Teman Sekerja Yang Membunuh Semangat

Salam & hai semua. Tujuan aku meluahkan kata-kata di sini sebab aku dah buntu dengan diri sendiri. Aku perlukan nasihat daripada pengalaman-pengalaman korang.

Nama aku Cik Gayah (sudah pasti bukan nama sebenar), umur 23 tahun, belum kahwin, dan sudah bekerja. Apa yang aku nak cerita berkenaan dunia pekerjaan yang baru sahaja aku hadapi. First, aku orang yang sangat overthinking dan jenis seorang yang cepat tertekan aka stress lah. Kedua, aku sangat-sangat sensitive. Kadang-kadang sampai tahap aku nak muntah, pening bila aku stress.

Selepas sahaja aku menamatkan pengajian aku, alhamdulillah aku dapat kerja walaupun bukan kerja yang aku nak. Tapi disebabkan orang selalu cakap anak muda jangan memilih sangat kerja. So, aku bertekad #whynot you try. Awalnya macam kekok la juga dan tak yakin aku boleh buat kerja ni. Of course la, belajar bidang lain end up kerja 360° kerja bidang lain. Dah dekat setahun kerja alhamdulillah rupanya aku mampu buat kerja ni. Betul lah dalam Al Quran Allah ada sebut “Mungkin apa yang kamu suka belum tentu baik buatmu, mungkin apa yang kamu tak suka, sebenarnya baik untukmu”.

So, mungkin inilah takdir dan potensi aku yang sebelum ni aku tak sedar. Finally, I’m falling in love dengan kerja aku sekarang. Walaupun aku tak bersungguh kerja tapi adik beradik aku yang kenal aku sejak kecil, baik buruk aku selalu cakap. ” Ko tu belajar bersungguh-sungguh, kerja pon bersungguh-sungguh “. Jadi, aku mula sedar aku ni orang seperti ini sebenarnya. At least benda ni menjadi penguat aku saat aku down dan stress.

Pendeknya mukadimah aku. Sorry korang. Hehehe. Okay aku cerita pengalaman pertama aku start bekerja. Mula-mula aku masuk my 1st impression, beruntungnya aku dan bertuahnya aku dapat environmental kerja yang best. Sebab manager baik, kawan-kawan office pon baik. I’m happy sangat-sangat, sampai tak kisah la even kerja bukan bidang aku. Kami memang sehati sejiwa, bekerja as a team, saling menguatkan.

Tapi, semuanya hanya sementara. Benarlah ” kalau kita nak kenal sahabat kita sesungguhnya, pergilah mengembara bersamanya”. Time ni kita dapat tahu bagaimana keadaan marah sahabatmu, kesabarannya sahabatmu. Memang la kerja bukan pergi travel, but analoginya sama sahaja. Semakin lama kita kenal seseorang, kita akan tahu baik buruk perangai. Macam juga orang kenal kita, diorang pon akan tahu baik buruknya diri kita. Sumpah silap aku, aku anggap colleagues aku semua kawan baik aku.

Mestilah pengalaman pertama, baru keluar zaman belajar. Hehehe. Maksudnya, aku percaya semua orang akan kekal selamanya macam 1st impression aku. Ternyata aku silap, dunia pekerjaan ni cabarannya lain. Ko akan kenal orang yang acah-acah depan baik belakang dia burukkan ko yakmat. Ko akan jumpa kawan lelaki yang membawang kalah perempuan, depan ko bukan main belakang mulut longkang, ko akan jumpa geng yang suka mengutuk bos depan bos pijak semut tak mati. Macam-macam lagi.

Macam aku dah setahun kerja, baru-baru ni aku dinaikkan pangkat. Ko bayangkan aku bersaing dengan orang lain yang dah berpengalaman kerja bertahun-tahun. Ko bayangkan perasaan aku yang overthinking ni. Aku selalu asking myself, layakkah aku pikul amanah ni, layakkah aku ni . Baru setahun jagung kerja dah diberikan mandat besar sebegini. Berpeluh juga. But I’m trying to prove it to myself that I can do it. Even aku rasa aku mangkup tapi aku redah sahaja. Tapi apa yang meruntuhkan semangat aku yang sedia kala down ni, ada seorang colleagues aku ni.

Dia pernah persoalkan dan memusnahkan semangat kecilku ” baru 1st time kerja dah berlagak “. Memang aku tak dengar dari mulut dia sendiri but aku memang dah siasat sungguh-sungguh ternyata ayat itu untukku. Itu colleagues yang aku rasa baik denganku end up meruntuhkan semangat aku. Salahkan aku tegakkan hak aku drp dipijak orang lain (adalah isunya malas nak cerita), salahkan aku baru pertama kerja naik pangkat ( dah setahun lah kerja), salahkan aku baru pertama kali kerja senang-senang orang merendahkan aku dengan kata-kata berbaur negative, salahkah aku ? Makin lama bekerja aku makin tak nak rapat dengan sesiapa. Semua tidak boleh dipercayai.

Berdasarkan cerita aku, aku mohon kalian yang sudi membaca luahan aku ni beri kata-kata semangat, beri nasihat drp pengalaman korang, macam mana aku nak hadap toxic people di office, macam mana aku nak hadap dunia pekerjaan. Aku suka dengar pendapat orang. Yes aku perlu timba pengalaman orang untuk jadi lebih baik dalam dunia pekerjaan. Terima kasih.

Love,
– Cik Gayah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *