Assalamualaikum semua. Harini aku cuba nak meluahkan sesuatu yang aku dah lama pendam dalam diri. Hanya aku dan keluarga yang tahu.
Aku L, seorang lelaki berumur 30an yang masih mencari haluan kerjaya aku. Aku telah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata. Syukur aku dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami kekurangan diri aku.
Aku seorang graduan kejuruteraan dan telah berkerja sebagai jurutera di beberapa syarikat kecil selama 8 tahun.
Awalnya aku tiada masalah dengan kerjaya aku, tapi lama kelamaan aku dapat rasakan yang aku semakin hilang keyakinan diri, tidak berani untuk bercakap dengan orang ramai, penakut dan selesa berseorangan.
Semuanya bermula apabila aku berkerja di sebuah kilang yang aku namakan E. Aku diletakkan di bawah seorang pengurus yang panas baran dan kerap memaki perkerjanya.
Tidak cukup dengan memaki aku sendiri pernah melihat dengan mata sendiri dia memukul perkerja. Kilang yang aku berkerja ini kesemua perkerja bawahanya adalah orang asing.
Tidaklah terlalu kerap kejadian pukul ini, tapi yang aku pelik kenapa setiap manusia yang bersifat seperti ni ditakuti oleh orang lain ditempat kerja.
Pelbagai lagi perkara yang malas aku untuk ingat balik yang membuatkan aku rasa terlalu takut untuk berkerja. Hampir setiap hari aku merengek dalam hati untuk berhenti kerja.
Perjalanan pagi ke tempat kerja aku dipenuhi dengan rasa tekanan, takut, gelisah. Aku seperti kanak2 kecil yang merengek dalam jiwa sedangkan aku adalah seorang lelaki dewasa. Aku malu dengan diri aku sendiri yang masih begini.
Akhirnya kekuatan aku hilang akibat tekanan dan aku memutuskan untuk berhenti kerja tanpa ada tawaran dari tempat lain.
Selepas aku berhenti, aku sambung mencari rezeki dengan membuat beberapa perkara. Aku yakin dunia ini luas.
Macam2 cara ada untuk aku gunakan untuk mencari rezeki antaranya sebagai rider penghantar makanan. Cuma pendapatan yang aku dapat agak berkurang dari semasa aku berkerja dulu. Walaupun pada hakikatnya jiwa aku mula merasa lega dan bahagia.
Walaupun penat tetapi aku tetap dapat merasa hari aku menjadi lebih baik dari sebelum.
Aku mula rasa yang aku tak nak lagi kerja dengan orang sebab aku dah merasa cukup tekanan yang hampir membuatkan aku gila dulu. Tetapi hari demi hari berserta tekanan komitmen, akhirnya aku mula mencari kerja semula.
Selang beberapa bulan mencari kerja, aku diterima berkerja di sebuah kilang lagi. Beberapa minggu sebelum mula berkerja aku dapat rasakan diri aku kembali gelisah dan takut. Hampir aku menangis ketika mandi dan berseorangan.
Walhal aku tidak kenal lagi orang di kilang baru ini. Aku mula terbayang perkara2 lama yang terjadi. Adakah akan berulang lagi?
Beberapa bulan berkerja di tempat baru, aku dapat rasakan tekanan disini agak kurang. Dan aku mula menyesuaikan diri.
Tetapi betullah orang kata, dekat mana-mana pon selalunya akan wujud manusia narsis dalam tempat kerja kita. Malas untuk aku sebutkan ciri perkerja otai serba tahu ini yang selalu ingin mengawal kerja orang lain. Kenapalah ada lagi manusia seperti ini.
Tapi yang aku pelik, selalunya manusia yang bersifat begini, mereka sebenarnya bagus dalam kerja mereka. Seperti tiada kehidupan mereka ini selalunya jenis yang boleh buat apa sahaja untuk syarikat.
Sebab itu mereka disayangi oleh majikan dan itu juga menjadikan salah satu sebab majikan mempertahankan orang ini untuk terus berkerja walaupun mereka ini banyak menyakitkan hidup orang lain.
Beberapa hari lepas, tejadi pergaduhan mulut dan hampir bertumbuk antara si otai ini dan perkerja lain yang mungkin telah menyimpan marah terlalu lama dalam hati.
Effect pada aku adalah, aku seperti kembali merasa takut yang telah lama tersorok. Badan aku seperti bergetar melihat kejadian itu. Aku mulai rasa letih dan lesu sepanjang hari. Hahaha lembiknya aku.
Kadang aku sendiri rasa penat menjadi penakut begini. Aku cuma ingin berkerja dalam keadaan professional. Aku kasihankan isteri aku kerana dapat suami yang lembik seperti ini. Tapi aku betul2 penat dengan sikap ganas sepanjang aku berkerja kilang ini.
Aku cuba mencari kerja lain, aku telah lama rasa seperti ingin tukar bidang. Aku ingin berkerja dalam circle manusia yang baik. Tapi semua yang aku mohon semuanya ditolak.
Sekarang aku masih berkerja dan aku berkerja hanya kerana ingin mencari rezeki untuk keluarga dan mencukupkan komitmen. Tetapi jiwa aku kosong.
Aku penat, sedang mencari hala tuju hidup aku. Aku selalu rasa diri aku seperti bodoh dan tak guna. Melihat manusia lain yang berjaya aku terus berasa kecil dan hina.
Aku menyusahkan isteri dan keluarga jika berterusan begini. Aku tak tahu dimana hilangnya diri aku yang yakin seperti dulu.
Mohon doa dari semua untuk aku kembali menjadi tenang dan yakin dalam hidup. Mungkin ini ujian untuk aku, tapi aku bersungguh ingin keluar dari keadaan ini.
– Saya Lost (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam bang
Gini aku nak pesan. Kau pernah luahkan semua kau cerita di atas kepada orang yang kau rapat dan memang terbukti boleh dipercayai tak? Kalau belum mungkin kau kena luah. Sebab nampak di sini kau trauma sebenarnya dan perasaan serta pemikiran yang menyerang kau untuk bekerja tuh sebab trauma yang belum sembuh.
Lagi aku nak bagi tahu ni bang. Kau pon salah tak pernah tegur bos or senior tempat kerja lama kau bila dia buat salah. Sebab tuj badan kau memberontak! Seluruh pancaindera kau saksikan penganiayaan dan perkara yang salah. Tapi apa kau buat??????? DIAM!
Kau nampak orang asing dibelasah sebab kesilapan kerja atau orang atasan tak berpuas hati dengan orang asing pekerja bawahan tuh kau biarkan ja! Kau memang ZALIM! Sebab tuh badan kau tak tenang!
Sepatutnya kau rekod, catat tarikh kejadian, diam diam lapor polis atau pejabat buruh atau SUHAKAM ke apa yang patut. Mana boleh tibai pekerja sesuka hati! Tak kisah lah pangkat besar ka takdak pangkat. Dosa bodoh!
Sekarang kau dah kerja dan perlu hadapi keadaan dan situasi yang sama. Tapi apa perubahan reaksi dan tindakan kau bang????????
Biar dan diamkan pekerja otai perangai haram jadah dan majikan perangai Yahudi laknatullah tuh?
Kalau tak boleh hentikan dengan cara lapor kepada orang dalam syarikat sendiri. Laporkan kepada organisasi atau pihak berkuasa yang sepatutnya.
Orang toksik akan terus menjadi toksik dan menganiaya orang lemah bila ORANG BAIK KEKAL DIAM DAN MENJADI LEMBIK!
BANGKITLAH WAHAI ORANG ORANG BAIK! KITA SEMUA KUAT. TUHAN AKAN BANTU KITA ITU PASTI! HENTIKAN KEJAHATAN DUNIA.
JADILAH MASYARAKAT DAN MANUSIA YANG BERUSAHA MENJADI AMANAH JUJUR DAN BERADAB SOPAN.
Kenapa perlu tunjuk kurang ajar? Jadi pembuli, tinggikan suara? Itu orang pengecut dan lemah sebenarnya.
Lelaki sejati bijak dan tahu ula nak tinggikan suara dan naik tangan. Bukan jenis jenis bebal buli orang di tempat kerja.. Mereka itu golongan yang sangat kasihan dan tak cukup kasih sayang dan tak didik daripada keluarga yang baik baik. Kasihan mereka.
Mereka itulah yang lemah bang. Bukan kau.
Bangkit!
Tenang tenanglah dan fikirkan cara atasi ujian hidup.
Allah nak kau mengambil ilmu pelajari dari semua ini.
Kau adalah hero anak dan isteri.
Badai pasti berlalu
Jangan pernah berputus asa
Pujuk diri kau!
Motivasi diri kau sendiri!
Sebut perkataan yang beri impak baik untuk diri kau!
Usaha perbaiki diri sendiri.
Kau boleh!
Mungkin juga awk perlukn nasihat pakar psikologi, berkaitan perasaan gementar bila menghadapi keadaan yg agak ‘ganas’, klaw nk kta awk ada ‘depression’ atau “anxiety”, saya pon x pasti, sbb tu awk kna tnya pakar.. klaw nk cari pekerjaan yg menyeronokkn, org kta kna cari kerja yg kita ‘minat’ atau ada kaitan dgn bidang yg kita pelajari atau mahir.. ada juga yg cari kerja berkaitan dg ‘hobi’ atau ‘bakat’ semulajadi seseorang tu, barulah x stress dlm kerja.. pengalaman sya msa bekerja dlu, mmg la dlm bidang yg sya blajar d U, tp kdg2 sifat dan sikap rakan2 sekerja yg membuatkan kita rasa x seronok mse bekerja.. jd apa yg sya lakukan, saya cuba jauhi org2 yg -ve ini, dan mendekati org2 yg positif dlm kerja serta kehidupan seharian.. ini termasuklah boss yg garang, saya cba buat yg terbaik dlm kerja saya, tp sya cuma ‘deal’ dgn dia dlm hal kerja.. klaw dpt bis yg baik, saya akn cuba buat lbh dari yg biasa, dan kami boleh berinteraksi dlm apa jua keadaan.. bila dia ‘percaya’ dgn kita, insha Allah ada rezeki utk naik pangkat.. macamne pon berdoa byak dan jika masih ada msalah, serahkn hanya kpd Allah, d samping berusaha mencari kerja lain, dan teruskn berdoa agar Allah memberi kita pekerjaan yg sesuai dgn jiwa kita dan mendapat rezeki yg ‘berkat’.. wallahua’lam
Angah setuju dgn pandangan Lost No More. Tahniah dgn pandangan yg bernas! Angah prrnah brhadapan dgn staff yg hari2 di maki, ditengking oleh boss dia di pejabat kami bekerja. Staff ni pangkat abg la dgn Angah (dh jd warga emas skg). Dama umur dgn boss dia tuh (kira sebaya). Boleh kata setiap hari kena ‘marah’ & tortured dgn boss dia tuh. Bilik dorang kt bawah, bilik kerja angah kt tgkat atas. Bila Angah nk ke pantry, akan dengar suara abg ni kena tengking atay klau tak pun kena leter. Tak tau la salah apa abg ni. Tp mmg kita dengar pun kesian kt abg ni & panas hati dgn boss dia tuh. Mmg mgkin ada silap abg tu dlm mnyiapkn tugasan dia, tp jgn la sampai buat jatuh maruah abg ni. Aku dgr pun rasa trigger. Sikap tu yg xbagus & boleh buat org jadi ‘fobia’ nk gi keje pun xde mood. Lg2 abg ‘designer’ tu.
Boleh je lapor pd pihak atasan klau dh sampai buat org yg kena marah hari2 ni jd depression.