Teman

Assalamualaikum. Saya ingin meluah perasaan. Dan terlebih dahulu saya minta maaf jika ada silap atau terkasar bahasa.

Saya Wani mempunyai 3 orang anak yang berusia 6 tahun dan ke bawah.

Suami saya bekerja daily paid delivery attendant (tak suka membuang masa dan kerja dengan penuh consistent).

Saya ada meniaga kecil-kecilan. Barang yang saya jual dibuat sendiri from the scratch (tak perlu saya sebut barang apa).

Barang ini dibuat dengan teliti pengiraan harus tepat, price range from RM6 to RM16.

Saya mempunyai teman perempuan yang sudah berkeluarga mempunyai anak 1, 3 tahun.

Suaminya bekerja full-time dan si isteri kerja part-time. Saya sayangkan dia dan dia terlalu baik.

Teman saya ni jenis yang suka duduk bertandang berjam2 lamanya.

Keluarga saya bukanla mewah. Apa yang keluarga saya ada. Hanya cukup2 makan minum dan pakai untuk kami.

Kalau SEBULAN SEKALI datang, insyaAllah saya mampu menjamu mereka makan.

Tapi kalau dalam seminggu dah berkali datang duduk berjam2. Takkan saya nak biarkan dia tengok saya makan tanpa menjamu mereka.

Tak mungkin saya nak membuka aib keluarga saya untuk menceritakan kesusahan keluarga saya pada mereka.

Saya tak nafikan mereka pernah melepak di rumah saya dan order makan untuk kami makan bersama dan saya cukup menghargainya alhamdulillah terima kasih.

Tetapi untuk saya membalasnya setiap kali dia datang memang saya tak mampu.

Jangan kata nak order makan untuk mereka, nak masak pun hanya cukup untuk family saya je.

SEPERTI SAYA KATAKAN AWAL TADI, JIKA SEBULAN SEKALI INSHAALLAH SAYA MAMPU. Dan seperkara lagi, saya bukan jenis yang bergayut di phone.

Waktu anak2 di sekolah, saya akan habiskan house chores ASAP setelah itu saya akan buat order saya.

Order saya perlu buat dengan penuh teliti dengan PENGIRAAN YANG TEPAT. Jika salah kira terpaksa buka semuanya.

Ini bermakna saya tak boleh bergayut di phone sambil buat order.

Kehidupan family saya dan family dia berbeza. Dia suami isteri bekerja mempunyai pendapatan tetap dan hanya anak seorang.

Dengan nama Allah sumpah sedikit pun saya tak cemburu malahan saya bahagia untuk dia. Cuma saya minta dia faham.

Alhamdulillah dengan order inila dapat menambah pendapatan family saya.

Walaupun tidak mewah tetapi alhamdulillah cukup untuk family saya.

Dan alhamdulillah juga kerana family saya tidak meminta bantuan kewangan dari mana2 pihak. Kami akan berusaha sendiri selagi kami mampu.

Parents dan siblings saya sendiri faham keadaan family saya. Dan saya berharap teman saya pun begitu. Saya terlalu SAYANGKAN TEMAN saya ni.

Bukan saya nak mengelak tapi saya minta dia faham situasi saya. CUKUPLA SEKADAR SEBULAN SEKALI ..

Terima kasih kerana publish cerita ini.

– Wani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *