Salam semua. Izinkan aku jadikan medium ni untuk bercerita sebab mental aku sangat tak tertahan.
Nama aku Hana (bukan nama sebenar). Aku penjawat awam di sebuah Jabatan Kerajaan yang uruskan hal ehwal berkaitan tanah.
Rata-rata orang cakap perkhidmatan Kerajaan ni kerja sambil lewa, banyak drama, banyak membazir masa untuk hal tak sepatutnya dan TAK STRES.
Hakikatnya tuan/puan, sangat ramai di kalangan penjawat awam ada sakit mental.
Ya! SAKIT MENTAL disebabkan wujudnya pegawai dengan perwatakan toksik. T
api sebenarnya, dalam perkhidmatan Kerajaan, wujud juga pegawai-pegawai yang sangat rajin dan komited.
Tapi kasihan, biasanya pegawai-pegawai yang rajin ni lah digunakan oleh bos-bos nak cover kerja pegawai-pegawai yang malas.
By the way, penceritaan aku ni berfokus kepada Pegawai Pengurusan dan Profesional sahaja, bukan kerani. Kerani ada isu lain pula.
Aku tertarik untuk bercerita tentang satu isu di Jabatan aku yang berkisar tentang pegawai lelaki bernama Apandi Azri Sujak A. E. Abu Kim Jong Un (bukan nama sebenar). Aku gelarkan dia sebagai AE saja la!
AE ni ketua HR di Jabatan aku dan dikira sebagai bos. Bawah dia ada empat lagi orang pegawai yang dikira masih junior.
Kita semua tahu kalau hal-hal melibatkan HR, kebanyakan maklumat itu sulit dan tak boleh didedahkan kepada sesiapa termasuk unit lain.
Tapi AE ni ada satu sifat mulut tempayan yang suka menunjuk yang dia punyai segala maklumat. Segala urusan dan maklumat sulit dia suka dedahkan ketika sembang dengan sesiapa saja.
Dan kalau tertangkap ada maklumat sulit yang dah bocor, dia akan tuduh sesiapa saja yang dia boleh fikir untuk cover kesalahan dia.
Akhirnya orang bawah dipersalahkan. Kasihan aku tengok orang bawahan HR, asyik terpaksa terima kesalahan yang AE ni buat.
Baru-baru ni ada berlaku satu kes besar dan menyebabkan beberapa pegawai atasan terpaksa kena bayar balik duit kepada Jabatan. Kesnya sebab terlebih bayar gaji.
Si AE ni letakkan kesalahan sepenuhnya kepada kerani yang buat kiraan sedangkan ada peringkat semakan dua kali dan AE pun salah seorang yang semak dokumen kiraan tu!
Aku salah seorang terlibat dengan isu tu dan semasa mendengar penjelasan AE kepada orang atasan, aku tergamam.
Selama ni aku dengar-dengar saja perangai AE tapi kini perkara tu berlaku di depan mata aku sendiri. Aku kasihan tengok kerani tu menangis dipersalahkan sedangkan AE ni bersenang-senang tak mengaku.
Sebagai ketua HR, dia pun kena tanggung sebahagian kesalahan dia. Bukan menuduh anak buah dia. Hakikatnya dia pandai bab PR dan bercakap, dan dia mampu twist fakta seolah-olah dia tak bersalah.
Apa yang aku nak highlight di sini ialah, zaman sekarang penjawat awam ramai dapat SAKIT MENTAL disebabkan isu di tempat kerja.
Produktiviti servis Kerajaan menurun disebabkan kewujudan manusia macam AE ni.
Satu lagi kisah, AE juga jenis suka mengadu domba dan melaga-lagakan orang. Pernah AE datang kepada aku dan bercerita buruk tentang pegawai lain, banyak kali.
Mana-mana pegawai yang buat dia tak puas hati dan tak bersetuju dengan pendapat dia, dia mengumpat dan sebarkan cerita.
Aku perhati ada pegawai yang dah mula mengasingkan diri daripada semua orang sebab AE padahal orangnya rajin dan bagus.
Aku dapat makluman, sangat ramai kakitangan HR dah minta untuk tukar keluar, alasannya tak tahan dengan sikap AE. Aku juga dapat makluman ramai yang terpaksa consult pakar psikiatri sebab AE. R
amai juga dah mula melawan AE depan-depan, tapi tak berhasil.
AE ni bukanlah pegawai yang rajin, dan meletakkan 100% bebanan kerja kat orang bawah. Segala hal yang mudah akan dipanjangkan, sebab dia tak ada ilmu tentang HR walaupun sudah 4 tahun berada di situ.
Dan kerja dia adalah goyang kaki sepanjang hari. AE ni lelaki ya, tapi kuat bergosip, mengumpat dan membawang.
Tujuan aku menulis di sini sebab aku penat, sebab aku baik dengan semua orang. Mental aku penat bila terpaksa dengar luahan dan tangisan semua orang pasal AE.
Pada masa yang sama, aku juga menjadi tempat AE mengumpat dan bercerita.
Aku tahu AE juga ada mengata buruk pasal aku dekat orang lain. Penat aku dibawa sampai ke rumah dan menjejaskan hubungan keluarga aku. Sebab aku bawa aura negatif daripada pejabat.
Pernah aku tertengking ibu aku sebab terlalu stres. Maafkan anakmu ibuku.
Boleh tak korang suggest macam mana nak deal dalam keadaan pejabat dengan kewujudan AE?
AE takkan keluar sebab dia dah selesa kat situ. Dia memang tak buat apa-apa kerja sebab ada pegawai bawahan yang rajin-rajin yang terpaksa cover kerja dia.
Korang janganlah sarankan aku beritahu bos AE sebab bos AE pun termakan kata-kata AE. Kan aku dah cakap kalau bab PR, AE ni hebat.
Hakikatnya AE ni suka mengutuk bos dia dekat semua orang tapi bos dia tak pernah tahu. Terima kasih semua atas komen.
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit