Assalamualaikum. Pertama sekali, terima kasih kepada admin jika post ini Berjaya dipublish kan. saya menulis dengan niat, bercerita.. kalau ada kebaikan bagi korang ambik dan amallah untuk kebaikan bersama. post ini respond kepada topic depression yang banyak dibincangkan akhir-akhir ni.
Aku juga bekas depressed seperti kalian. sembuh. dan kembali sakit setelah 2 tahun. kemudian, Alhamdulillah sekarang, still fighting the battle. clinically diagnosed as ‘mild depression’ dengan skala hampir severe depression lima tahun lepas.
OK. lets the story begin.
aku depressed mula-mula mungkin sebab banyak sangat stress yang tidak dikawal disebabkan oleh keluarga bermasalah, dan aku juga adalah salah seorang mangsa dera. sejak dari sekolah rendah lagi aku biasa dikaunselingkan untuk mengurangkan stress. sama juga dengan confessor ‘depressed sebab jauh dari tuhan’, aku juga tidak pandai bersosial. sebab? ayah aku terlalu mengawal aku. semua kawan aku ditapisnya. kawan yang tidak ‘sepandai’ aku ayah aku larang awal2. kalau ingkar akan dipukul teruk, kadangkala tidak diberi makan berhari-hari. Akhirnya, banyak kawan-kawan aku give up nak berkawan dengan aku. ni cerita sekolah rendah. sekolah menengah pulak, aku jadi pendiam dan selalu dapat gelaran ‘pelik’ ‘weird’ ‘suka bersendiri’ tapi, Alhamdulillah cikgu-cikgu semua ambik berat pasal aku. jadi, walaupun aku sunyi, aku masih ada cikgu untuk mengadu.
aku tidak tahu apa itu depressed sehingga aku jatuh sakit yang teruk semasa di matrikulasi. symptom seperti overthinking, turun berat badan mendadak, tiada selera makan dapat tempoh lebih sebulan, rasa diri xberharga dan menangis tanpa sebab sehingga muntah dan pening-pening. cikgu menghantar aku ke hospital daerah, dan disitulah aku pertama kali mengetahui penyakit depression ni. doctor kemudiannya menyarankan aku pindah tempat tinggal (yang menjadi punca stress) serta memberi ubat penenang jika berlaku balik depression.
Alhamdulillah. semuanya OK.. Apabila menyambung pelajaran di peringkat ijazah, sekali lagi penyakit ini menyerang. kali ini bukan lagi sebulan dua seperti dulu. ia ambik masa setahun lebih untuk aku benar-benar sembuh.
persoalan disini. kenapa terlalu lama?
sebab aku dalam dilemma lagi. memang tak nak percaya aku ni ada mental illness. (doctor kat hospital yang diagnose aku masa matrikulasi dulu mintak aku sambung rawatan di hospital terdekat dengan university aku — masa ini, baru aku sedar depression ni sakit mental rupanya) .
Apa yang menyebabkan aku berjaya keluar dari depression?
1. aku sedarkan diri aku. yang aku sebenarnya memang tengah alami symptom yang sama macam dulu, malah makin teruk sehingga aku tidak dapat ‘feel’ dalam semua yang aku buat. aku rasa hidup sekadar hidup, sebab aku tidak mati. nasib baik, aku masih ingat mati dengan sengaja tu berdosa besar. jadi, aku nak tak nak kena jugak hidup.
2. aku sedar aku jadi ‘over-sensitive’ ‘over-thinking’ ‘over-analyze’ dan macam2 over laah. so, aku pastikan bila aku terlebih sensitive, aku pergi kat satu ceruk dinding mana2 pastu cakap ulang2 kat diri sendiri.. tak apa, it’s Ok. things gonna past. kata-kata semangat yang diulang-ulang walaupun minda aku lansung tak dapat terima. Dan kadangkala fizikal aku juga jadi sangat sensitive. terlebih panas, terlebih sejuk akan buat aku jadi lagi nervous dan lagi takut nak teruskan.
3. aku juga shut down dengan ramai orang. aku block nombor dan aku off phone. semua orang tak dapat hubungi aku. walaupun aku rasa tindakan aku sedikit salah, aku cuba pastikan physical contact masih ada. walaupun terlalu minimal. oh, btw, masa aku depressed ni, aku jadi sangat takut dengan pandang orang. jadi memang hanya orang2 tertentu saja yang aku jumpa dan bercakap.
4. aku ada minat yang dahulunya boleh buat aku happy. tapi semua tu tetiba hilang. rasa tu semua pergi secara tiba2. jadi, apa aku buat, aku cuba sedaya upaya aku untuk start balik dengan sikit2. dan senyum. senyum sorang2 depan cermin dan cakap, nanti perasaan ‘suka’ tu akan datang. one day. aku cuma kena berusaha. dan berusaha lagi.
5. Alhamdulillah , aku sangat suka tahajjud dan solat Jemaah. walaupun Jemaah tu aku dah jarang pergi, tapi tahajjud tu masih tak tinggal. aku doa beberapa kali dengan mengatakan ‘ Tarik lah aku macam mana cara sekalipun ke jalan yang benar, tunjukkan aku jalan keluar’. aku juga amalkan tidur dengan dengar ayat Qur’an. aku minima kan bunyi-bunyi (kan aku terlebih sensitive, kadang2 certain bunyi aku akan jadi sangat sakit kepala dan mula nak nangis tak tentu pasal)
6. kemuncak aku Berjaya keluar, bila ada kawan reach out pada aku dan tak give up untuk bangkit. dengan usaha dia, aku tak teruskan untuk membunuh diri. Alhamdulillah.
pesanan aku untuk depressed person
1. jangan berhenti mencuba dan mengharap. percaya pada keajaiban. memang ada kata2/kajian saintifik (tak pasti proven ke tak) yang orang yang used to be depressed akan highly likely untuk dapat balik penyakit ni. tapi, ini bukan bermakna kita mesti berhenti mencuba. cubalah macam2 cara.
2. kalau penat sangat nak solat, cuba zikir dulu. amal sikit je. ulang2. (ni aku refer pada talk seorang ustaz yaser qadhi yang buat kajian tentang surah ad-dhuha) sebab kan..bila kau Berjaya buat something, perasaan ‘worthless’ ‘useless’ tu aku kurang sikit dan kau akan rasa sikiiit confident. bila dah seras, start lagi dengan benda kecil lain. solat waktu. tak apa tak full awal2. lama2 cukupkan. ingat kata2 aku, Berjaya tak semestinya besar impaknya, yang penting rasa negative dalam diri kita dah kurang tu dh cukup Berjaya tauu.
3. pastikan bangun siang dan tengok matahari. yang ni, aku paksa dan amal masa aku depressed dulu. aku masa tu sangat gemar dengan gelap, malam dan sorang2. jadi, aku nak tak nak kena jugak paksa tengok natural light terutama waktu pagi.
4. pedulikan orang cakap apa. bukannya diorang mampu bunuh kau.ingat ni je, diorang hanya mampu bercakap, kau yang memilih untuk dengar, atau anggap seperti angin lalu. kalau boleh, elakkan jauh2 dengan orang macam ni kalau kau nak cepat recover
5. jumpa pakar. jangan simply2 hadap sorang2.
buat orang yang kenal orang yang ada symptom macam aku, atau simptom2 lain depression, sila ;
1. jangan give up untuk Tanya khabar
2. jangan marah2. tapi, guna teknik puji bila Nampak ada sikiiiit kebaikan yang dia dah mula buat.
3. be tolerable dan kena banyak sabar.
– -cik ‘bekas depressed’
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit