Tenang Putus Tunang

Assalamualaikum, hai. Aku Nur. Terima kasih admin kalau approve confession aku ni. Mungkin writing aku banyak tunggang terbalik sebab ni first time aku luah kat sini & aku bukan reti sangat menulis.

Kami bertunang pada Jan 2019, tunang aku baik orangnya solat terjaga, batasan dengan perempuan lain dia jaga tapi tidak dengan aku dan dia sangat kuat cemburu. Kalau ikut plan aku bakal berkawin pada disember 2019, tapi ku sangka panas sampai ke petang tapi gemiris mengundang. Aku berkemungkinan akan putus tunang dalam masa terdekat ni.

Tipu la tak malu bila pikir nak putus tunang ni. Maruah keluarga tercalar, tambahan pula aku ni duduk kampung banyak mulut bawang kat sini. Asalnya aku nak bertahan saja tapi aku takut risiko lepas kawin aku bakal makan hati ulam jantung.

Kenapa aku nak putus tunang? Aku rasa kami ni tak serasi. Keluarga dia baik baik, sopan dan dia pulak tak ramai kawan perempuan. Keluarga aku jenis bising bising dan aku sangat peramah boleh dikatakan sapa sapa aku tegur kemungkinan akan jadi kawan aku tak kira lelaki atau perempuan.

And kawan aku banyak lelaki sebab aku minat aktiviti lasak. Tu dulu laaa sekarang ramai kawan lelaki aku dah hilangkan diri gara gara tunang aku. Aku hilang ramai, yang tinggal ada kot berapa kerat. Btw, dia kenal aku dah 3 tahun and aku rasa dia dah tahu aku banyak kawan lelaki & dia salah sorangnya (kami kenai kat atas bukit time hiking).

Dia punya cemburu aku tak boleh terima sampai mintak aku berhenti kerja laaa, kan tempat kerja ada lelaki. And sekarang kes jadi teruk sebab dia libatkan ayah aku. Baru baru ni raya aidiladha, kawan sekerja lelaki datang rumah untuk beraya, biasala kan.

Time kami dok bersembang tunang aku datang rumah, muka dia dah mencuka dah time tuu cuma bila depan kawan kita buat cool sembang macam tadak apa yang berlaku, tapi bila dia balik rumah mula laaa dia kata abah aku tak reti didik aku sebab sembang dengan lelaki pakaian tak senonoh. Hmm actually malam yang kawan aku datang tu ayah aku ada kat situ & aku pakai baju kurung + shawl. Aku tak tau la kot dia nampak aku pakai bikini malam tu, hahahaha.

Jadi start laa isu dia kata aku perempuan murah bukan first time aku kena ayat tuu, ni dah kali ke 3. Dan tertiba dia ungkit balik semua pemberian dia semasa keluar berdating mean duit tengok wayang, duit makan, duit kluar jalan jalan. Selalu jaaa time dia marah aku dia akan ungkit semua ni tapi aku tak tau kenapa aku masih terima dia maybe dia kata lepas ni dia tak cakap mcm tu dah kot. (aku tak pernah mintak pun, aku nak bayar sendiri dia tak bagi ‘tak gentle la perempuan nak bayar’).

Paling worst dia kata abah aku tak tegur aku tak didik aku dalam pergaulan. So aku rasa dia tadak respect dekat abah aku yang bakal jadi BAPAK MERTUA dia. Aku pun tak sebulu dengan mak dia, cuma aku dalam proses ambik hati mak dia, call & ws tanya khabar & hantar makanan manatau kot dia lembut hati terima aku nanti.

Kami juga pernah berbincang duit hantaran untuk share sama sama di awal fasa pertunangan, tapi dia kata takpa dia tanggung semua lelaki kan, takan nak mintak kat perempuan & lagipun aku baru start kerja bulan 4 haritu. Malam pergaduhan tu dia kata dia nak aku bayar half duit hantaran tu, lagi 3 bulan setengah lagi wehh last minit gilaaa laa.

Aku pun dok kumpul untuk majlis kawin jugak bukan harap 100% kat duit hantaran tu. Ayah aku pun kata dah duit hantaran aku ayah aku akan bagi full dekat aku untuk masa depan sebab kenduri nanti guna duit simpanan yang sedia ada. Mungkin tunang aku rasa dia akan membazir nak laburkan duit tu kat perempuan murahh macam aku ni kot, tu dia ubah fikiran

Lepas isu isu tuu aku dah tawar hati setawarnya sampai aku cerita dekat ayah aku yang aku tanak teruskan tunang. Aku jarang nak cerita masalah aku kat ayah aku sebab aku tanak dia susah hati. Aku tanya ayah aku dia okay ka dengan tunang aku, dia cakap anak ayah okay, ayah okay jaa. Tapi di sudut hati dia, dia kata dia nampak aku tak tenang lepas kawin, sebab dia akan kongkong aku 100%.

Maybe dalam minggu depan aku akan pulangkan cincin & duit yang dia belanja aku keluar dating. Kenapa tak minggu ni? Sebab family dia tengah bercuti and aku tak nak spoilkan mood orang bercuti. Aku tau dia tak setuju putus tunang, tapi kalau smpai dia suruh aku bayar balik duit keluar dating, nanti dah kawin tak pasal dia ungkit balik jenuh akuuu nak tanggung.

Isu kami sebetulnya dia tak nak aku berkawan @ berhubung dengan lelaki tak kira lelaki itu customer aku, kawan sekerja atau kawan rapat.

Sekarang mood aku memang down gilaa tapi aku tenang, aku tak pernah rasa tenang ni selepas mak aku meninggal. Alhamdullilahhh mungkin ni jugak jawapan untuk istikharah aku.

Wish me luck and keep strong. Sorry kalau cerita berterabur.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *