Teman Tapi Mesra

Pertama kali nak luahkan perasaan di IIUM Confession.

Saya isteri yang bekerja dalam sektor swasta dan mempunyai sepasang cahayamata perempuan 10 tahun dan lelaki 6 tahun. Suami pula kerja goverment sebagai penguatkuasa.

Tahun ini masuk 13 tahun perkahwinan saya dan suami. Sepanjang perkahwinan ini tak pernah lagi kita bergaduh pasal perempuan. Tapi kali ini saya rasa betul-betul tak wajar.

Dipendekkan cerita saya tiba-tiba tergerak hati cek whatsapp suami. Dan saya terjumpa chat dia dengan seorang perempuan yang juga merupakan rakan sekerja dia.

Saya hairan sebab chat dorang tu bukan pasal urusan kerja tetapi lebih kepada bertanya khabar, tengah buat apa dan suami siap lagi bagitau segala aktiviti yang dia buat. Setiap hari ya mereka chat.

Sebagai isteri saya rasa benda ini macam tak betul. Dan saya terus tanya dengan suami apa hubungan antara mereka berdua.

Suami cakap hanya rakan sekerja. Tapi saya memang tidak puashati. Kalau setakat rakan sekerja kenapa hari-hari berchat dengan perempuan itu. Saya pun cari info mengenai perempuan itu.

Perempuan itu merupakan seorang janda. Patutlah suami beriya-iya untuk chat bila-bila masa sahaja.

Untuk pengetahuan perempuan itu bekerja satu shif dengan suami. Mereka bekerja ada 2 shift pagi dan malam.

Dan yang paling saya sakit hati, rupanya selama ini suami selalu bawa bekal ke tempat kerja untuk perempuan itu. Saya memang setiap hari masak untuk sarapan, makan tengahari dan malam.

Macam mana saya tahu? Saya terbaca chat suami supaya bekas makanan disimpan di pondok dan dia akan ambil. Masa itu suami terlupa delete chat mereka.

Kami bergaduh besar pasal itu. Saya cakap kalau setakat kawan sekerja buat apa hari-hari chat?

Bekal yang aku sediakan kau bagi perempuan itu. Sedangkan aku ini isterimu tak pernah kau chat tanya di khabar masa aku bekerja. Sudah makan ka belum?

Saya bagitau suami saya tidak mahu lagi dia berhubung dengan perempuan itu kecuali urusan kerja.

Saya betul-betul sakit hati. Saya cakap dengan suami memang sekarang kau cakap tidak ada apa-apa. Tapi kau mula buka peluang kepada perempuan itu.

Saya cakap tiada isteri di dunia ini suka lakinya ambil berat perempuan lain.

Saya bagi pilihan kalau dia masih lagi buat perkara itu saya minta dilepaskan. Sampai suami beriya-iya datang ke tempat kerja untuk memujuk. Masa ini kitorang bergaduh time bekerja.

Saya betul-betul rasa stress. Lagipun saya tiada tempat untuk meluah. Sampai saya terfikir mahu ke pejabat agama minta kaunseling. Biar suami tahu jaga batas antara kawan lebih-lebih perempuan.

Ini sahaja luahan saya. Minta nasihat pembaca semua.

– Bunga Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Ni tak normal kak. Pertahankan hak akak. Ciri-ciri ke arah curang atau dah curang ni. Kalau sayang rumahtangga, sila tegas. Bagi sepatah dua pada si babi sondol tu. Bagi amaran juga pada laki akak. Ikhtilat memang ke laut dah ni. Ugut bagi amaran kata akan report ke pihak atasan!

  2. Jgn bagi muka
    Ada 1001 cara depa boleh tipu kita

    1. Bagi first n Last warning kat suami
    2. Warning betina tu jugak
    3. Report bertulis kat majikan supaya depa lain2 shift
    4. Sispaa ja depa berdua
    5. Bawak suami pi kaunseling jab agama

    Kalau dia masih sayang isteri n anak2
    Dia akan berubah

    Begitulah sebaliknya

  3. Salam

    Kawan biasa tak chat hari2
    Kawan biasa tak lapor buat aktiviti apa hari ni
    Kawan biasa tak gamak bagi bekal isteri ke org lain

    Lelaki bila kantoi akan menipu
    Lelaki walau ada bukti pun tak akan mengaku
    Lelaki bila sibuk dengan betina mmg tak akan tanya kabar isteri
    Lelaki sekali kantoi dia akan lebih berhati2 supaya tak kantoi lagi

    Begitulah..

  4. Minta maaf, tp ‘fenomena’ suami atau isteri org yg ‘terlebih baik’ dgn rakan di tempat kerja ni dah jadi mcm ‘normal’ plak.. mula2 mmg la makan skali, bercerita tentang hal & masalah masing2 dsb.. tapi klaw dah hari2 macam tu, sehari x berjumpa, jd mcm ‘janggal’ pulak.. tambah pulak pasangan tu ‘available’ utk layan dia siang m mlm.. tp klaw benar la suami tu nk berubah ke arah kebaikan, minta dia tukar ‘shif’ atau pon tukar ke cawangan lain.. selagi dia ‘membina’ hubungan yang sebegitu, keadaan akn jadi tambah parah, lagi pon usia perkahwinan dah berbelas tahun, adakalanya mse mcm ni, suami nk ‘mencuba’ sesuatu yg baru pula.. puan cuba alihkan perhatian dia kpd rumahtangga semula, mngkin selama ni agak ‘selesa’, anak2 pon dah membesar.. cuba minta dia beri perhatian kpd pelajaran dan aktiviti ank2 pula, supaya dia x sibuk dgn hal hubungan dgn kawan sekerjanya tu.. puan lebih arif dgn perangai n kelakuan suami puan, so pandai2 le ‘adjust’ balik, supaya dia ‘keep on track’.. wasalam

  5. merapu dah ni, bukan kawan kerja dah, nak pi ke arah lain….

    Maksudnya: Sesungguhnya manusia itu telah ditentukan nasib perzinaannya yang pasti akan dijalaninya. Kedua mata zinanya adalah melihat, kedua telinga zinanya adalah mendengar, lidah zinanya adalah berbicara, kedua tangan zinanya adalah menyentuh, kedua kaki zinanya adalah melangkah, dan hati pula berkeinginan dan berangan-rangan, sedangkan semua itu akan diterima atau ditolak oleh kemaluan. Hadis riwayat Imam Muslim dalam Sahih-nya (no.2657)

    Sekiranya telah sampai tahap bermesej seperti didalam pertanyaan diatas maka jelas hukumnya adalah haram.

  6. Ermm makin meliar dah suami ko ni.Kena cantas awal2 sebelum melarat ke bilik hotel.

    Kumpul bukti chat.Sila screenshot.
    Pasang what apps copy.So sebarang what apps dia akan masuk dlm sistem ko.ini ko kena belajar dgn org pandai IT.Ko kena install 1 apps kat fon suami dulu.

    Report kat bos suami pisahkan syif antara dua mereka

    Report sispa atas aduan menganggu rumah tangga

    Buat solat hajat tgh mlm minta Allah pisahkan mereka berdua dgn apa cara sekalipun.Selebihnya biar Allah uruskan

    Jgn tunjuk cemburu lagi.Berdandan lawa2 dan tunjuk hidup ko happy je..biar suami syak ko plak ada laki lain.Tp jgn plak ko cr laki lain.Berdosa.
    Pura2 happy.Biar dia plak menggelabah knp ko dah x mengamok.

    Dlm ms sama ugut dia ko nk serai

  7. Ko mesej betina tu…ugut sikit.
    Ckp je jgn sampai ko tu digantung kat pokok

    Benda ni dah pnh jd kat org keliling aku tp dia lelaki la..takut dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *