Tekanan Hidup Seorang Doktor
Aku lulusan medic di sebuah universiti di eropah , ibu bapa aku teringin sangat lihat aku jadi seorang doktor, syukur hasil usaha keras aku belajar jauh2..siang dan malam.. Aku berjaya grad dan mendapat kerjaya sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan .
Tekanan Kerja Hospital Kerajaan
Walaupun kerjaya ini adalah kerjaya idaman aku , baru aku sedar bukan mudah rupanya melalui kerjaya sebagai doktor biasa ( bukan pakar ) . Masa aku dengan keluarga sangat-sangatlah sedikit , hingga aku hanya ada waktu dengan suami dan anak hanya beberapa jam sahaja di rumah .
Tidur aku tak cukup , kalau tengah tidur pun aku perlu berjaga- jaga sebab ” ON CALL ” , hidup aku mulai tekanan bila keadaan ini membawa kepada masalah rumah tangga antara aku , suami dan anak .
Suami mulai mengeluh , segala kerja rumah tangga aku terabai . Suami ku hanya kerja biasa , dan gaji tidak besar. Aku tetap perlu kerja untuk bantu suami .
Tapi memikirkan rumah tangga ku mulai terabai aku fikir untuk berhenti kerja kerajaan dan membuka klinik sendiri .
Ibu bapa ku tak setuju , sebab mereka sangat suka aku kerja kerajaan , tapi aku perlukan masa untuk keluarga . Aku berjanji untuk usahakan yang terbaik dengan berniaga di klinik sendiri .
Selepas berbincang , aku tekad berhenti kerja kerajaan dan mahu mulai buka klinik sendiri,
Aku mohon simpati ibu aku , untuk meminjam sedikit modal selain membuat loan bank , ibu ku berat hati untuk menyokong tapi tetap berikan aku pinjaman untuk mulai berniaga .
Kos membuka klinik sangat tinggi kerana aku sertai melalui francais klinik yang akan sediakan peralatan dan bimbingan , apa yang perlu ialah modal dan kelulusan medic yang sah .
Banyak wang habis untuk usahakan klinik ini , pada mula nya suami menyokong aku bila melihat klinik kami tersergam indah , aku menyewa sebuah rumah kedai dengan kos overhead rm2ribu sebulan .
Pekerja pertama yang bekerja bersama aku di klinik ialah suami aku sendiri , dengan membuka klinik ini kami berharap masa kami bersama keluarga akan lebih seimbang , aku sangat gembira .
Sehinggalah aku melalui sendiri suka duka dunia perniagaan , perniagaan klinik aku agak suram , dengan kos ubat ubatan yang sangat tinggi tapi keuntungan yang masuk setiap bulan tidak memuaskan .
Keadaan ini menyebabkan aku dan suami agak tertekan , suami aku mula mengeluh dan menyalah kan aku kerana semua ini idea aku .
Suami aku tidak sabar, dia tinggalkan aku seorang diri sebab mahu mencari peluang kerjaya lain yang lebih baik , dia ke Kuala Lumpur dan bekerja di sana , kami terpaksa berjauhan , hubungan semakin dingin , dia jarang hubungi aku dan anak .Mungkin sebab sekarang aku susah , perniagaan klinik aku pun bermasalah , aku pun tak semewah dulu .
Dulu aku sangkakan dengan buka klinik sendiri masa aku bersama keluarga akan lebih panjang , tapi keadaan jadi sebalik nya, aku bekerja di klinik dari jam 8 pagi hingga jam 10 malam untuk menampung pendapatan kos ubat-ubatan , kos hutang bank dan kos sewa kedai .
Walaupun aku boss dan akulah kuli , aku tetap perlu buka klinik untuk menjana pendapatan , kalau tak tiada income yang masuk , ibu aku pula sangat kecewa , dari itu ibu menempelak aku dan marah-marah , ibu memaksa aku supaya jangan berehat dari membuka klinik , mungkin sebab aku ada berhutang dengan ibu , dia sangat kecewa aku berhenti kerja kerajaan .
Walaupun letih dan tertekan aku paksa diri untuk bekerja dari pagi hingga malam , pulang je ke rumah perkara yang aku buat hanya tidur sepuasnya di samping anak aku , kerana esok pagi2 dah kena buka klinik .
Dengan ekonomi hari ini aku dapati orang awam makin kurang berbelanja di klinik swasta , dan aku sangat terkesan , aku jual kereta honda aku kerana beban hutang , dan hanya pakai kereta lama ayah .
Aku makin tertekan , suami aku tinggal aku terkontang kanting usaha kan klinik ini , ibu aku seolah- olah masih berdendam dengan keputusan aku berhenti kerja kerajaan , aku kasihan kan anak aku , bila balik jam 10 malam anak dah tidur .
Ya , aku mengaku mungkin aku silap, keputusan yang aku buat adalah keputusan bodoh , boleh jadi nasib aku kurang baik , aku keliru dan serba salah . Orang yang aku harapkan untuk menyokong menjauhkan diri bila apa yang aku usahakan nampak gagal .
Apa yang aku fikir sekarang ialah tutup perniagaan aku , dan sambung belajar sekali lagi , sambung belajar bukan hanya sekadar sambung , tapi juga untuk lari dari semua ini , untuk anak ibu..ibu minta maaf, ibu gagal walaupun ibu belajar tinggi .
Untuk anda semua , bersyukur lah ..anda mampu hadapi ujian anda , dan Allah tak pilih anda untuk hadapi ujian berat . Mohon doakan saya kuat hadapi tekanan ini .
– Doctor Malang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit