Tekanan, Depresi Belajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera, harap semua di sini sihat sejahtera. Aku di sini ingin berkongsi cerita dan juga ingin dapatkan pandangan pembaca tentang masalah yang aku hadapi ni.

Aku merupakan anak sulung dalam keluarga mempunyai dua orang adik. Ibu bapa aku sudahpun berpisah. Aku mempunyai masalah Major D3pr3ssive disorder dari sekolang menengah lagi. Sekarang aku di usia pertengahan 20-an menuju ke hujung 20-an.

Aku dan adik2 aku tinggal bersama ibu. Aku sekarang sedang menuntut di sebuah universiti dalam jurusan kejuruteraan. Aku juga mempunyai diploma dari jurusan yang sama. Semasa aku di peringkat diploma aku merupakan pelajar terbaik dalam kursus aku.

Sebelum ni aku berkerja sebagai seorang juruteknik di sebuah syarikat pengilangan elektronik yang merupakan antara terbesar di Malaysia.

Tetapi disebabkan tiada pengalaman aku diberi kerja kontrak dengan gaji yang lebih rendah dari juruteknik yang lain sebagai percubaan untuk mendapatkan jawatan tetap.

Dipendek kan cerita disebabkan gaji yang rendah dan tiada jaminan untuk aku mendapatkan jawatan tetap aku ambil keputusan untuk sambung belajar sepenuh masa dan bukan separuh masa sebab tak boleh menampung yuran pengajian separuh masa dengan gaji yang sedia ada.

Semasa semester pertama aku di universiti aku kerap pulang ke rumah disebabkan masalah keluarga yang mula meruncing. Ibu aku berniaga kecil kecilan untuk menyara hidup sama juga seperti bapa. Semasa di semester pertama aku susah untuk mengikuti pembelajaran di universiti tersebut.

Kuliah selalunya dibuat pendek, assignment diberikan tak tentu masa, kelas tutorial kurang, kadang2 ada kursus yang tak pernah buat tutorial dan kebanyakan kursus hanya buat 2 – 3 kelas tutorial dalam satu semester.

Mungkin disebabkan kurang tenaga pengajar. Aku kurang faham masa kuliah dan selalu tak kesuntukan masa untuk ulang kaji pelajaran. Keputusan kuiz dan yang lain2 pun rendah walaupun dulu pernah menjadi pelajar yang dikatakan “cemerlang”.

Aku rasa amat berbeza dengan masa aku belajar dulu tapi aku terus usaha untuk menambah baik. Pejam celik, sudah sampai masa aku melalui peperiksaan pertama di situ. Keputusan aku teruk semasa semester pertama dengan hanya 2.0 Gpa.

Kemudian di semester kedua aku, disebabkan dengan keputusan sebelumnya dengan keputusan yang kurang memberangsangkan aku cuba memperbaiki keputusan. Aku cuba sedaya upaya aku untuk skor dalam ujian dan kuiz. Tapi keputusan tetap sama seperti semester 1.

Aku pun mula tertekan dengan keputusan. Walaupun banyak cara aku cuba tapi tetap tak dapat keputusan yang baik. Masa masalah keluarga reda aku cuba tumpukan perhatian kepada pelajaran dan cuba lagi. Kemudian, masa sibuk dengan pelajaran sesuatu tak diduga terjadi.

Bapa aku terlibat kemalangan dan patah tulang kaki. Aku pun bergegas pulang ke rumah untuk melihat keadaan bapa. Untuk dua minggu aku kerap pulang ke kampung untuk tengok bapa aku dan kerap tinggal kelas.

Disebabkan kecederaan bapa aku dia tak boleh berkerja. Aku pon bertambah tertekan fikirkan sapa yang nak jaga bapa aku? Aku masih belajar, adik pula kerja tak tetap.

Dengan keadaan macam ni aku bertambah tertekan. Buntu dengan pelajaran buntu dengan nasib ayah yang sedemikian rupa. Aku pun sekali lagi kerap pulang ke kampung untuk tengok2 kan bapa aku sebab dia tinggal berseorangan dan tiada orang yang mennjaga.

Kemudian aku pun pulang ke kampus untuk mengambil peperiksaan dengan keadaan yang serba tak senang memikirkan nasib keluarga. Semasa cuti semester aku mendapat khabar ada ada orang ingin menjaga kebajikan bapa aku sementara aku belajar.

Aku pun bersa sedikit lega. Terasa beban dan tekanan berkurangan sikit. Walau macam tu aku tetap tahu aku tak boleh harapkan. orang lain menjaga bapa aku. Orang hanya membantu tapi tanggungjawab tetap di bahu aku dan adik adik.

Aku pun teruskan kehidupan aku sebagai pelajar dengan membantu bapa aku dengan apa yang ada. Sekarang aku sedang di pertengahan pengajian aku. Sudah setahun lebih bapa aku kemalangan. Keadaan dia lebih baik dengan bantuan dari orang sekeliling dan bantuan kerajaan negeri.

Tapi untuk pengajian aku, ia masih tetap sama. Keputusan peperiksaan masih tak ada perubahan. Gpa aku tak pernah capai 2.5. Aku masih tertekan, sudah setahun lebih mencuba masih sama. Keadaan nk buatkan aku mat tertekan.

Aku dah cuba sedaya upaya aku tapi tetap buntu. Sepanjang aku belajar aku terfikir, patutkah aku teruskan atau berhenti saja. Dengan keadaan ayah yang kurang sihat dan ibu yang masih berkerja walaupun dah di usia awal 60-an, apa langkah yang aku patut ambil?

Patutkah teruskan saja walaupun dengan keputusan yang sebegini. Bolehkah aku menanggung ibu bapa dengan kelulusan diploma yang sedia ada walau peluang pekerjaan yang tak stabil selepas pasca PKP ni?

Atau lebih baik terus belajar dan dapatkan ijazah mengharapkan peluang perkerjaan yang lebih baik walau dengan keputusan yang CUKUP – CUKUP MAKAN?

Bagi yang mempunyai pengalaman yang serupa atau mempunyai kenalan yang degree dengan pointer “cukup cukup makan” apakah pandangan anda.

Bagi yang berkongsi pandangan dan pengalaman, jutaan terima kasih aku ucapkan. Pandangan korang amatlah aku hargai dan aku harap dapat membantu.

Terima kasih.

– Abdul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *