Saya merupakan guru kelas kafa.. lantikan betul2 sebelum pkp (Mac 2020)..
Untuk pengetahuan, saya bukanlah datang dari latar belakang jurusan pendidikan dan tidak pernah mengajar secara formal di sekolah.
PDPR merupakan cabaran yang besar kerana saya tidak berapa arif tentang teknik mengajar PDPR yang berkesan.
Pada pendapat saya, guru perlu kreatif untuk memberikan nota dan latihan kepada pelajar.
Saya menggunakan pelbagai teknik untuk bagi pelajar saya tidak bosan.
Antaranya, saya membuat nota melalui video youtube, power point dan lembaran.
Bagi sesi pengajaran pula, saya tidak menggunakan platform google meet,
Memandangkan setelah membuat perbincangan dengan ibu bapa pelajar, ramai kalangan ibu bapa tidak mahu menggunakan cara belajar face to face seperti google meet, zoom dan sebagainya.
Antara faktornya adalah, ibu bapa bekerja, berkongsi peranti, subjek sekolah sudah menggunakan teknik f2f atau sebagainya.
Jika lakukan pembelajaran cara tersebut, ada pelajar yang tidak dapat turut serta dan ketinggalan pelajaran.
Jadi, saya mengubah teknik mengajar dan menggunakan medium seperti power point, video, lembaran kerja, nota suara, gambar rajah untuk diberikan kepada pelajar.
Saya juga menggunakan google form, quizizz, latihan dalam whatsapp dan word wall untuk memberikan latihan kepada pelajar.
Saya juga memberikan masa selama dua hari untuk pelajar menyiapkan nota, hafazan serta latihan.
Tips 1:
Jangan lupa juga selalu berikan pujian kepada pelajar seperti ‘tulisan yang cantik’ ‘tulisan yang kemas’ Good job’ ‘mumtaz’ ‘pandainya’ supaya meningkatkan semangat pelajar untuk belajar.
Tips 2:
Minta pendapat ibu bapa tentang cara pembelajaran dan pengajaran kita. Jangan segan atau marah bila dikomen ibu bapa.
Tanya juga ibu bapa dan pelajar sama ada pelajar faham atau tidak dengan pembelajaran harian. Minta pendapat jika perlu mengubah cara mengajar.
Tips 3:
Jangan berikan latihan yang banyak dan meminta pelajar menyalin nota yang banyak pada satu2 masa. Ini kerana kita perlu ingat bahawa banyak lagi subjek yang pelajar perlu buat nota dan latihan.
Setelah saya mengubah cara mengajar, Alhamdulillah, penglibatan pelajar semakin meningkat.
Akhir kata, sebagai manusia dan pendidik, cuba letakkan tempat kita di tempat ibu bapa yang bekerja dan pelajar yang banyak homework.
Kita mengajar bukan dengan cara longgokkan kerja kepada pelajar untuk mereka faham, tetapi pelbagaikan idea untuk pelajar tak bosan dan mudah faham sikit demi sikit subjek yang kita ajar.
Untuk makluman, saya mengubah cara mengajar saya setelah meminta pendapat ibu bapa, pelajar, adik2 saya.
Saya bertanyakan mereka, cara apa yang paling berkesan untuk pelajar faham pelajaran dan teknik paling seronok untuk tak bosan belajar.
*Hanya berkongsi idea*
– Guru baru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit