Tempat Kerja Toksik II

Assalamualaikum, bertemu lagi dalam Tempat Kerja Toksik part II. Untuk baca part I tekan link ni laju-laju okay, (https://iiumc.com/tempat-kerja-toksik/). So, hari ni aku nak sambung kisah yang lepas dengan ucapan selamat membaca.

Encik Khairil ni aku perasan gak, dia banyak mewujudkan isu kroni dalam tempat kerja. Yelah mana taknya, sebab ada suatu hari tu ada 1 kekosongan jawatan di pejabat aku dan selang dua bulan barulah sesi temuduga diadakan.

Temuduga juga turut diadakan dan dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Khairil, temuduga diadakan bertempat di pejabat aku bekerja. Sesi temuduga bermula jam 8.00 pagi – 11.00 pagi, dan jumlah calon yang sepatutnya hadir ketika itu ialah sekitar lima orang, tapi yang datang cuma empat orang sahaja.

Ketika jam menunjukkan pukul 11.30 pagi datang seorang pemuda yang bernama Hamiz, lalu Encik Khairil mempelawa Hamiz untuk menyudahi sesi temuduga tersebut. Menakjubkan, walaupun hadir lambat ke sesi temuduga, Hamiz berjaya mengisi kekosongan jawatan tersebut dan bekerjalah Hamiz di pejabat kami selaku pekerja swasta kontrak untuk projek kerajaan ini.

Hamiz juga tidak kurang rapat bersama En Khairil, mereka saling menggunakan kata ganti nama seperti abang dan adik, mereka juga kelihatan selalu ke mana-mana berdua dan makan-minum bersama serta sering keluar bersosial bersama. Barulah aku tahu bahawa Hamiz merupakan adik angkat kepada Encik Khairil. Weii, aku tak jeles okay dengan keintiman diorang!

Hamiz sering datang lewat ke tempat kerja dengan alasan kereta rosak dan hantar adik tuisyen. Sudah lah lewat, sampai di tempat kerja sambung tidur pula. Kerja memang out lah, dan aku rasa dia takda kerja pun padahal job scope dia punya lah banyak dan melambak. Ni dia boleh tenang dan lebih tepat makan gaji buta. Hujung-hujung, kerja dia pass kat orang lain. Lepastu nak memaksa suruh stay back selepas habis waktu pejabat untuk sudahi kerja dia. What the fishcake!

Pada suatu hari, syarikat kami mengadakan Majlis Anugerah Pekerja Cemerlang dan syarikat memberi inisiatif memenangi pakej menunaikan umrah kepada mereka yang mendapat markah KPI yang tinggi. Seperti biasa, Hamiz berjaya mendapatkan anugerah dan pakej tersebut, walaupun dia baru 3 bulan bekerja. Yang peliknya di sini, Encik Khairil belum lagi mengadakan sesi KPI tetapi dah ada pemenang, aneh-aneh je kan.

Kemudian, ada lagi kekosongan jawatan di syarikat kami kerana seorang staff telah berhenti kerja bagi mengikut suami di luar negara. Maka bertebaran lah iklan jawatan kosong, dan Encik Khairil mengarahkan aku untuk memilih calon yang mempunyai resume yang lengkap serta senarai calon yang sesuai bagi memudahkan sesi temuduga tersebut. Semua calon yang hantar email tu memang aku tak kenal pemiliknya, duduk ceruk mana pun aku tak tahu.

Maka hari temuduga pun diadakan, calon yang sepatutnya hadir ialah tiga orang. Tetapi hadir seorang calon misteri yang bernama Hamidah tetapi berwajah dan mirip sekali dengan Hamiz, dalam pengamatan aku Hamidah ni memang tak de send resume kat email apatah lagi hantar by hand ke pejabat kami. Jadi kami mengarahkan agar Hamidah pulang sahaja. Tetapi dihalang oleh Encik Khairil, Encik Khairil seterusnya mempelawa Hamidah untuk ke temuduga tersebut.

Kini barulah aku tahu cerita yang Hamidah tu rupanya adik kepada Hamiz, aku tahu pun dari mulut Encik Khairil sendiri. Wei apa jadahnya kau buat sesi temuduga kalau kau sendiri dah ada calon? Lepastu kau pilih kroni, baik kau tukar je nama syarikat ni kepada Yayasan Khairil.

Entahla memang emosi pulak aku, dah la Hamidah ni punya kerja macam budak baru abis UPSR, nak print ke apa menjerit-jerit mcam kena hantu. Itu belum lagi masuk bab mengemas, dia memang tak pernah nak bersih kan workstation, kadang tu bekal nasi tak berbasuh sisa makan tak reti buang, jijik!

Tahla, aku tak tau apa ironinya si Encik Khairil ni nak kutip dan penuhkan kroni dalam syarikat ni. Bagi aku lagi kau bela kroni tu, lagi lah naik lemak dia, manusia yang kau harap kau sayang tu lagi tak berguna dan tak berkualiti dalam tugas.

Sampai sekarang aku ingat Encik Khairil pernah maki aku dan cakap “FUCK YOU” dekat aku time dalam meeting, hanya sebab aku terlupa nak update sistem. Lepastu lagi hebat kroni dia dok gelak kan aku. Kepada Encik Khairil, satu hari nanti nasib kau akan tiba, time tu baru kau tau sapa kroni kau sebenarnya.

– Mangsa workplace bully (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *