Tempat Kerja Toxic

Assalamualaikum semua. Nama aku Dau Ning. Ini pertama kali aku hantar confession di sini.

Aku berkerja di sektor swasta, dekat dengan rumah, sekolah anak anak serta tempat kerja suami.

Masalah di sini, aku bekerja di syarikat berstatus sendirian berhad, syarikat yang ada rakan kongsi. Dan rakan kongsi bukan di kalangan keluarga.

Dari awal aku masuk kerja, seramai 6 orang anak majikan A bekerja sekali. Anak majikan B pulak lebih selesa bergerak sendiri dan tak terlibat dengan syarikat ayah mereka.

Majikan C pula yang peratus saham paling sedikit memang tak ambil tahu perjalanan syarikat. Dia lebih kepada sleeping partner.

Korang boleh bayangkan kot kalau dah sampai 6 orang bekerja sekali dalam 1 company, suasana dan cara kerja dorang macam mana. Memang OUT.

Masuk kerja ikut suka hati, datang ke tak datang itu dorang punya pasal. Tapi gaji setiap bulan kena ON TIME.

Kalau tak, memang dorang la yang akan call Tanya “bila gaji nak masuk’ kami yang tak berbin kan nama majikan A memang standby je la nak kena dengar makian serta amukan salah seorang dari mereka.

Di pendekkan cerita, majikan A, B dan C jual saham pada orang lain. Saham majikan A di jual pada salah seorang dari 6 orang anak dia, manakala saham majikan B & C di jual pada 1 orang luar.

Maka dengan ini, authority berpihak pada pada orang luar sebab pegangan saham dia lebih banyak. Malangnya, anak-anak majikan A tak boleh terima kenyataan ni. Dorang masih anggap syarikat ni ayah dorang punya.

Sekarang ni, anak anak majikan A memang cuba mengganggu urusan takbir syarikat. Tak cukup dengan ugutan, makian pada majikan baru.

Hingga hampir merempuh kakitangan syarikat baru kerana tidak puas hati dengan memo yang di keluarkan.

Seriously memang kami yang orang luar dan memcari rezeki terganggu dengan kekacauan ni.

Kalau salah seorang anak bekas majikan A datang, memang kami semua berdebar. Takut ada pergaduhan. Suami saya minta saya berhenti dan buat perniagaan sendiri.

Tapi saya masih bertahan. Bertahan nak tengok sejauh mana benda ni akan berlaku.

Senang cerita, kami yang bukan berbinkan pada majikan A cuba unruk bertahan pada majikan baru a.k.a orang luar. Kalau kami keluar, mesti teruk orang luar kena.

Sempena bulan Ramadan, saya pohon dari pembaca agar permudahkan segala urusan syarikat. Semoga segala rancangan meraka di patahkan.

– Dau Ning (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *