Assalamualaikum semua…
Saya tak tahu nak mula dari mana sebenarnya… Saya pernah buat confession di sini tentang keluarga tak restu hubungan saya dengan pasangan sebelum ni sebab dia pernah berkahwin.
Fast forward, kami sudah mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Alhamdulillah… Ibu ayah saya sudah dapat menerima dia dengan besar hati, begitu juga dengan ibu dia.
Sekarang kami memilih untuk fokus dengan kerjaya kami dan berharap dapat berkahwin dalam masa dua tahun. Saya bukanlah seorang yang banyak mempunyai pasangan sebelum ini.
Saya ada beberapa persoalan dan nasihat daripada kawan-kawan di sini sebenarnya kalau sudi berkongsi.
1. Kami mesej apa yang perlu dan setiap hari.
Cukup untuk memberitahu hal hal yang penting atau jika ingin meluahkan kepenatan atau rasa puas jika kerja kami berjaya dilakukan dengan baik.
Tapi walaupun tak selalu jumpa, saya rasa tenang sekarang.
Tidak seperti dulu, saya sentiasa yakin yang dia ada. Jasad dia tak perlu bersama saya tapi saya tahu yang jiwa dia milik saya. Normal ke begitu?
2. Saya jadi kurang cemburu kerana kebanyakan benda dia akan berkongsi dengan saya walaupun tanpa saya minta…
Contohnya jika ada yang bermesej ingin berkenalan dengan dia. Dia senang bercerita.
Dan kemudian dia akan pesan dengan saya orang sentiasa memerhati. Kita cuma perlu jaga hati kita. Benda ni buat saya tenang. Normal ke begitu?
3. Saya jadi kurang marah setelah dia meyakinkan saya yang dia serius dengan saya. Saya tau yang dia sibuk dengan kerjaya dia dan saya sibuk dengan kerjaya saya.
Kenapa saya tak marah seperti dulu? Kenapa saya faham yang dia sibuk sekarang? Adakah ini bermaksud saya lebih matang dalam hubungan?
Saya risau kerana saya tak marah… Bunyinya macam pelik tapi itu yang saya rasa.
Adakah apa yang saya rasa ni normal? Normal untuk tak marah walaupun kurang perhatian?
Normal untuk percaya yang kalau itu jodoh saya, datanglah seribu lelaki atau perempuan dalam hubungan kami, kami akan bersama jugak? Saya tak pelik kan?
Maaf, saya baru dalam hubungan meskipun umur sudah lebih 3 angka. Saya risau yang saya terlalu tenang. Seolah-olah jalan menjadi terlalu mudah.
Adakah ini jawapan istikharah saya sebelum ini mintak dipermudahkan atau saya sebenarnya tidak sayangkan dia sebab tu saya tidak ambil peduli walaupun dia tiada?
Terima kasih atas nasihat.
– Anis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit