Tulisan aku mungkin sedikit panjang sebab memang kena tahu dari akar.
Nama aku Cinta. Aku nak share kisah yang bagi aku quite complicated. Konfliknya dari pelbagai arah baik dari dalam diri dan juga sekeliling.
Keluarga kami bukanlah keluarga yang besar. Pusing-pusing kena hadap jugak..
Ibu aku pon sama dari bilangan adik beradiknya.
Dari kecil aku dan adik tinggal dengan nenek. Ibu ayah kerja, jadi siangnya nenek dan atuk jaga. Malam atau hari minggu je baru dengan ibu ayah.
Ibu dan ayah kahwin di usia muda dan pada ketika itu atuk aku pon muda jugak. Jadinya atuk masih berkerja.
Kami merupakan cucu pertama untuk nenek dan atuk. Jadi atuk selalu ambik adik aku tiap malam untuk bermain.
Pada satu tahun, atuk besara dan perlu berpindah. Atuk ambil adik aku sebab dah terlalu akrab. Aku pulak rapat dengan ibu ayah.. atuk dan nenek jaga adik dan sekolahkan adik seolah adik anak mereka.
Aku pulak duduk di asrama. Even kami kembar, kami tak boleh sekali angkara aku blind. Jadi nak taknak, terpaksa berpisah..
Tiap dua minggu atau sebulan sekali aku dan ibu akan balik ke kampung untuk tengok adik. Ibu bukan biar adik begitu ja, ibu bagi duit dan tetap berjumpa..
Atuk dan nenek jaga adik sehabis baik. Pendek cakap, memang macam sayangnya seorang ibu dan ayah terhadap anak.. hubungan adik dengan mereka pon sangat rapat kalau nak dibandingkan antara adik dengan ibu ayah. Yelah, hujan dan panas ditempuhi bersama atuk dan nenek.
Tahun bertahun berlalu, begitulah rutin kami.. kami pindah dan nak ambik adik. Tapi adik tak nak. Bagi dia, cara ibu ayah dan cara atuk dan nenek berbeza. Ibu simpan sedih tapi ibu lepaskan juga.
Atuk akulah tempat adik berlindung, nenek akulah tempat adik aku bermanja. Tiapkali ada kelas tambahan, atuk yangakan hantar dan tunggu adik walau dalam hujan sekali-pun.
Kasih atuk dan nenek terhadap aku sama juga tapi aku tak rapat dengan mereka seperti mana adik dengan ibu.. aku malu nak minta, malu nak duduk dekat-dekat walau mereka berdua yang jaga aku juga masa kecil.
Kalau cuti panjang, biasanya aku akan balik tinggal dengan atuk dan nenek juga atau adik yang akan tinggal dengan atuk dan nenek belah ayah.
Keadaan berubah bila atuk aku meninggal 3 tahun lalu. Semua sedih yang terlalu dalam bahkan ada yang sampai hilang diri. Perginya atuk seolah bawa jiwa kami ikut sekali.
Masing-masing dari kami cuba pujuk hati antara satu sama lain. Of course lah kebergantungan pada Allah ada. Tapi pautan antara satu sama lain sangat kuat. Ibu gantung pada nenek, nenek. Siapa lagi yang ibu ada selain nenek. Kalini ibu balik setiap minggu jenguk nenek.
Adik aku pulak masa tu sedang belajar dan tinggal di asrama. Jadi nenek tinggal sendiri di sini.
Ibu kalau boleh nak berhenti kerja untuk jaga nenek. Tapi memandangkan banyak komitmen, ibu perlu kuat berkerja lagi. Jujur, ibu sangat rapuh. Hilang seorang ayah sangat besar kesannya. Aku pujuk dia dengan apa jua kata yang mampu, begitu juga nenek aku.
Dah dijadikan takdir, tiba-tiba satu negara kena PKP. Masa ni nenek kena survive sendiri. Ibu nak balik tapi tak dibenarkan. Macam-macam polis cakap masa nak minta pelepasan..
Aku tahu masa tu nenek terlalu sepi tapi ikutkan nenek tak sunyi mana sebab ada kawan-kawan mari rumah untuk belajar quran dengan dia..
masa tu, kebetulan aku tinggal dengan nenek. Nenek selalu tanya “bila ibu nak balik”. Bila dia nampak orang naik kereta, dia akan cakap “seronoknya dapat naik kereta, nak keluar”. Sampai habis kata untuk aku gambarkan pkp itu pada nenek.
Nasib menyebelahi kami bila nenek kena buat check up di hospital. Pon begitu, ibu kena telan dulu kata-kata dari polis yang teramat tajam menyucuk jiwa. Ibu abaikan sebab bagi ibu dia hanya mahu lihat maknya. Bila takdak apa-apa, ibu tak boleh balik.
Stelah setahun berlalu, nenek sekejap okay sekejap tidak. Sampai pula perintah smua rakyat kena ambik vaksin. Dalam keluarga kami, adik aku orang pertama yang kena panggil. Aku dan nenek teman adik ke sana.
Masa adik tunggu giliran, nenek maklum yang dia mahu jumpa kawan dan minta aku tunggu dalam kereta. Aku tak fikir apapon. Bila adik masuk kereta, adik cakap nenek jumpa laki. Aku bagitahu itu kawan nenek.
Entah macam mana, nenek bagi nombor fon kepada laki tu. Petangnya nenek minta adik save nombor laki tu. Adik tanya penuh hairan dan adik bagitau jangan mudah bagi nombor sebab takut stranger.
Tapi nenek aku kata bukan, ini kawan mengaji. Aku rasa nenek tipu tapi aku buat percaya. Adik pulak memang tak boleh pendam apa yang dia rasa.
Aku fikir mahu bertindak secara halus. Aku risau kesihatan nenek terjejas dan aku juga risaukan hubungan jadi renggang. Hari demi hari berlalu, nenek dan pakcik masih berhubung. Call masuk tak kira masa. Kalau nenek tengah makan dengan kami, dia akan cakap ibu call dia.
Kalau ibu, kenapa kena tutup pintu? Nenek berlakon, kami pon pura-pura percaya.banyak kali jugak kami pergi kedai makan, pakcik ada sekali.
Pakcik sangat pandai berlakon. Kalau nak fikir positif boleh, tapi nampak sangat berlakon tak perasan kehadiran tok di situ. Tok pulak gelabah, nak muntah peninglah dan itu ini. tapi tak mungkin pakcik tahu kami di situ kalau bukan nenek yang update.
Kami ajak makan tempat lain dia taknak, nak kedai yang dia sebut jugak. Adik acah drive kedai lain, dia mula cakap asid naik nak muntah dan itu ini. Tapi bila di kedai makan tu, tak makan juga. Kepercayaan kami dah berkurang.
Ye, tak baik bersangka-sangka tapi nenek yang membenar keadaan itu.
Satu je kena tahu, kejujuran bila ditutupi, perlahan kepercayaan akan terhakis, dari kepercayaan yang menghakis maka rasa sayang akan berkurang, kesanggupan berkorban makin menipis, dan akhirnya cukup biasa2
Satu hari, nenek dah boleh keluar dengan pakcik. Lagi buat adik naik geram, adik boleh ambik nenek dari tempat pengajian tapi nenek balik dengan pakcik.
Masa paginya adik minta untuk ambil nenek tapi nenek sungguh-sungguh tolak. Adik pergi juga pada time nenek cakap dia habis kelas, tapi nenek tiada. Kawan nenek memaklumkan nenek keluar awal
Aku dan adik call nenek tapi tak berangkat. Adik tanya dan menerka tapi nenek terus tengking dengan cakap adik fitnah. Nenek halau adik keluar dari rumah. Adik datanglah ke rumah ibu.
Nenek dan pakcik dah macam kekasih. Call dan mesej wajib tiap hari. Nenek minta kami semua kumpul untuk tanya tentang keizinan untuk berkahwin.
Ibu dan adik paling tak setuju, rasanya cucu nenek yang lain dan adik ibu pon tak setuju tapi diam-diam. Aku, entah. Nenek cakap, keputusan jadi atau pon tak nanti kalian akan tahu. Kalau senyap, maka tak jadi..
Bagaimana keputusan tepat akan diperoleh kalau setiap hari hadap yang menjadi keinginan? Nenek akan berubah bila kami sebut tentang pakcik. Dia nampak kami salah.
Kami pergi untuk selidik pakcik, nenek terus cakap kami buat kesalahan dan menjatuhkan air mukanya. Aku tahu kalau orang tua nak kahwin takperlu pon pada persetujuan.
Nenek baik sebab masih tanya pendapat, maknanya nenek masih hormat. Tapi nenek tak boleh terima pandangan lain, dia mahu ubah fikiran yang lain kepada fikiran dia iaitu jawapan setuju, redha, suka sangat..
Aku beri jalan pada nenek dengan banyak istighfar, buat solat taubat, istikharah dan hajat tapi dengan syarat jarakkan diri dari pakcik.
Doalah pagi sampai malam, kalau kehendak itu di depan muka maka jawapan kita pasti yang itu.
Aku hanya minta nenek beri waktu nenek bersendiri selama seminggu tapi nenek tak boleh. Nenek cakap, “jangan buat orang tertunggu.”
Aku sedarkan nenek dengan cakap, “kita mahu jawapan dari siapa? Yang tahu berdasar pengalaman atau yang memang luas pengetahuan? Kita utamakan siapa sekarang? Waktu atau Allah?” Aku tanya matlamat pada nenek sebab bagi aku matlamat sangat penting.
Jawapan nenek hanyalah nak kahwin. Nenek terdiam. Tapi dia tetap dengan jawapan dia. Dia kata macam-macam kat kami, adik yang dia jaga dari kecil pon dia label, ibu dia kata derhaka..
Nenek paksa kami setuju dan nak aku dan adik tetap bersama dia di sini, jangan pernah keluar. Tapi bila pakcik masuk, akan ada halangan untuk kami sebab kena jaga aurat dan sebagainya.
Ibu sekarang dah macam hilang diri, ibu cakap kamilah kekuatan dia. Apa perlu aku buat? Sekarang nenek tiba-tiba baik dengan kami. Dia seolah sayang dengan kami dan kami berdua rasa bahagia.
Dalam mesra, nenek bukak topik kahwin lagi. Kalini aku menyoal nenek soal dia kata adik fitnah tapi perkara betul.
Nenek terus menangis dan cakap menyesal tapi menyesal sebab tindakan kami begini. Aku cakap, “laki dan perempuan tak boleh berdua. Kami semua sayang nenek, kami nak jaga martabat nenek sebagai ustazah.”
Nenek jawab, “takpernah dia rasa dia ustazah. Bukan buat apa pon dalam kereta pakcik tu”
Aku terus cakap “itu kata nenek, tapi pandangan mereka yang belajar dengan nenek, nenek adalah ustazah. Tindakan berdua dengan lelaki tu satu kesalahan di sisi agama, keadaan tu bahaya sangat. kenapa cakap fitnah tapi benar?”
Nenek nangis jerit menyesal tapi menyesal pada cara kami, dia pusing kedaan buat kami rasa berdosa teramat. Nenek memang pelik. Dia berontak sebrontaknya dan dia hanya nampak pakcik tu je betul..
Semua hujjah nenek minta bagi dia buat pertimbangan tapi aku tahu nenek bukan pertimbang sebaliknya cari point untuk nampak salah kami.
Kami cakap kami selidik pakcik dan kawan pakcik. Nenek siap minta tarikh dan tempat pertemuan. Aku maklum pada nenek, kalau laki tu baik, bukan dengan yang dia cinta je dia layan baik tapi dengan semua.
Bila kami bentang semua, nenek label kami nilai orang pulak. Bagi kami, pakcik layan kami lain jika dibandingkan layan kami depan nenek.
Bila tengok kami di depan nenek, pakcik sua muka dekat seolah nak transfer sayang. Bagi kami, pakcik macam baran dan suka mendesak.
Sekarang kami dah tak boleh call pakcik sebab pakcik block kami.. apa yang kami update pada nenek, nenek update pakcik.
Nenek baca quran, boleh kena guna-guna ka?
Semenjak atuk meninggal, ramai yang mendatangin nenek sebab nenek ni macam cantik, boleh itu ini. Semakin lama nenek juga seronok dengan pujian. Bantulah kami, telan atau luah?
Panjang sikit coretan kali ini. Terima kasih semua.
– Cinta (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit