Assalamualaikum,
Ibu tunggal – Anak sepasang –
Kisah aku ni lebih kepada macam mana perpisahan itu jalan sebenar untuk merawat mental health aku.
Cerita hidup aku terlalu cepat, kenal – kahwin – mengandung –
Takde yang berlarutan macam drama tv3 yang bersiri sampai 3 season tu.
Pada mulanya, aku fikir kahwin ini mudah yer. Sampailah aku tempuh segala onak duri sendiri. Hanya Allah tahu segala macam yang aku tempuhi.
Aku pesakit mental. Yes, aku mengaku. Aku develop postpartum depression selepas melahirkan anak kedua.
Aku tak bersedia untuk terima anak kedua, malah ketika tahu aku mengandung aku plan untuk gugurkan kandungan. sebabnya aku tak bersedia.
Macam-macam klinik dan hospital aku pergi, tapi sayang sebab kandungan aku dah 4 bulan, jadi doktor memang tak bagi aku gugurkan, sampai satu tahap aku pergi monthly check up dan aku dengar degupan jantungnya, Allah Maha Besar.
Balik dari check up tu suami aku pujuk untuk keep the baby, dia rasa sayang sebab dah 4 bulan. Jadi aku pun terima lah ketentuan Allah.
Semuanya okay seperti biasa, nak kerja nak jaga anak sulung dengan nak jaga baby dalam perut, aku happy saja. Fast forward, sampai aku melahirkan anak kedua sebulan sebelum pkp pertama.
Aku struggle, sangat struggle sebab anak sulung aku perempuan dan sangat lah manja. Dia masih kecik, tak faham apa erti adik. bila dia nampak aku lebihkan adik dia akan merajuk, dia menyendiri ataupun dia tolak adik dia.
Syukur sebab anak kedua aku nih sangat mudah dijaga, bagi susu tidur jelah dia. tapi tidur yang lebih untuk baby tak elok jugak, sampai anak aku dijangkiti prolonged jaundice.
Bermulalah episod kena check up hospital every month untuk ambil keputusan darah, nak cari punca jaundice yang terlalu lama. Macam-macam jenis ujian dibuat.
Seingat aku sampai anak aku hampir setahun barulah doktor sahkan anak aku takde sakit apa pun, cuma memang jenis jaundice yang lama.
Alhamdulillah.
Aku memang tak bekerja ketika itu, jadi urusan anak memang aku uruskan 100%. Disini lah bermulanya stress aku, bila terlalu penat urus anak. Dengan anak sulung yang nak membesar , anak kedua pulak nak perhatian sebab masih baby.
Kehidupan aku memang tak kenal erti rehat dan sangat lah tak menjaga diri. Keadaan kewangan masa tu pun tak mengizinkan, sampai kami sepakat untuk aku kena bekerja untuk tampung perbelanjaan family.
Rezeki anak, aku dapat kerja dekat dengan rumah kau. syukur sebab anak aku breastfeed dan langsung tak nak susu formula ataupun minum guna botol.
Jadi tiap kali lunch hour aku akan balik untuk susukan anak aku, dan pergi kerja semula lepas anak aku dah puas susu.
Struggle yang aku redha untuk hadapi. Penat yang tak terungkap. Slowly dari situ aku develop perangai panas baran, anger management disorder. Aku marah hal yang kecik bersungguh-sungguh.
Aku jadi perengus, aku jadi mudah keluarkan kata-kata kesat ketika marah.
Dan aku dibiarkan begitu tanpa teguran dan bimbingan sehingga sau tahap aku selesa dengan perangai aku yang begitu. Terlalu selesa.
Slowly dari sini aku ada satu keinginan nak bunuh diri.
Bila bergaduh aku akan keluar rumah, pergi tanpa hala tuju bawak kereta laju-laju dan berhenti tengah highway semata nak lori atau kereta langgar.
Tapi Allah sentiasa selamatkan aku. Kalau aku di rumah, aku akan suka pergi dapur tengok pisau, aku nak kelar tangan aku.
Saat nih apa yang menjadi kekuatan aku adalah anak-anak aku. aku taknak diorang ada memori aku yang begitu. selalu tak jadi nak buat bila anak aku panggil aku. yelah dia manja, mana boleh hilang aku dari mata dia.
Macam-macam hal aku boleh buat bila marah, aku baling pinggan mangkuk, aku tendang pintu, aku pukul suami aku, aku pecahkan perabot. Sebut saja apa aku tak buat. Teruk sungguh aku ketika itu. Marah aku seperti dirasuk syaitan.
Sehingga satu tahap aku rasa yang aku begini sebab perangai suami ku, aku stress dengan keadaan dia yang meletakkan semua di bahuku.
Dan aku tekad nak berpisah, bermulalah episod pergolakkan rumah tangga. Dan akhirnya aku membawa diri pulang kenegeri kelahiranku.
Allah Maha Mengetahui, di sini aku lebih tenang. Aku berjaya rawat depression aku sendiri, memang ambil masa. 3 bulan dah berlalu dan aku masih dalam proses pemulihan. Aku dah mampu kawal emosi ketika marah. Aku dah tak mengamuk tak tentu hala.
Satu kesal aku, sebab tak rawat diri dari awal, aku sia-siakan masa 2 tahun untuk keadaan memakan jiwa aku. Kini aku lebih bahagia, walaupun aku bersendirian tapi keputusan untuk melepaskan adalah yang terbaik pernah aku buat.
Aku sedar sakit aku datang dari dia, bila expectation aku terlalu tinggi dan pengorbanan tak dihargai, aku jadi murung.
Bila aku buang dia dari hidup aku, setenang tenang nya perasaan aku sehingga aku kagum dengan kuasa Allah yang pegang hati manusia.
Tiada sekelumit rasa pun yang bersisa sekarang kalau aku pandang wajah dia. Hanya kosong. Tiada sayang- Tiada benci. A totally sranger.
Aku tahu banyak lagi dugaan yang akan datang, satu sahaja aku minta dari Allah untuk kuatkan ikatan aku dan anak-anak. mereka berdua lah nyawa aku sehingga akhir hayat aku. Takkan pernah aku sia-sia kan mereka.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit