Tekanan Si Bongsu

Hai. Terima kasih admin kalau approve. Aku si bongsu. Aku nak luahkan sikit isi hati aku & minta sedikit pendapat dari netizen. Maaf kalau panjang sangat luahan aku. Terima kasih bagi sudi yang baca.

Aku ada 2 kakak & seorang abang. Ayah aku dah lama meninggal dunia. Sejak itu, dunia aku berubah. Setelah kian dewasa, berumur awal 20-an & seorang pelajar ipta, aku rasa tersepit & terseksa menjadi si bongsu. Kak long aku berumur lewat 30-an,seorang yang pentingkan diri sendiri & suka buat hal sendiri. Nak minta tolong dia untuk hantarkan aku ke mana cukup susah.

Fyi, aku ada lesen kereta tapi tak ada kereta. Kereta kakak abang aku mereka tak bagi pinjam. Bayangkan mak aku nak pergi ke satu tempat pun dia boleh suruh naik ktm/grab. Aku cukup naik darah bila dia kata begitu.

Ada sekali tu waktu malam, ada emergency kak ngah aku masuk hospital. Mak aku suruh hanta kami ke ktm tapi kak long aku tergamak suruh aku & mak aku naik grab pi ktm & naik ktm pi KL. Alasannya dia mahu tidur awal, esok kerja. Aku meruap dengar tapi aku tak boleh melawan, mak aku kata aku perlukan bantuan mereka lagi. Jadi aku pendam.

Kak ngah aku, seorang yg baik & boleh diharap. Aku & mak selalu minta tolong dia & dia akn tolong tak mcm kak long aku. Tetapi dia sudah berkahwin. Ada suami & anak. tanggungjawab sendiri. Jadi aku & mak tak mahu kacau sangat. Tapi aku & mak selalu cakap “alangkah bagusnya kalau kak ngah belum kahwin lagi”

Abang aku, seorang yang panas baras. Tahap panas baran dia tu boleh bayangkan tak bila dia marah, dia baling semua. Almari dinding kena tumbuk. Tapi abang aku ni boleh diharap sikit daripada kak long walaupun dia panas baran. Syaratnya, jangan melawan cakap dia. Dan aku sebagai adik sangat tak tahan baran nya itu yang acap kali dia cakap kurang ajar dengan mak.

Bagi aku, kak long & abang aku dah tahap kurang ajar dengan mak. Mereka tak hormat mak. Mak pula bila aku mendesus cakap begitu & aku nak lawan mereka balik, mak asyik ulang benda yang sama “sabar. kamu masih perlu bantuan mereka”.

Tapi banyak kali juga aku gaduh dengan mereka. Berlawan kata. Mana mungkin aku tahan lihat perangai mereka. Mereka rasa mereka sudah ada segalanya; duit, kereta, kerja dan tak perlukan orang lain. Bila aku melawan mereka, mereka akan ulang benda yang sama. “tak kenang budi” “lepasni kami (kakak & abang) tak kan tolong dah dia (aku). Pandai2 lah nak angkut barang dari uni ke apa” “abang penat2 ambil barang dia tp dia kurang ajar macam tu”

Ya, mereka cakap begitu sebab aku tak ada kereta lagi. Tak terdaya.

Ya, aku mengaku mereka “tolong” aku angkut barang aku tapi disebabkan itu, perlukah aku menunduk diamkan diri bila mereka sewenang hati berkata macam2?

Sampailah kejadian raya kedua, aku tak tahan sangat. Abang & kak long bergaduh dalam kereta. Mak & aku ada di belakang tempat duduk. Mak cuba hentikan mereka tp aku naik angin bila abang aku cakap dengan mak aku “mak, diam” aku rasa abang aku sangat kurang ajar. Nak dipendekkan cerita, aku pun join sekali gaduh sebab aku sakit hati hahahaha. Tapi tahu tak, punca kak long tapi abang aku lepaskan kemarahan dia pada aku. Sebab apa? sebab aku adik. Dia tak akan berani nak pukul kak long.

Malam tu, amarah aku pon menguasai diri & aku lawan balik cakap abang aku. Perlukah aku menunduk diamkan diri bila abang aku panggil aku “celaka” “bangang” “babi”. Nada suara tak perlu cakap, memang bersungguh siap dengan muka muka sekali hahaha.

Aku tak ada keluarkan kata kesat tapi nada suara aku pon meninggi. Malam tu aku kena pukul dekat kepala sampai aku jatuh terduduk. Tapi dia ingat aku nak nangis, aku melawan baling cawan dekat tangan aku pada muka dia. Kali kedua dia baling beg sebesar satu pelukan ke arah aku, nasib baik aku menepis dengan tangan. Kesian beg tu. Koyak.

Malam tu juga, abang aku mengamuk start kereta & pulang dari kampung tanpa beritahu mak. Untuk kali pertama, aku doakan orang mati eksiden. Dan aku sedikit kecewa bila tahu dia selamat sampai kat rumah kami. Yelah orang jahat kan susah nak mati hiks. Aku tahu iman aku tipis & cakap macam orang tak ada iman, tapi entah la. Malam tu aku tk henti cakap “minta2 dia mati kena gilis” sampaikan ada budak datang bagi salam pun aku terdetik dalam hati ‘eh, ada orang nak bagitahu kot dia dah mati’.

Aku sakit. Aku terkilan. Aku tanggung sendiri. Aku menangis. Kelemahan aku ni satu je, aku mudah menangis walaupun aku tengah melawan. Entah la, aku try tak nak nangis. Tapi tak tahu lah. ada tips? Ini pon baru lepas menangis, hehe

Tapi lagi buat aku sedih, mereka kata aku buat perangai. Mak aku cakap benda kecil pon nak besarkan. Aku kecil hati dengan mak bila mak cakap “tak kan lah abang nak marah macam tu kalau aku tak sakitkan hati dia”.

Mak kata aku sensitif. Aku menangis tak berhenti bila terfikir mak kata macam tu padahal aku gaduh sebab aku backup mak. Semua tunding jari atas keburukan aku macam aku yang bersalah padahal aku yang paling sakit. Sebab apa? aku adik. Perlukah aku diamkan diri dimaki dipukul hanya sebab aku adik? Perlukah aku menahan semuanya sebab aku si bongsu yang masih perlukan bantuan kakak abang?

Kadang bila sabar kian menipis, aku monolog sendiri “alangkah bagusnya kalau aku jadi si sulung. Tak perlu harapkan bantuan sesiapa. Sudah besar & ada semuanya” Kalau abah masih ada, pasti semua tak jadi mcm ini. Aku tak perlu harapkan abang kakak yang asyik mengungkit pertolongan. Mereka kata aku kurang ajar dengan mereka. Tapi tidak kah mereka sedar, mereka lebih kurang ajar dengan mak?

Kepada si sulung, kakak abang di luar sana, jangan lah jadi macam kakak abang saya. Kalau anda tahu tanggungjawab anda sebagai anak sulung besar pahalanya untuk tolong adik2, jangan hanya tahu mengungkit. Dan jangan rasa anda punya segalanya asbab anda rasa anda tak perlukan sesiapa.

– Si bongsu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *