Telinga Yang Mendengar

Assalamualaikum, hai semua. Terima kasih admin kalau confession ni disiarkan.

Aku cuma nak luahkan tapi aku tak tahu nak salurkan ke mana. Jadi aku ambil keputusan untuk buat confession sebab aku boleh luahkan tanpa batasan.

Sebagai pengenalan, aku seorang pekak atau bahasa sopannya kurang pendengaran. Aku lahir normal tapi hilang pendengaran semasa berusia kurang 1 tahun kerana demam panas dan jangkitan.

Apa aku nak kongsikan hari ini pengalaman aku…… jeng jeng jeng.

Pengalaman aku masa aku pertama kali dapat semula pendengaran aku. Aku berusia 23tahun dan aku baru sahaja menjalani pembedahan bulan lepas untuk aku dapat mendengar semula.

Aku ingat itu merupakan “The Best Day of My Life” but turns out to be one of my worst nightmare.

Aku hampir rasa nak pitam masa pertama kali aku mula mendengar, overwhelming sangat perasaan dapat mendengar. Aku tak sangka dunia normal sebising ni. Aku tak sangka kuat rupanya bunyi degup jantung.

Aku tak sangka setiap pergerakan mengeluarkan bunyi. Bising! Terlalu bingit untuk aku yang baru dapat mendengar.

Masa on the way keluar hospital, aku seperti alien baru datang ke bumi, tak pernah aku sangka kuat gila rupanya bunyi enjin kereta. Bunyi orang bercakap di sekeliling.

Semua bunyi buat aku terkejut. Dan akhirnya aku mengalami panic attack depan pintu hospital.

So aku warded kembali sebab doctor kata mungkin aku discharge too soon and tak dapat nak adapt lagi hidup boleh mendengar.

Apa paling mengejutkan pada aku adalah bunyi kencing dan juga bunyi buang hajat. Kuatnya!

Malu aku sorang-sorang dalam tandas memikirkan betapa kuat bunyi tu sewaktu aku tak boleh mendengar dan orang sekeliling boleh dengar apa aku buat dalam tandas!

Sebulan dah berlalu tapi aku masih dalam fasa “adapting” dan sekarang aku sangat insecure dengan cara aku bercakap, baru aku tahu pelik rupanya orang pekak bercakap.

Aku rasa mesti semua yang bercakap dengan aku tahan gelak bila berdepan dengan aku sebab cara aku cakap tak seperti mereka.

Aku mula faham kenapa Allah melarang mengumpat, sebab bila aku dapat mendengar aku mula faham apa yang mereka gosipkan dari jarak jauh, dan benda tu tak pleasant untuk didengar.

Sebelum ni aku hanya boleh baca gerak bibir mereka yang dekat dengan aku. Tapi kali ini aku boleh mendengar dari jauh.

Aku rasa seperti aku kufur nikmat sebab aku harap aku tak dapat dengar kembali, sebab dalam masa sebulan ni aku rasa depressed teruk.

Dunia normal terlampau bising untuk aku. Aku rindu masa aku tak boleh dengar apa-apa, jadi aku tak perlu kesah pun.

Sekarang aku nak pergi kedai makan pun aku takut sebab bunyi-bunyi dikedai makan masih terlalu bising pada aku.

Benda yang buat aku happy hanyalah bila first time aku dengar suara mak aku, bunyi azan dan orang mengaji. Indah rupanya.

Aku minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan confession aku. Jujur aku taktahu nak luahkan macam mana dan kat mana perasaan ni.

Aku tak nak mak aku sedih bila aku cakap aku tak suka mendengar sebab dia dah habis banyak duit dan tenaga untuk aku. Aku harap aku boleh adapt dan teruskan hidup sebagai seorang manusia normal.

– Iman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *