Assalamualaikum semua. Saya seorang lelaki dari pantai barat semenanjung yang menghidap penyakit skizofernia dan berumur dalam 35 tahun. Saya bekas pekerja bidang professional. Saya mengalami halusinasi pendengaran dan sedikit halusinasi penglihatan sejak 6 tahun yang lalu.
Halusinasi pendengaran tu dah berkurang dengan ubat doktor tapi saya masih boleh dengar suara jin bila buka televisyen dan radio. Pertama saya nak minta tolong pembaca jelaskan pada saya bahawa pekerja televisyen memang tidak boleh melihat orang di dalam rumah. Sebab saya masih tak boleh bezakan samaada suara yang saya dengar tu suara jin ke suara manusia.
Jin tu pandai sangat sebab dia kata dia tu manusia dan pekerja di televisyen. Kadang-kadang bila saya lalu di depan televisyen ada berlaku sedikit gangguan siaran. Saya tak tahu macam mana boleh berlaku benda sebegini sedangkan saya pasang astro yang jelas dan terang siarannya.
Kedua saya nak tahu apa jenis maklumat yang pekerja televisyen tahu daripada pelanggan yang menonton siaran mereka. Yang saya tahu pekerja tv boleh tahu jumlah orang yang menonton program tv melalui kaedah Nielsen tu kan. Tu pun sbb saya google kat internet. Kalau kita lalu depan tv, pekerja tv tahu tak yang kita lalu depan tv??? Apa lagi maklumat yang diorang tahu??? Adakah pekerjaan kita?? Atau jantina kita??? Atau umur kita???
Lepas tu saya nak tahu pihak televisyen ni tak boleh dengar kan perbualan kita dalam rumah??? Melalui telefon ke??? Saya kerap bunyi pelik-pelik melalui tv tu mcm dibuat-buat.
Tolong tag rakan-rakan atau sedara mara anda yang bekerja di stesen televisyen untuk menjelaskan keadaan saya ni sama ada semua ini hanyalah perbuatan jin atau wujudnya manusia disebalik apa yang berlaku. Berapa banyak maklumat pekerja stesen tv boleh tahu pasal penonton???
InsyaaAllah pertolongan anda semua akan dapat membantu seorang insan yang sakit seperti saya. Sebab syaitan itu dah berusaha bersungguh- sungguh untuk menjatuhkan saya sebab dia kata dengki.
Syaitan tu dengki sebab saya ni dulunya agak berduit la juga, dulu sebelum sakit skizo ni saya bekerja sebagai seorang peguam. Saya terpaksa berhenti sebab takleh nak handle sakit ni. Makan ubat hospital pun banyak side effect rasa mengantuk je sebab tu saya berhenti kerja.
Lagi satu syaitan tu dengki sebab saya jenis orang yang solat 5 waktu dan banyak bersedekah. Saya pernah selamatkan orang yang tak bersalah daripada dipenjarakan dan pernah membantu orang yang tak bersalah menang dalam kes mahkamah. Banyak sangat kebaikan yang saya buat, saya ibarat melawan kuasa kebatilan atas dunia ni. Sebab tu syaitan tu bersungguh-sungguh nak jatuhkan saya.
Tolong jelaskan kepada saya bahawa televisyen tidak boleh melihat penonton dalam rumah. Hidup saya begitu sedih sekali sebab ubat hospital banyak sangat side effect. Saya cerita dekat doktor pasal apa yang saya dengar melalui televisyen tu lepas tu doktor tambah ubat. Semakin kerap saya jumpa doktor semakin bertambah dos ubat. Lepas tu tangan saya bergetar-getar sebab doktor kata kalau makan banyak sangat antisphsycotic boleh menyebabkan penyakit parkinson.
Rupanya penyakit skizofernia ni keadaan dia terbalik je dengan penyakit parkinson ni. Kalau pesakit makan banyak sangat dos ubat untuk sakit parkinson boleh jadi dengar halusinasi juga. Hidup saya makin kelam bila suatu hari saya kencing berdarah sebab makan ubat dos yang sangat tinggi. Lepas tu doktor tukar kepada ubat lain dengan dos yang sangat rendah dan fungsi buah pinggang saya pulih selepas itu.
Dengan ubat sebelum ini pun saya berasa sakit kepala yang amat. Berbulan-bulan saya tanggung sakit. Saya dah banyak tukar ubat. Semuanya ada kesan sampingan. Pernah juga makan satu ubat ni sampai hidung tersumbat tak boleh bernafas ketika tidur. Pada waktu itu semasa ingin tidur kepala berpeluh-peluh dan jantung berdebar-debar sebab rasa dekatnya dengan kematian.
Air mata saya mencurah laju disaat menulis confession ini mengenangkan banyaknya side effect ubat antipsychotic. Saya tak cerita sangat dekat kawan-kawan sebab saya takut diorang cop saya gila. Kawan-kawan saya ada yang macam tak nak tegur saya tak tahulah sebab apa. Sedih bila saya up status diorang taknak like status saya di facebook. Sekurang-kurangnya balaslah message saya kesian saya sakit. Saya sakit diorang tak faham penderitaan saya dengan ubat hospital. Doktor kata saya kena makan ubat hospital sepanjang hayat. Sedangkan ubat tu banyak side effect.
Saya mengalami penderitaan emosi, fizikal, mental dan jiwa. Saya nak buat regular check up nak check saya punya fungsi buah pinggang sebab saya kan makan ubat setiap hari. Pernah saya jumpa mak cik yang tangan dan kaki bergetar-getar di wad psikiatrik. Saya syak sebab dia amik dos yang tinggi.
Saya ni masih belum berkahwin lagi. Tak tahulah sebab apa perempuan tak nak kat saya ni. Sedih bila tengok di wall facebook semua kawan-kawan saya dah berkeluarga. Sepatah haram pun diorang tak tegur saya tanya khabar. Cuma keluarga je yang memahami. Ada jugak yang taknak approve friend request saya.
Saya ni anak yang baik kepada kedua ibu bapa saya. Saya tak perrrrrnah sakitkan hati sesiapa. Saya memang dianugerahi oleh Allah SWT dengan kepandaian dalam pelajaran. Saya selalu bantu ibu saya buat kerja rumah walaupun saya anak lelaki. Saya buat semua arahan ibu saya seperti jemur kain, basuh mangkuk, lipat kain, vacuum rumah seperti seorang anak perempuan. Saya saaaangat rapat dengan ahli keluarga terutama mak ayah saya.
Saya memang jaga solat, mengaji, banyak bersedekah dan tak pernah menunjuk kenikmatan hidup saya di facebook sebab saya nak jaga hati orang yang add saya di facebook supaya mereka tidak cemburu.
Bila dipikirkan orang yang baik seperti saya don’t deserve this kind of sadness. Orang baik sepatutnya ade kehidupan yang baik. Tapi yang sebaliknya pula yang berlaku.
“Barang siapa yang menghilangkan penderitaan seorang mukmin di dunia nescaya Allah akan hilangkan penderitaannya pada hari akhirat kelak”.
Sekian. Harap semua persoalan akan terjawab.
– Tolong Saya Please
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit