Tempat Kerja Toksik

Aku terbaca satu article pasal boss dari neraka (https://iiumc.com/boss-dari-neraka/), dan aku terpanggil nak cerita pengalaman supaya diambil pelajaran. Time tu aku baru habis belajar, balik Malaysia kononnya nak berbakti kepada rakyat jelata. Gituww.

Alhamdulillah, tuhan permudahkan, aku dapat banyak offer kerja time tu. Dalam2 banyak company aku pilih satu company ni, gah namanya, tapi aku pilih sebab aku tak pernah kerja dengan company bangsa aku, so why don’t give a try?

Aku spend a few months kat situ. Aku suka dengan kerja aku, sampai sekarang aku masih contact clients aku dari company tu.

Tapi, al-malang sekali, company tu makin hari, makin menjunam management mereka. CEO, orang2 atasan ada masalah perebutan kuasa (sbb company ni awalnya share antara ‘orang2’).

Nak dijadikan cerita, company ini jatuh ketangan seorang Tan Sri ni. Then, dia start bawa masuk anak pinak, sedara mara dia dalam company tu. Mula tendang keluar otai2 dalam tu.

Bermulalah, kejatuhan company ini dari sudut dalaman. Ada juga yang ‘kaki jilat’ dalam company tuh. Bawa cerita blablabla.. nasib baik aku muda lagi, masih berfikiran waras kalau tak.. haihhh.

Dia ada anak, umur kami sama. Cuma kami di darjat yang berbeza, kuasa yang berbeza. Aku penat di hina, penat di ‘sarcastic’ kan..sampai satu masa, mereka paksa aku untuk sign bounding selama 5 tahun dengan mereka. Aku minta masa untuk berfikir time tuh.

Bukan nak berbangga atau apa, tapi pada masa itu aku mempunyai KPI 90% ke atas & aku membawa masuk hampir RM400k every month, ok la untuk company macam tu. Ehek!!

Tapi aku sedih sebab diorang tak jaga aku helok2. Orang lain dapat bonus sekian2, gaji sekian2 aku tak, maybe sebab aku belum sampai setahun dengan mereka kot. Aku sedih sebab tugasan yang mereka berikan terlalu berat berbanding yang lain.

Satu hari, Tan Sri ni panggil aku masuk bilik meeting, semua family dia ada kat situ. Dia tengking aku, baling documents kat aku, memperlekehkan aku depan family dia. Sebab?

Sebab aku tak join program syarikat time weekend (Tan Sri ni spend duit banyak untuk program tu, dia macam program motivasi gitu), aku tak sihat time tu, aku even ada MC time tu.

Aku nangis kot dalam bilik meeting tu, Tan Sri tu pon terkebil2 waktu aku nangis. Aku bukan apa, aku ada maruah kot, kau boleh je nak marah2 nak tengking2, tapi jaga la professionalism ko, tak perlulah nak marah2 depan orang, lebih2 lagi depan family ko. Marah ni marah!!

Aku dalam bilik meeting sampai magrib kot!! Waktu aku keluar bilik tu ada rakan sekerja aku, diaorang macam nak pujuk tapi mata dah bengkak time tu. Aku lari balik rumah.

Esoknya, dengan berwalikan solat istikharah, aku hantar surat resign. Aku tak pernah menyesal dengan keputusan aku.

Sekarang aku bekerja dibahagian akedemik. Aku sangat2 bersyukur denagn rezeki pengalaman yang Tuhan tunjukkan. Aku cuma berdoa, satu hari nanti aku bokeh beli syarikat tu, sebab aku sayang syarikat tu oiii (not the management!). Aminn kan semuaaaaaa.

– Cactus (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *