Tekanan Kehidupan

Tujuan saya menulis ini adalah untuk meluahkan kekecewaan, kesedihan dan kepenatan saya bersama-sama semua orang agar dijadikan sebagai pengajaran.

Bebanan kerja. Ya sangat terbeban.

Semua kerja dan tugas berat berada di atas kepala dan bahu saya bahkan adakala saya meminta bantuan dari rakan sekerja yang lain, mereka hanya mempersenda dan mempermainkan permintaan saya.

Sejujurnya saya kecil hati kerana saya betul-betul minta tolong kerana jadual kerja dan urusan peribadi yang adakalanya clash antara satu sama lain.

Namun pada akhirnya, tetap saya sendiri juga yang akan struggle menyelesaikannya sendiri.

Persekitaran kerja yang toksik. Rakan sekerja senior yang sering menyindir saya dengan mengatakan bahawa mereka pada zaman muda dahulu pun mendapat bebanan kerja seperti saya yang sekarang juga.

Bahkan ada rakan kerja senior yang membanding-bandingkan bebanan kerja dengan mengatakan bahawa pada zaman mereka dahulu, lebih berat bebanan kerja.

Rakan kerja senior tersebut juga sering mengatakan saya manja kerana tidak tahan dengan tekanan kerja yang baru sedikit di mafa dia.

Kadang-kadang, rakan-rakan senior turut memerli saya dengan mengatakan mereka juga berasa tertekan dengan kerja namun tidaklah selembik saya.

Mereka turut membanding-bandingkan tekanan kerja yang mereka hadapi dengan tekanan kerja saya.

Pada saya, benda itu tidak patut sama sekali, kerana dia tidak berada di tempat saya.

Dan penerimaan masing-masing terhadap tekanan kerja adalah berbeza. Belum lagi tambah dengan masalah luaran mahupun peribadi.

Maka, tidak perlulah hendak membanding-bandingkan kerja siapa paling banyak dan siapa yang lebih tertekan.

Pulang pula ke rumah yang adanya masalah keluarga. Bertambah berat dan perit pula rasa hati saya ini. Sesungguhnya keluarga itulah jantung kita, dan rumahlah syurga kita.

Namun sebaliknya buat saya, keluarga telah menjadi penyakit dan rumah tidak semanis yang dijangkakan.

Mempunyai orang tua yang sangat toksik adalah sangat perit dan pahit buat saya dan adik-beradik. Bercakap pun main lepas saja tanpa fikir perasaan anak-anaknya.

Kemudian, wujud pulak sikap pilih kasih pada orang tua. Inilah yang paling menyakitkan.

Bila anak kesukaannya buat apa-apa, semua tidak pernah salah baik yang buruk mahupun yang elok lagilah tak henti-henti ditimangnya.

Bila anak yang bukan kesukaannya ini buat apa-apa meskipun sudah banyak berkorban itu dan ini untuk mereka, sedikit pun tidak dihargai.

Jangankan berterima kasih, malah disebut-sebut lagi apa yang kita beri ini tidak mencukupi.

Padahal anak kesukaannya tidak pula pernah hulurkan apa-apa kerana alasan masih baru bekerja dan memerlukan banyak duit untuk survive. Padahal boros. Macam orang tidak tahu.

Duit satu sen pun tidak hulur pada keluarga, boleh pula meminta-minta lagi pada anak yang bukan kesukaan orang tua ini.

Bila tidak diberi, mulalah cakap bukan-bukan sekali dengan orang tuanya cakap bukan-bukan. Ai? Katanya kerja?

Bahkan tak hulur pun pada keluarga, pun minta lagi pada anak bukan kesukaan ini? Rumit. Orang tua pulak backup dia.

Pedih sangat rasa hati kami sebagai anak bukan kesukaan ini. Tidak tahu harus puaskan hati orang tua bagaimana lagi.

Sudahnya, balik kerja, sampai rumah, berkurung saja dalam bilik kerana itulah tempat yang ada dan selesa untuk saya.

Jika keluar, kena bebel lagi. Entah apa la salah saya macam tidak pernah cukup-cukup saja apa yang sudah saya buat untuk keluarga.

Sudahlah kerja pun stress, balik rumah pun stress. Harus bagaimana lagi ini? Sampai satu tahap, saya rasa dunia sudah tidak berjalan seiring dengan kemampuan saya.

Mungkin bagi anda, masalah saya ini belum cukup besar dan banyak lagi.

Hakikatnya, masih terlalu banyak perkara dan masalah yang saya pendam. Tidak sempat untuk saya tulis di sini semua. Cukuplah ini sahaja dulu untuk kamu semua nilai dan teladani sekiranya ada.

Saya berharap agar dari kisah saya ini dapat dijadikan pengajaran buat semua orang. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah berkongsi memori indah bersama saya.

Saya rasa cukup sampai di sini sahaja perjuangan saya. Saya sudah terlalu penat untuk teruskan. Saya juga tiada tempat untuk meluah. Maafkan saya.

Pada hari saya menghantar tulisan ini ke tatapan umum, adalah hari saya telah betul-betul berputus asa.

– Saya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *