjadi kambing hitam untuk dia melepaskan diri.

Salah satu peristiwa yang berlaku adalah ketika aku disalahkan kerana tidak menyiapkan sesuatu tugasan report, padahal beliau yang tidak memberikan data yang sepatutnya walaupun aku telah meminta berkali2.

Malahan, di depan bos besar aku dikatakan malas dan tidak proaktif dlm menyelesaikn masalah. Aku tak boleh nak membela diri sebab jika melawan aku akan mendapat masalah besar nanti. Terpaksa la aku akur…

Selain itu, jika terdapat tugasan yang sukar dilakukan, dia akan berikan padaku. Selalu nak cari salah aku. Selama aku bekerja, dia tak pernah pun ajar ilmu yang dimilikinya.

Sebenarnya aku tak kisah pun sekiranya dia tak mahu bkongsi ilmu, namun dia sengaja tidak mahu memberi peluang kepadaku untuk menghadiri sebarang kursus peningkatan diri.

Aku rasa tak boleh berkembang dalam kerjaya kerana sebab ini. Aku buntu. Aku jadi stress bila tak tahu menjawab soalan berkenaan bidang tugas aku walaupun telah lama bekerja.

Selama ini aku rasa diri ibarat runner, hnya diperlukan untuk kerja2 yang tidak penting dan untuk kepentingan dia saja.

2.) Terpaksa menjadi hipokrit dengan menyokong segala tindakannya.

– Bos aku ada 1 perangai yang aku paling benci di dunia ini iaitu suka memfitnah @ membawang dan dengki dengan orang lain.

Aku sebenarnya seorang yangg tak suka menyibuk hal orang lain, aku suka jaga hal sendri. Namun, kerana hobi bos aku bertentangan dengan aku, aku tekanan melayan sikapnya setiap hari.

Awal pagi lagi dah chat mengutuk pakaian/ mekap/ kasut/ handbag orang pejabat, dan sebagainya. Aku penat sebab kena melaluinya bertahun2.

Nak tak nak aku kena support ape yang dia cakap sebab aku akan mendapat masalah jika melayan/ menyokong cakap beliau. Dia akan sengaja berikan tugasan yang bukan2 sebagai pengajaran kepada aku. Aku penat dengan semua ini.

Pernah seorang staff, aku namakan S dinaikkan pangkat, Bos aku asyik dengki, cakap buruk tentang S tak habes2.

Yang paling aku tak boleh terima bila dia cakap yang dia sampai tak boleh tido malam kerana dia tak puas hati S dinaikkan pangkat.

Kenapa la dengki sangat, itu kan rezeki S, sepatutnya gembira untuk S, yang dia ni malah sebaliknya.. Ee tak paham aku perangai camni. Depan S bukan main lembut gigi dari lidah. Rasa nak muntah tengok.

Diriku sendiri selalu menjadi bahan kutukannya, even aku layan dia sehabis baik dah. Tak tahu la apa masalah dia yang sebenarnya. Semua orang dikutuknya, mungkin dia rasa dia yang paling hebat di opis tu.

3.) Di diagnosed mengalami Major Depression.

– Oleh kerana aku telah melalui mcm2 kerenah beliau yang tak ceritakan semua pun diatas. Itu cuma 10% daripada yang aku alami sebenarnya, ada byk lagi kekejaman yang tidak aku kongsikan hahaha…

minggu lepas aku burst out, sebab selama ini aku sentiasa pendam segala kesedihan di dalam hati. Ini semua kerana aku bertahan demi mencari rezeki utk menyara ke2 org tua ku.

Aku telah pergi ke klinik sebab perubahan mental aku sangat ketara, aku sering menangis tanpa sebab, aku mula gelisah sekiranya aku kena pergi kerja, aku benci tempat kerja, dan aku paling benci tengok muka Bos.

Aku telah di diagnosis mengalami Major Depression dan akan dirujukkan ke pakar Psikiatri.

Lately, aku suka menyendiri dan tak mahu terlibat dengan sesiapa pun. Malah berasa lebih baik lagi mati daripada menderita begini.

Sebab itu aku cuba mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan sebelum makin teruk. Aku takut nanti tanpa sedar menjadi gila.

Oleh yang demikian, aku ingin mendapatkan pendapat kalian samada adakah keputusan yang aku ambil adalah betul atau terburu2? Lebih2 lagi ketika pandemic covid ni…

Aku harap kalian dapat berkongsi pendapat pada bahagian komen.

Yang benar,

– Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *