Tempat Kerja Toksik

Kami nak cerita pasal toxic dalam persekitaran perkejaan kami, kami pekerja swasta kontrak untuk projek kerajaan. Kami sudah berkerja selama 8 tahun dalam syarikat ini, terlalu banyak yang kami pendam selama ini mengenai ketidak adilan pengurusan syarikat dan juga toxic people dalam kalangan pekerja dan kami mulai dengan kisah sahabat kami iaitu AKU yang lebih lama disyarikat ini.

Aku tidak tahu dimana salahnya aku dipertemukan untuk bekerja dengan musibat yang bernama Siti Najihah. Buat pengetahuan, semua aku noob lagi baru graduate masa itu, jadi aku dipsyscho kan oleh SN. SN ini kuat mengaut duit keuntungan syarikat yang dapat setiap hari untuk kegunaan sendiri pelik sampai negative tapi barang tak ada, resit ada.

Juga pernah ada program luar yang memerlukan nama aku dalam sistem itu untuk dapatkan claim tetapi si SN pergi letak nama suami dia dan no akaun suami dia yang tak ada kena mengena macamana aku tahu? sebab kawan aku kerja disyarikat yang mengendalikan claim ini dan kawan aku yang tukarkan nama aku dan juga akaun bank aku kat situ, boleh bayangkan tak betapa tamaknya si SN ini?

Padahal aib dia aku simpan dan aku tak pernah buka kat cawangan lain melainkan cakap benda ini kat syarikat tetapi syarikat sambil lewa je tentang benda ini dan cara si SN tu nak tunjuk aku salah dia betul aku tak tahu dia cover macamana sampaikan semua orang percaya syaitan ini.

Sayangnya syarikat aku tertipu dengan kemuliaan dia sebab dia baik degan bos dan tercalon Anugerah Pekerja Cemerlang dan dia masuk time hari aku cuti sahaja. Hari lainya aku yang punch in dan punch out untuk dia, bangsat wei orang macamni.

Jujur aku pernah suarakan benda ini pada Supervisor – En. Aman tapi Supervisor kata kat aku, aku tak akan dapat keadilan dan hak bersuara tak akan dilayan sebab SN ini rapat dengan Timbalan Ketua Jabatan. Pernah juga En. Aman cakap kat aku tampar je muka SN ini sebab dia selalu tak masuk kerja.

En. Aman juga pernah memberitahu hal ini kepada Ketua Jabatan tetapi tiada sebanrnag tindakan diambil. Ada hari yang aku tak punch in dan out dia tetapi pelik tak kantoi dan pelik punch in dan out dia still ada dalam sistem walaupun tak masuk bertugas.

Selain daripada itu SN pernah kutuk aku dan jaja hal aku kat cawangan lain cakap aku tak pandai buat kerjalah cakap aku pemalas main fb je lah dan bermacam macam lagi. Padahal dia tak pernah bercakap dengan aku daripada hari pertama aku masuk kerja, aku pandai pandai sendiri buat kerja atau balas email tugasan daripada syarikat, nak nak dia memang tak masuk kerja. Kalau masuk pun balik awal gila, bila aku tanya ada kerja ke saya kena buat dia buat muka dan cakap buat bodoh je dan dia tak pernah ajar aku buat kerja.

Untuk pengetahuan semua SN ini suka mengata aku kat cawangan lain sampai ke harini ini semua orang pandang sinis kat aku, aku tak tahulah aku tak pernah kacau dia mungkin sebab aku tak punch card dia sebab itu dia balas dendam dengan cara mengata aku mengumpat pasal aku, padahal aku tahu je dia mengata aku cuma aku buat bodoh, dia ingat aku akan resign! Aku bukan bodoh nak berhenti sebab orang dan aku tak pernah buka aib dia sampai hari aku menulis ini.

Kepada Cawangan lain tu terima kasih sangat sebab buat aku rasa down, bak kata orang forgive yes, forgot not! tetapi sebaik aku ada kawan-kawan universiti dan sekolah yang faham kalau tak aku sembelih dah ketua gerakan mengutuk aku ini. WORKPLACE BULLYING!

Pernah aku down sampai aku nak tekan gunting kat nadi aku time kerja dan aku pernah buat! dan nak kelar tangan dengan pisau pemotong kertas sebab ada orang sampaikan kepada aku tentang keburukan aku, yang dorang mengata, aku cuba perform 100% tapi benda tu sia sia orang tak pernah nampak sampai aku down tergolek,tunang aku suruh aku jumpa PSY.

Aku disahkan ada tekanan MDD berpunca dari tekanan tempat kerja kerana terlalu lama menahan. Dan pihak pengurusan tak pernah tahu pasal ini walaupun PSY aku berkali kali minta nombor boss aku, Aku ada hutang PTPTN, hutang kereta dan hutang rumah mak ayah aku jadi selama ini aku berusaha untuk cari kerja lain cuma rezeki belum berpihak kepada aku sebab itu aku kena stay dan aku tengah struggle nak kawin kalau aku nak behenti aku kena ada backup kerja.

Dalam tahun ini isu kat kerja pula dengan team orang kaki kipas, masuk hospital pun dia kata aku buat-buat sakit, hospital kerajaan bukan swasta sampai dapat MC seminggu adakah aku buat buat sakit dan aku harap azab Tuhan tak akan pernah terlepas walaupun sesaat pada mereka semua.

Pernah tunang aku nak call marah dorang ini tapi aku tak bagi bagi aku professional itu penting, dan pernah juga kawan aku nak balaskan dendam dengan edit gambar mereka naked dan sebarkan tetapi aku tak sampai hati nak inaya sekor sekor beruk jantan tine ini walau dah bermacam -macam dorang buat aku dan aku tak nak inaya orang, bagi aku biar Tuhan yang balas dan catat satu per satu!

Waktu cuti aku dipaksa masuk kerja dan pengurusan pula boleh bagi aku surat amaran kerana tidak berkerjasama dengan team aku. Tahukah kalian selama aku berkerja gaji aku tiada kenaikan dan cuma ditakuk itu sahaja selama 8 tahun ini! juga sebarang kerja lebih masa mahupun bekerja dihari cuti tidak akan dibayar walau satu sen dan jika nak ambik cuti ganti memerlukan surat itu dan ini kalau boleh hantar video sehari kau berkerja pada pengurusan baru dapat cuti ganti kalau tak burn macamtu jela!

Salah ke aku tak perform time hari bercuti dan aku tak masuk berkerja time hari aku cuti sampai nak cakap aku itu ini, memang tak ada otak ke orang HR syarikat aku ini? Ke HR staf budak budak lepasan SPM! Mereka cakap aku banyak alasan dan tak boleh bagi kerjasama aku pernah je suruh buat time hari kerja tetapi alasan mereka susah nak buat surat kelulusan jadi nak gadaikan hari cuti semata mata untuk itu? Alasan tidak berakal apakah ini?

Lepas daripada semua pengajaran ini aku memegang prinsip masuk kerja on time balik kerja ontime aku tak akan bodohkan diri aku untuk buat kerja waktu cuti. Aku ada family, tunang dan banyak lagi kerja lain aku nak buat time cuti pergi check up kat hospital dan sebagainya, dan kalau macamtu bagi cuti sehari seminggu kenapa dua hari seminggu.

Pernah pula teammate aku suruh tidur kat office sebab nak buat aktiviti kat syarikat dan tak bagi balik bila balik hal negatif akan dijaja-jaja lagi dan buat muka taik sampai salah seorang daripada kami resign sebab tak tahan kena psycho dengan orang toxic tak pernah lagi aku nak inaya orang yang nak cari rezeki macamtu, bagi aku hal aku, hal aku! kau dan hal kau kenapa nak menjaja-jaja, kenapa nak ambil ahu hal orang korang nak top punch out lambat tetapi tengok korea? tanya diri kau!

Tetapi ingatlah azab Tuhan tak akan pernah terlewat walau sesaat untuk korang tak kena pada mereka mungkin akan kena pada anak anak cucu cicit mereka. Kenapa syarikat tak sediakan tilam dan bantal ditempat kami berkerja senang celik mata masuk kerja dan kami juga boleh tukar bin berbinkan syarikat kami!

Banyak lagi kisah benar syarikat ini aku tak sempat tulis lagi cukup sampai sini dahulu. Kalau anda ditempat kami apa anda akan buat adakah anda suka berkerja disuasana tempat kerja yang macamni. Sekian terima kasih.

– Mangsa workplace bully (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *