Salam guys! Terima kasih sebab sudi membaca luahan dan keresahan diri aku ni.
Aku seorang suami kepada 3 orang anak. Bekerja disyarikat swasta. Gaji aku ada dalam RM3,500.
Ceritanya bermula bila mana aku tidak pandai menguruskan kewangan dengan baik. Pada awal tahun 2019 hutang yang tinggal dengan aku hanya hutang pendidikan ptptn dan juga hutang kredit kad aeon.
April 2019 aku mula membuat hutang dengan sebuah bank h sebanyak RM15,000. Selepas itu, aku hutang pula dengan bank c sebanyak RM18,000. Kad kredit jangan cerita la bank m, bank c semua aku apply.
Pendekkan cerita aku ada lebih kurang 4 personal loan dan 3 kad kredit.
Akhir tahun 2020 aku betul terasa dengan beban hutang yang aku tidak kawal. Sept 2021 aku masuk akpk untuk kurangkan beban hutang aku.
Pada peringkat awalnya, semuanya berjalan ok sahaja, sehingga la datangnya program buy now pay later nie.
Sama seperti sebelum ini aku tidak mampu mengawal hutang aku dengan bnpl ni. Hutang bertambah dan mula program akpk aku ada tunggakan 2 bulan. Setiap bulan aku hanya bayar sebulan sahaja pada akpk.
Awal tahun 2022 tanpa di sangka2 aku terlibat dengan ajk persatuan penduduk perumahan rumah aku. Jawatan yang disandang bukan biasa2 jadi bendahari lagi.
Pada permulaan segalanya baik2 sahaja sehingga la pada sept 2023 aku agak tertekan dengan hutang yang ada.
Tambahan anak nombor 3 juga pada masa itu menunggu masa, aku keluar duit persatuan terbabit sebanyak RM3,000 untuk pinjaman.
Manusiakan dalam hati akan berkata pinjam dulu nanti cukup bulan bayar balik, tapi aku silap duit yang dipinjam tak bayar2 malah aku semakin berani meminjam duit tersebut pada setiap bulan..
Sehingga pada saat dan tahun ini jumlah keseluruhan aku pecah amanah duit persatuan tersebut sebanyak RM12,000. Ahli ajk yang lain masih belum mengetahui tentang perkara ini.
Entah la aku masih mencari rentak sebenarnya untuk bayar kembali hutang atau duit persatuan tersebut tapi dalam masa yang sama aku juga terikat pada hutang2 yang lain juga.
Hutang aku telah melebihi dari pendapatan aku. Part time sebagai rider pun masih belum mampu untuk cover bayaran hutang2 aku.
Dengan anak2 nak masuk sekolahnya. Aku buntu dekat mana aku patut mulakan untuk perbetulkan semula masalah kewangan aku ini.
Aku pernah mohon pada pinjaman wang berlesen untuk pinjaman 10k tersebut tapi mereka hanya boleh bagi aku pinjam sebanyak 3k sahaja dan bayaran balik sebanyak RM550 untuk 12 bulan.
Terkejut beruk aku dengar dan bila aku fikir balik aku tak jadi pinjam sana.
Sekarang hidup aku agak tertekan sebab sekiranya perkara yang aku lakukan ini diketahui ajk lain, maruah keluarga aku dan ibu bapa aku tentu malu.
Aku masih mencari tempat sekiranya ada untuk aku selesai dahulu hutang aku dengan persatuan ini sebab bulanan yang aku mampu sebulan hanya RM400 – RM500 sebulan tapi aku juga takut terbeban pula dengan hutang baru.
Sangat tertekan ada masa sakit dada juga rasanya. Aku buntu sangat2 mencari penyelesainya.
Semoga allah lindungi maruah keluarga serta ibu bapa aku.
Aku hanya berserah padanya..
Semoga ada jalan untuk aku keluar.
Terima kasih semua.
– Hamba Allah yang daif (bukan nama sebenar)
hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit