Telan atau Luah? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/telan-atau-luah/).

Assalammualaikum pembaca sekalian. Pertama sekali, saya ingin berterima kasih sebab saya sudah membaca komen semua dan maaf mengenai bahasa yang agak tidak teratur susunannya.

Nenek saya berumur 67 tahun dan pakcik tersebut 76. Nenek saya berubah perangai setelah mengenali pakcik ni. Bila di ajak bersembang, dia seakan-akan meluat nak bersembang dengan kami.

Apabila cucu/anak lain call bertanya khabar dia letak phone jauh ditelinga namun apabila pakcik ni call kalau boleh gam telefon di telinga pasti dia buat.

Begitulah juga sitausi yang dihadapi oleh anak-anak. Kami semua sayang nenek bagai menatang minyak yang penuh dan begitu juga lah nenek terhadap kami.

Namun, perubahan yang jelas kelihatan. Nenek yang penyayang berubah jadi bengis. Seorang yang lemah lembut berubah dengan menyediri dan tidak mahu pergi bercuti kemana-mana.

Dahulunya usai sahaja solat nenek akan mengaji Al-quran dan saya selalu disampingnya mendengar alunan al-qurannya.

Namun, berubah sikap dan setiap hari oncall sahaja dengan pakcik tu. Bukan larang berkawan. Kami tak marah cuma terasa dirinya seolah-olah tidak ada disisi dan hanya jasad.

Secara jujurnya, kami sekeluarga memang tak terima orang baru dalam keluarga.

Dan, betul saya juga faham, “cucu akan kahwin dan tinggalkan nenek dan masing-masing punya keluarga”.

Tapi, keluarga saya jenis apa-apa turut serta dan memberi pandangan. Tapi, lain pula keluarga pakcik tu. Anak – anaknya tidak pernah bertanya khabar mahupun berjumpa untuk berbincang.

Saya juga faham, lain keluarga lain aturan dan caturannya. Saya hairan, jika mak ayah ingin berkahwin adakah anak-anak biar atau ayahnya yang degil? (pakcik ni dah berkahwin 3 kali dan semuanya istri meninggal dahulu)

Siapalah saya untuk menolak takdir Allah. Kasih sayang terhadap nenek saya ni tak dapat diungkap. Saya galas tugas arwah tokwan cuba macam yang selalu arwah tokwan buat tapi tak sangka sebegini rupa kelakuannya berubah.

Ya betul, cucu dan anak tidak sama dengan kasih suami.

Saya bertandang ke rumah pakcik tersebut dengan niat yang ikhlas untuk membalas pemberiannya. Tapi, berbeza cara dia sewaktu saya bersama nenek saya.

Pakcik tersebut buat seolah-olah tidak kena dan memandang dengan tajam dan kawasannya rumahnya boleh dikatakan sunyi. Tidak hairan untuk orang lelaki berasa sunyi tambahan, anaknya yang bujang tiada dirumah.

Kalaulah perkahwinan ini tetap terjadi, saya tidak tahu nak fikirkan apa-apa.

Terpaksa memujuk hati walaupun sedih nak tinggalkan nenek (saya dah memang berazam lepas habis belajar memang duduk disini tapi ada orang baru dirumah ni tak selesa untuk saya).

Nenek juga merayu untuk tidak tinggalkan dia dan jangan biar dia bersama pakcik tu dalam rumah. Saya tersentak. Bagi saya, dia hanya boleh pilih 1. (Saya atau pakcik tu).

Para pembaca sekalian, salah ke saya mempertahankan nenek saya untuk tidak berkahwin?

Saya risau kalau dia kena guna-guna. Nauzubillahiminzalik. Saya ada terbaca bahawa antara cucu dan datuk tiri/ayah tiri kena tutup aurat (ada terbaca komen mengatakan tak perlu tutup aurat). Mana satu yang tepat ya?

Sekian, penulisan terakhir saya disini.

– CINTA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *