Teman Lelakiku Songsang

Nama aku Puteri. Aku nak berkongsi cerita tentang bekas teman lelaki aku.

Nak dipendekkan cerita dulu nya aku praktikal di suatu pulau. Ketika tu umur aku baru, lingkungan 20 tahun.

Aku ni memang jenis orang yang cepat sangat ‘catch feeling’ terhadap lelaki.

Jadinya semasa aku mula berpraktikal dkt situ, aku berkawan dengan semua orang termasuk lah bekas teman lelaki aku ni.

Tiba-tiba perasaan suka dekat dia tu membuak-buak. Tapi aku simpan dahulu rahsia ni sebab aku tak nak ada rasa kecewa. Aku cuma bercerita dekat kawan praktikal aku sahaja.

Hari demi hari, kami berdua sering melepak setiap malam sampai lewat malam. Kadang sampai 2 ke 3 pagi baru aku tidur. Padahal esok nya tu kami berdua masing2 bekerja awal pagi.

Aku agak hairan kenapa aku boleh bertahan untuk tidak tidur semata untuk melepak dan borak kosong sahaja dengan dia.

Tiba la suatu masa, pada malam tu dia meluahkan perasaan dia. Yang mana sebenarnya, dia juga ada perasaan suka dekat aku.

Hati perempuan mana yang tak excited bila crush dia suka dia balik kan. Dan malam itu juga kami ‘bercouple’ dengan tanpa rasa bersalah.

Hari berganti hari, hubungan kami sangat baik2 saja. Tiada benda yang pelik jadi, gaduh pun tidak. Kami berdua juga sering memberi hadiah antara satu masa lain.

Tanpa aku sedari, sebenarnya dia curang belakang aku dengan bekas teman lelaki dia. Selalu lelaki curang dengan perempuan lain, sekarang dah terbalik lelaki curang dengan lelaki lain.

Pada mulanya aku terima dia seadanya sebab dia kata dia nak berubah untuk jadi yang lebih baik. Aku pun sokong dan bantu dia.

Tapi malangnya bantuan aku tidak diendahkan, malah dia selalu teringatkan bekas kekasih dia. Katanya rindu dengan belaian kekasih lama.

Luluh hati aku, seluruh kepercayaan aku dia buang macam itu sahaja.

Di hari kejadian, kami chat dan call seperti biasa. Tapi bila malam tu dia selalu tangguh chat aku dengan hanya balas ‘sekejap’

Aku pun tunggu sampai lewat malam.

By the way, hari kejadian tu dia balik ke kg halaman dengan alasan rindu family. Aku faham dan aku biarkan sahaja dia pergi.

Back to story, aku tak sanggup tunggu lama dan aku terus tidur.

Esok pagi nya aku dapat chat dari dia, dia cakap jujur dengan aku yang dia masih sayang dekat bekas kekasih lelaki dia.

Aku pun tanpa berfikir panjang, aku terus buang segala gambar, video dan number dia sambil menangis.

Dia yang meluahkan dulu pada awal nya dan dia juga yang menghancurkannya.

Hubungan kami hanya bertahan sebulan sahaja. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk selamat kan diri aku.

Selepas hubungan kami putus, aku sebagai perempuan nak juga cari bukti yang mana dia masih ada hubungan.

Dan aku jumpa di media sosial teman lelaki dia. Benda tu semua dah cukup jelas untuk aku keluar dari hidup dia.

Aku menangis 3 hari 3 malam, dan esoknya nekad untuk tidak menangis lagi. Seolah olah hidup aku di pijak-pijak oleh dia.

Alhamdulillah juga Allah masih waraskan akal aku untuk tetap kuat demi diri aku sendiri. Family aku pun bantu untuk support aku.

Sejak dari kejadian itu, aku trauma nak berkawan dengan lelaki lagi. Takut tersalah pilih lagi.

Pengajaran yang aku dapat, bukan mudah untuk kita cari pasangan hidup kita, lagi lagi nak di buatkan peneman hidup.

Jadi dekat luar sana, selalu la berhati hati dengan orang yang kita nak berkenalan baik lelaki atau perempuan. Sekian perkongsian cerita aku.

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *