Teman Lelaki ‘Oversea’ Kaki Kikis

Hi kau orang. Kalau confession ini disiarkan aku harap kau orang ambil la pedoman, huhu.

Nama aku Henna (bukan nama sebenar). So dari tajuk kau orang dah boleh expect kan cerita aku. Sikit saja ni nak cerita.

Aku kenal dengan si R dari tahun lepas. Dia ni berasal dari negara bergolak, hihihi (malas nak bagitahu negara mana kang kena kecam pulak dengan wife2 yang husband mereka berasal dari sana).

Awalnya perjalanan percintaan dilalui dengan indah, kalau tak sebab covid aku dah terbang ke sana. Dia pun terbang ke sini. Tidur senyum2, mandi makan semua senyum. Yelah dilamun cinta.

Oh, btw si R ni tergolong dari educated juga. Graduated dentist (tapi belum dapat kerja) so along perkenalan kitaorang dia tunggu date untuk continue master.

Banyak angan2 mak jenin si R ni konon lepas habis master nak buka klinik bla bla. Aku tumpang happy je.

After few months dia mula 1st step yakni suruh aku beli dumbbell katanya nak workout aku macam eeh dia ni takde duit ke nak beli sendiri. Benda murah saja kot. Aku tak beli.

Pastu dia suruh beli trimmer (nak shave beard) once again aku macam ehh dia ni start melampau tapi kerana cinta ku turut kan jua.

And start dari tu hari-hari dia add to cart from his amazon account suruh aku beli these and those. Antaranya buku dentist dia (aku cem anggap sedekah sebab dia nak study kan, few books juga)

And sampai satu tahap dia suruh aku beli laptop katanya laptop lama dia buruk. Time tu aku dah meroyan macam mak hilang anak. Ehh dia ingat aku banker ke nak beli barang dekat dia.

Dia guna cara soft weh suruh beli benda murah2 pastu letak emoji manis2 sampaikan usb cable dia pun aku beli yang harga RM18.

Last sekali aku dah tersedar, kalau ikut hati aku nak bantu saja lagi. Tapi aku perlukan bantuan Tuhan.

If he’s not the best for me, not written from Lul Mahfuz for me, please take him away. Bukan secara jarak tapi secara perasaan. Penat weh kita pun struggle cari duit kau senang2 add to cart.

Last part aku paling terasa bile dia kate aku ni ‘a real big liar in the world’ macam eh bodoh nye kau ni sumpah tak kenang budi.

Sebab aku ada order tablet samsung dekat dia RM700 jugak pastu kita orang gaduh then aku minta refund (directly masuk bank aku sebab pakai card bank aku)

Since then dia dah macam asyik ungkit cakap aku penipu pembohong. Janji nak beli tak beli. Bodoh kan hahaha sama-sama bodoh.

Kitaorang baru gaduh last few days then aku block dia semua media sosial. Tapi time rindu aku unblock balik. But dont worry, bukan laki aku pun. Rindu saja takde makna aku nak text balik.

Sumpah jahat tauu. Silap aku juga percaya sangat.

So far kitaorang pernah jumpa so bukan cinta media sosial. Cuma aku menyampah dia ambil kesempatan macam ni. Kau miskin duit takpe jangan miskin adab mulut pun jahat.

So kau orang jangan sampai terpedaya ehh dengan mat jambang muka shah rukh khan.

And lagi satu ade saja jenis kahwin dengan oversea baik-baik so tengok la nasib kau orang nak dapat yang baik ke tak, haha.

Sekian dari Henna. Aku pun tak kurang hebat, lawa juga cuma saje saja nak test market berlakikan orang luar, haha.

– Henna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *