Assalamualaikum semua. Nama aku Tati, aku nak cerita sikit perangai aku.
Dulu-dulu kawan-kawan gelarkan aku Mat Tau. Sebabnya serba-serbi benda kalau orang tanya aku memang usaha akan jawab, tak kisahlah google ke, tapi memang aku suka lah membantu.
Isu dalam group whatsapp ke, persoalan mesti aku akan bagi jawapan. Kalau tak jawab tu rasa tak tenang hidup.
Kalau orang mintak tolong pulak mesti aku sedaya upaya nak tolong, lebih-lebih lagi keluarga. Susah nak katakan tidak dan hampakan orang. Dari segi duit ke buah fikiran ke.
Dan aku suka tengok orang lain berjaya dari aku, kerja aku tolong cari sampai kawan aku tu berjaya interview. Resume pun kadang aku buatkan. Dan aku memang kesiankan orang.
Sampaikan 1 tahap aku jadi supervisor di satu tempat kerja ni, anak buah aku mc pun aku sampai cari rumah dia, tanya nak pergi klinik ke tak sebab dia tak ada kenderaan.
Anak buah aku ade satu kes pun aku settlekan dari balai polis, sampai ke hospital dan lain-lain, aku tolong, padahal tu kerja HR.
Ketika itu aku fikir nak tolong orang je. Tak pernah aku fikir lain, HR pun mintak tolong kat aku. Aku pun tak tau lah aku ni lurus bendul atau senang diperguna.
Sampai lah 1 tahap, aku sakit. Aku tak tahu punca, tapi aku serabut dengan kerja aku dan banyak sangat benda yang aku kena buat, dek kerana anak-anak buah aku ni tak buat kerja dia, dan aku buat semua kerja sampai aku penat sangat.
Mental dan fizikal dan aku rasa penat nak pikir macam-macam dan apa yang kita nak tak menjadi seperti harapan.
Expectation aku terlalu tinggi mungkin, aku ingat orang lain akan berfikir sama macam aku, buat satu perkara bersungguh-sungguh.
Aku resign, dan tenangkan diri dekat kampung halaman. Aku semakin baik dan sihat tapi sejak tu aku tak boleh ada tekanan tinggi dan masalah yang berat . Kuat fikir boleh sebabkan aku tak nak jumpa siapa-siapa berhari-hari (kurung diri).
Sejak tu, aku susah nak cari kerja. Aku jadi cerewet. Kalau ada isu yang tak kena pada 1 tempat kerja, aku terus reject company. Sebab aku takut akan sakit teruk lagi kalau tekanan tinggi kalau kerja beberapa bulan tak ok, aku terus berhenti.
Lama aku macam tu, bila bos suruh aku buat macam-macam benda yang tak mampu aku buat, aku terus berhenti, kerja pun tak lama, sebulan, dua berhenti. Last-last aku berniaga sahaja.
Tak lama aku berkahwin pula, tentunya ada masalah. Sama juga aku kahwin 2 minggu aku dah nak lari rumah.
Sekarang 2 tahun kahwin dan masih ada rasa nak tinggalkan si dia. Aku rasa macam kadang ok, kadang tak. Aku tak boleh kalau suami aku paksa aku buat sesuatu kalau aku tak sihat atau tengah penat macam masak ke ajak keluar.
Aku akan kurung diri kalau penat, tak nak diganggu. Bila ada masalah lain-lain dari side family dia yang complicated, aku akan bagi solution dan berdebat dengan suami,
Tapi bila dia tak ada tindakan, aku akan mengamuk dan ugut akan tinggalkan dia, sebab aku rimas masalah yang sama tak selesai-selesai sebab ego.
Bagi aku semua masalah ada penyelesaian, tapi aku sedar ada segelintir manusia yang ego dan tak nak terima pendapat atau buah fikiran kita.
Lantak pi la kat dia, kadang malas nak fikir masalah lagi-lagi bukan masalah kita. Tapi kalau tak tolong nanti kesan balik pada kita.
Huh, kadang kalau geram penah jugak labelkan orang tu degil, kadang cuba faham jugak masalah dia. Tapi tulah aku sedar semula masalah aku, suami dan anak-anak pun ada lagi, ini kan pulak tentang orang lain.
Tapi aku memang terkesan kalau aku tak dapat tolong orang , hati rasa tak tenteram, kalau selesai tu lega sangat. Apa masalah aku ni sebenarnya.
Lagi 1 kalau orang yang aku nak tolong tu tak nak ditolong atau reject, aku sangat kesal. Mungkin dia tak nak susahkan aku kot.
Lepas 2 tahun kahwin, aku dapatkan rawatan pakar psikatri dan sesi kaunseling, aku cakap doktor aku banyak idea nak buat, tapi 1 apa pun tak buat.
Dan otak aku tak boleh berhenti fikir, dan aku ada 1 tahap tak boleh berhenti bercakap selama 2 jam. Sampai aku penat. Aku boleh call orang sampai 2 jam pot pet. Atau pun aku bebelkan suami berjam-jam.
Doktor kata murung tapi belum sampai tahap teruk, sebab masih boleh fikir rasional, tak pernah fikir nak bunuh diri, tapi aku takut di apa-apa kan orang.
Kalau suami aku marah anak, aku takut dan pernah lari rumah sebab aku takut dia pukul aku. Padahal aku yang kadang pukul dia, atau cubit dia. Aku lebih risau aku cederakan orang kalau orang tak boleh dengar cakap aku.
Sebab dulu aku penah cekik adik aku, sebab dia sindir-sindir aku. Suami aku sindir aku pun , aku cepat terasa, 1 hari aku tak nak cakap dengan dia, aku terlalu sensitif kadang-kadang, terutama kalau orang banding-bandingkan aku dengan orang lain.
– Tati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
Sebelum lakukan satu satu tindakan ingat kesan dia dekat org lain.sis tak pulih jiwa and mental teruskan makan ubat dan rawatan jgn skip. Tulis dekat buku ape yg terpendam dlam hati untuk kita lepaskan beban
Pertama puan kena tahu dan sedar diri bahawa semua yang puan tolong atau lakukan adalah dengan izin Allah. Semua kudrat dan idea yang puan rasa puan buat sehabis baik adalah izin Allah swt. Puan, saya dan semua makhluk adalah makhluk yang lemah. Tiada apa-apa kelebihan setitik pun. Kerana dengan izinNYA dan belas rahmatNYA barulah kita dapat buat sesuatu. Jadi apa yang berlaku sekeliling, senyum bantu dengan niat hanya dari Allah dan sekiranya tidak berjaya. Sesungguhnya yakinlah Allah lebih berhak apa yang dirancang olehNYA.