Telur Dihujung Tanduk

Assalamualaikum admin & pembaca. Terima kasih admin andai penulisan ini disiarkan. Tapi aku harap tersiar la sebab aku perlukan pendapat dan nasihat yang baik-baik dari pembaca.

Sedikit intro, aku berumur 32 tahun. Telah berkahwin selama 2 tahun, suami berumur 34 tahun. Kami berdua kahwin sedikit lewat kerana masing-masing bekerjaya.

Sepanjang berkahwin, suami aku seorang yang sangat baik dan penyayang. Susah senang kami bersama.

Dulu-dulu sebelum suami naik pangkat, aku banyak support dari segi kewangan kerana gaji aku lebih besar dari dia. Aku ikhlas seikhlasnya.

Selepas suami naik pangkat dan gaji 3x ganda, dia ambil alih kewangan rumah 100% malah rumah yang aku beli dengan namaku sendiri dekat kampung pun dia yang bayar. Tidak pernah kedekut dan sangat caring. Hidup kami bahagia berdua.

Kami sangatlah menginginkan zuriat. Alhamdulillah, setelah 2 tahun berkahwin akhirnya aku disahkan mengandung.

Rumahtangga mana yang tidak ditimpa ujian kan. Bagi aku dan suami, kami diuji ketika aku mengandung. Aku mengalami alahan yang sangat teruk dan terpaksa berhenti kerja. Semuanya berubah 360 darjah.

Rumah kami sebelum ni aku jaga tiptop, sisi mana je yang tak aku lap dan berus. Sentiasa kemas dan rapi. Aku stress dengan keadaan sepah2 ni.

Tapi sekarang aku dah tak larat sangat nak kemas entahlah aku macam demotivated. Duduk rumah berulang buat benda yang sama setiap hari.

Kalau dulu aku masak macam 5 star restaurant suami selalu puji, sekarang bau apa pun tak boleh asyik muntah.

Aku masak pun akhirnya ke tong sampah, tak lalu suami nak makan. Sentiasa tak kena, hangus la tak masak la rasa pelik dan macam-macam lagi. Sebab aku masak dalam keadaan terpaksa dan aku tak pernah cicip rasa. Masak hanya untuk suami.

Suami aku seorang yang bekerja keras, dia masih lagi all out dan bagi 100% effort dalam rumahtangga ni macam dulu. Tapi yang jadi masalah nya bila effort aku dah tak macam dulu.

Jadi aku rasa dia dah reach limit kesabaran, balik rumah letih tapi rumah tak rapi macam dulu dan takde lagi makanan terhidang buat dia. Aku sangat stress, kandungan aku sekarang 9 minggu. Aku stress asyik dengar dia complaint.

Kalau masak, aku memang cuba tapi sebab aku tak enjoy macam dulu jadi makanan tu tak sedap dia pun taknak makan aku nak buat macam mana. Aku dah cuba. Memang banyak kami membazir tidak terhitung daging yang ayam yang terbuang.

Suami asyik merungut dia tak makan pun sekarang, memang dia kurang beli makanan luar aku dah cuba cakap tapi 2,3 hari je dia jaga makan minum dia. Yang aku ni makan ke, aku pun tak boleh nak makan.

Aku tak ingat bila last aku jamah ayam/daging. Aku faham dia penat semua, tapi aku nak buat macam mana. Aku rasa mentally exhausted. Dengan suami asyik complaint, aku rasa energy dan motivation aku zero.

Aku tak biasa duduk rumah macam ni dengan rasa yang tak selesa, pening dan loya ni setiap masa.

Waktu taip ni kami baru lepas bergaduh atas alasan yang sama lagi. Selalu kalau aku nak masak dia cakap tak payah, nanti tak jadi pulak membazir tapi harini dia ungkit aku tak masak-masak habistu dia nak aku buat apa.

Dia cakap aku duduk rumah hanya tidur, dia je yang all out kerja macam orang gila. Aku terasa sangat-sangat. Dia cakap aku berubah. Aku berubah.

Aku berdiri depan cermin pandang pantulan, macam mana aku tak berubah aku tak rasa sama macam dulu physically, emotionally, mentally. Dulu aku hanya aku sekarang aku bakal jadi ibu. Macam mana aku tak berubah. Yes, aku berubah.

Aku penat dengan pergaduhan kami yang sentiasa berulang. Harini agak tegang, seolah perceraian saja yang nampak untuk masa depan kami.

Rupanya mengandung tak seperti yang aku sangkakan. Dulu dia cakap dia akan layan aku macan puteri bila aku mengandung. Tapi hakikatnya hanya mudah madah berbicara.

Aku menangis pun salah, dia cakap asyik menangis je yang dia pun ada perasaan tapi takde pulak dia menangis.

Aku tak tahu la macam mana nak jernihkan dan solve benda ni. Perkahwinan kami ibarat telur di hujung tanduk. Harap pembaca sudi tinggalkan nasihat dan komen yang membina.

Terima kasih

Yang berduka,

– Bumil (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Cakap kat suami awak, dia punya sperm pun menyumbang kepada alahan awak ni. Apa salahnya beli makanan kat luar, panggil orang kemas rumah. Benda simple jangan complicated kan. Jangan2 dia dah curang masa awak mengandung ni. Tu nampak buruk isteri je.

  2. Sabar lah bumil, rezeki orang mengandung ni mmg tak sama. Ada yg alah teruk, ada yg happy2 jer. Cuma kena ingat benda tu tak selamanya. InsyaAllah by 12 week dah ok dah. Sabar sikit je lagi. Pasni insyaAllah bertenaga balik, dah tak muntah dah selera makan. Tunjuk komen ni kat suami, minta dia pun sabar sekejap jer lagi. Ingat la dalam perut tu ada baby pengikat kasih dan bukti cinta kalian. Takkan sebab takleh masak few weeks dah nak cerai berai.

  3. Anak adalah rezki dari Allah. Fikirkan berapa ramai pasangan yang berkahwin sukar mendapat zuriat. Puan perlu berbincang secara baik dan matang dengan suami. Ajak suami jumpa doktor pakar perbidanan. Pergi ke hospital swasta untuk dapatkan nasihat. Prestasi ibu mengandung berbagai, ada yang mudah, namun ada yang mengalami muntah teruk hingga perlu masuk wad. Jangan biarkan emosi dan fizikal puan terjejas. Kongsikan juga masalah puan dengan MIL dan ibu sendiri, mungkin mereka boleh membantu sebab mereka semuanya berpengalaman, Insya-Allah. Semoga Allah mudahkan urusan puan dan suami.

  4. terangkan kat kt dia, ini hanya sementara sbb awak tu alahan teruk, bagi dia faham, klu dia tk boleh faham, kena libatkan mak bapak dia, supaya org tua boleh faham masalah ni, utk para suami, jgn la aniaya isteri yg sedang mengandung, memang la para suami yg keja kuat cari rezeki, tapi itu dh tanggungjawab, nanti Allah akan balas segala usaha kuat, jgnla pi zalim kt bini sendiri

  5. Husb awak ni kena merasa alahan tu apa. Like me, for both my pregnancy, i had no sickness at all. Instead, husb sy yg pagi² muntah², melepek bagai. Anyway..once 1st trimester berlalu, you will be fine. Perhaps pembawakkan budak jgk buat u feel extra sensitive. Kdg² husb kita ckp lembut je, tp eh tetibe sentap..which kita sndri tak tau nk control own feelings kan. I really hope semuanya dipermudahkan for you. Be strong mamyyy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *