Tempat Paling Sedih Pernah Aku Jejaki

Salam semua. This is my first time to send confession here. Saja nak share pengalaman hidup kepada yang sudi membaca.

Semua tahu isu viral baru-baru ni tentang masalah rumahtangga PSL dan SY disebabkan orang ketiga.

It is a sad thing sebab bila baca cerita macam ni i can feel apa PSL lalui sebab i dah lalui perkara ni 5 tahun lepas.

Sekarang, memang dah redha dan ok dengan kehidupan solo sekarang bersama 2 orang anak yang baru nak masuk sekolah rendah.

Jadi, ia berlaku dalam kehidupan aku 5 tahun lepas.

2 tahun cuba cantas, dalam keadaan mengandung pada tahun pertama ex berskandal dengan perempuan muda bawah 25 tahun,

Sampai drama kena tolak dengan penyondol kebun orang masa berdepan dengan dia kat public place. Ganas sungguh b*** yang menyondol kebun aku dulu. Haha.

Dipendekkan cerita, aku kena cerai melalui telefon setelah kepala ex aku tu dah macam gangguan mental tak nampak benda lain dah selain skandal dia. Itulah takdirku.

Rumahtangga 8 tahun berkecai asbab orang ketiga. Dah tak nangis dah bila fikirkan balik. Lagipun banyak Allah mudahkan urusan aku (ada kerja tetap, rumah dan kenderaan sendiri)

Tapi yang masih tak buat aku berhenti nangis adalah bila terkenangkan saat menjejakkan kaki dalam mahkamah rendah syariah untuk pengesahan lafaz cerai.

Seumur hidup belum pernah masuk mahkamah hari itu adalah hari pertama ke dalam mahkamah rendah syariah…

Dalam tu, masa hari kita dipanggil, bukan ada kes syariah kita je, tapi banyak kes, ada kes faraid dan kes lafaz cerai dipanggil sama.

Jadi turn kami disebutkan depan hakim adalah kes 8, maksudnya kena tunggu 7 kes sebelum disebut dulu, 5 kes adalah lafaz cerai depan hakim, 2 kes faraid.

Masa tu tak sedih pun sebab dah cerai kan (luar mahkamah), tapi air mata tumpah juga tak berhenti bila tengok 5 pasangan lain lafaz cerai dalam mahkamah depan hakim satu persatu.

Oh My God, what a sad place!

Pasangan-pasangan berbcerai tu tak nangis pun depan hakim, aku yang duduk menunggu ni berjuraian air mata, dah la tak bawak tisu. Basah tudung aku.

Mengenangkan kesusahan nya bila nak lafaz akad nikah depan imam, kebahagiaan dan kesusahan dalam rumah tangga, macam tu je je lafaz cerai depan hakim.. lepas ikatan.. sedihhh..

Tapi aku ada salute sikit yang berpisah depan hakim ni sebab ikut prosedur betul, dah datang kaunseling semua kan tak jalan… jadi mungkin itu takdir terbaik untuk masing-masing move on.

Lepas dapat pengesahan ex aku didenda RM500 sebab lafaz luar mahkamah. Ok fine. Wajar atau tidak tunggu di mahkamah akhirat nanti.

Itulah ceritanya tempat paling sedih yang pernah aku jejaki, kental sungguh hati hakim mahkamah syariah hari-hari menghadap berpuluh kes lafaz cerai.

Ish, wajarlah hakim mahkamah syariah adalah lelaki.

Hakim tu baik, ada nasihat ingat anak-anak semua, rumahtangga sebuah perjuangan.. tapi.. sampai sekarang memang tak berjodoh..

Dan aku tak ambil tahu dah dengan siapa ex aku sekarang, masih dengan penyondol sama.. atau perempuan lain… sebab nafkah anak semua ok tak culas..

Sampai sekarang masih trauma dengan perkahwinan dan tak mencari… biarlah kadang-kadang sunyi sebab sendiri dengan anak2 daripada pening menghadap perangai orang yang membebankan jiwa.

Cukuplah Allah bagiku..

SideNote: To PSL, semoga u tabah.. perceraian hanya permulaan, banyak lagi fasa yang akan dilalui selepas bercerai…

– BUNGA TERLUKA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *