Sejak kebelakangan ini, ramai yang menulis tentang anak sulung dan rata-rata semuanya mempunyai pengalaman yang sama bagaimana mereka dilayan dalam keluarga.
Aku juga anak sulung dan membesar dalam keluarga berantakan. Ayah aku seorang kaki perempuan, mempunyai sikap pelik yang kita panggil narsisis, pemalas, lepas tangan dan juga compulsive liar. Ibu pula seorang panas baran, ye lah siapa je kan boleh hidup dengan lelaki seperti itu.
Namun, mereka hidup bersama agak lama bersama sehingga aku berumur 32 tahun, baru mereka bercerai.
Sejak kecil, aku rasa mak ayah aku seorang yang mudah ikut cakap orang luar. Memandangkan ibubapa jenis yang clueless tentang keadaan dan keperluan aku, aku belajar berdikari sendiri.
Aku selalu pergi bertemu kaunselor ketika di sekolah menengah supaya boleh membantu aku mendapat update tentang sekolah berasrama atau sekolah kawalan, kerana aku benar-benar ingin mengubah nasib aku sendiri. Benda yang mak ayah aku takkan buat tentang aku.
Perasaan aku dari kecil, aku rasa mak ayah aku jenis yang lebih suka senang dari struggle. Tapi hidup mak aku memang struggle sebab ayah aku banyak buat benda yang tak bertanggungjawab. Stressnya hidup dengan mereka sampai aku pernah cuba bunuh diri ketika berumur 8 tahun lebih. Tapi masa ni sebab budak, aku tak tahu cara apa yang efisien untuk bunuh diri.
Paling ‘kelakar’ yang aku pernah buat, aku makan ubat sapu untuk kulit yang ada tanda racun. Aku ingat kalau makan racun boleh terus mati. Tapi paling teruk aku kena pun cuma cirit birit. Aku juga cuba membuat tali supaya aku boleh gantung diri, sebab aku kanak-kanak benda ni sangat susah nak lakukan.
Lagi-lagi tak da tempat gantung tali. Masa ni aku tak rasa takut dengan kematian. Aku cuma nak mati je sebab aku betul-betul rasa hidup di dunia ni memang tak best. Lagi, bila di sekolah cikgu aku cakap budak-budak mati masuk syurga. So, aku fikir Allah ampunkan aku andai aku mati.
Kenapa aku tertekan dari kecil? Hmm.. aku rasa apa yang aku lakukan semuanya tak betul. Dari kecil aku sudah pun dibebankan dengan kerja rumah, cuma pada awalnya tak lah sebanyak yang ditulis dalam mana-mana komen anak sulung. Lipat baju, sidai baju, cuci pinggan.
Adik beradik aku ramai. Masa aku sekolah rendah, adik beradik 6 orang. Sekali basuh, bawa bakul baju tu memang berat gila. Lagi-lagi kalau keluar dari mesin baju tu terikal bersama dengan baju lain. Mak aku pula jenis cerewet dia nak baju tu sama besar, dan disidai sampailah saiz kecil.
Aku yang kecil ni pula, ambillah dulu baju mana yang boleh untuk sidai supaya aku boleh leraikan ikal baju. Apa mak aku buat. Mak aku akan pergi ke ampai dan masukkan balik dalam bakul suruh aku buat semula. Lipat baju juga sama. Dia akan bongkar balik supaya aku boleh lipat semula. Penyudahnya baju selalu menggunung tinggi.
Bila aku dah besar ni, aku tertanya, kenapa mak aku tak pernah nak faham kudrat budak seperti aku? Lain bila dia treat adik-adik aku. Adik aku yang hanya setahun beza dari aku pun tak disuruh buat kerja sebanyak aku, alasan, kerana dia kecil lagi.
Satu perkara tentang mak aku, apa sahaja tentang aku dia tak suka. Dari rupa aku yang sama macam ayah aku, aku copypaste arwah nenek belah ayah, campuran cina-melayu-aku gelap macam melayu tapi mata aku tak besar, sehinggalah status aku sebagai anak sulung. Mak aku selalu gaduh dengan kakak dia yang sulung. Dia anak kedua. Benda yang dia selalu cakap pada aku:
“Kakak hodoh ikut keluarga belah ayah. Kakak tahukan kebanyakan dorang susah nak dapat jodoh. Kakak pun jadi macam mereka nanti. Lagi satu mereka busuk hati, tengok muka kakak pun ibu tahu kakak akan jadi seperti mereka. Orang yang busuk hati masuk neraka.”
Aku masa kecil-kecil jadi panik sampai tanya pada dia, macam mana nak ubah, kakak tak nak masuk neraka. Dan jawapan mak aku ” Tiada peluang”. Dan mak aku tak bergurau. Ketika dia cakap ni, aku sedang duduk main dengan adik aku di ruang tamu. Dia buka tv chill-chill terus cakap dengan aku pasal benda ni.
Adik aku yang kedua, ada perangai nakal. Dia selalu mengadu domba pada ibu aku supaya aku kena marah. Mula-mula aku macam malas nak layan sebab aku tak buat.
Mak aku usually bila adik aku cakap, dia terus datang pada aku, dan meroyan: ” Ibu dah agak dah anak macam kau ni memang tak guna. Kau nak sangat ikut keluarga sebelah sanakan! Kau memang tak guna!! Siket-siket nak gaduh.” Aku dipukul teruk.
Dan adik aku tunjuk good. Sedangkan masa tu aku cuma lepak di sofa sambil baca buku kanak-kanak. Dan mak aku sampai call ayah aku suruh balik untuk tengok betapa tak terkawalnya aku. Balik aku kena marah dua kali. Aku mula rasa tak puas hati. Aku mula belajar menjerit kuat. Kuat yang sampai jiran boleh dengar.
Sebab kalau aku cakap aku tak buat, mak aku takkan dengar. Jadi volume tu kena kuat. Tapi apa jadi kat aku? Mak aku campak semua baju aku diluar rumah. Lepas tu call ayah aku nangis nangis. Kata syaitan merasuk aku. Aku masa tu berusia 10 tahun. Aku masuk ke dalam bilik cari beg kertas, sebab aku tak da beg pakaian.
Aku pergi ke laman, kutip semua pakaian. Masa tu malam around pukul 9 malam. Bila aku dah mula nak jalan keluar. Telefon berbunyi. Ayah aku suruh mak aku tahan aku dari keluar rumah. Dan dia balik ke rumah. Masa ni aku tak tahu sebenarnya mak aku halau aku adalah salah satu alasan supaya ayah aku balik ke rumah.
Dia dapat kesan yang ayah aku ada perempuan lain. Lepas ayah aku cakap dengan aku, dia suruh aku solat taubat, aku masuk ke dalam bilik, dan ambil satu baju favourite mak aku. Aku koyak baju tu terbelah dua. Aku betul betul nak tahu apa dosa aku sebenar tapi aku tak berani tanya lagi.
Esoknya ayah aku ajak beraya di rumah kawan. Aku tak nak ikut sebab aku ada plan lain. Aku nak bunuh diri. Tapi mereka paksa juga. Selalunya aku kena tengking, tapi kali ni mak aku macam lembut siket, walau dia masih tak boleh tengok muka aku. Dalam keadaan marah aku sepahkan semua almari termasuk almari baju dia.
Pada masa ni almari kami semua berada dalam satu bilik. Dia masuk dan lihat keadaan bersepah. Dia tanya aku, “Kakak tak kesian ke dekat ibu bila sepah baju macam ni”. Aku pelik dengan sikap dia. Tapi aku diam. Sampai di tempat makan, mak aku tanya apa aku nak makan.
Aku geleng kepala. Mak aku cakap dia nak belanja sebab dia sayang aku. Aku diam saja. Pembantu rumah aku tanya aku, dan suruh aku cepat, last-last aku order juga. Tapi balik tu, aku plan kerja aku yang tertangguh. Aku korek ubat sapu kulit dalam laci dan masuk ke dalam mulut. Ada beberapa botol.
Aku masuk mulut dan makan. Aku asyik guna method yang sama dari umur aku 7 tahun. Lepas aku muntah-muntah dan berak-berak aku cuba pula korek suis dengan pisau dengan harapan biar mati kena letrik. Bila fikir balik, memang Allah nak selamatkan aku.
Bayangkan, ada cara lagi berkesan (aku tak nak tulis di sini) tapi semua cara tu langsung tak masuk dalam fikiran aku. Aku betul-betul tak takut mati sebab aku macam tak sabar-sabar nak pergi dunia lagi satu sebab aku tak bahagia.
Bila aku berusia 12 tahun, tekanan makin tinggi. Ketika aku minta dibuatkan IC, ayah aku tak nak dengan alasan 1) Menyusahkan. 2) aku belum cukup dewasa untuk IC. Pada masa ini banyak borang dah perlu guna IC, so cubalah imagine ketengangan emosi aku hanya untuk sekeping IC.
Beberapa bulan berlalu tak buat juga, aku lahir Januari…. so imaginelah, sampai cikgu sekolah minta untuk urusan kemsukan ke sekolah menengah. Mula-mula cikgu marah aku. Aku dengan wajah -.- menjawab, “Ayah saya tak nak buat IC saya.”
Cikgu memandang aku pelik. Akhirnya benda ni disampaikan kepada ibubapa aku, dan mereka dalam keadaan mengamuk bergaduh dengan aku tentang ic. Semua orang ingatkan aku tentang tanggungjawab aku. Tangungjawab aku yang patut uruskan diri sendiri, dan adik-adik. Bukan menyusahkan mereka untuk hal-hal remeh macam ni.
Kali ni, aku cari racun (ubat sapu kulit-ya adik-adik aku ramai dan ubat sapu untuk chicken pox ni memang banyak macam di restock pun ada selang setahun atau dua tahun). Aku lepas makan tu aku siap solat hajat supaya Allah matikan aku. Lepas tu, aku sambung makan lotion dan krim nivea dalam tin biru tu. Ohh aku makan panadol banyak juga.
Tapi masa ni panadol cuma tinggal 6 biji je. Aku tak mati. Bangun pagi tu, aku ambil pensil, aku asah tajam-tajam lepas tu aku cucuk tangan aku tapi mata patah. Aku dapat idea cucuk tangan sebab aku pernah dengar mak aku cerita pasal anak murid dia cedera teruk dekat tangan.
Tapi aku tak tahu area mana tangan tu dan dengan apa dia buat. aku dapat idea pensil tajam sebab cikgu aku pernah cakap, anak murid dia masuk hospital sebab tercucuk pensil tajam. Haritu, mak aku dan ayah aku bawa aku ke tempat IC. Ayah aku siap bergurau dengan aku ” Eh, Kakak dah berumur 12 tahun ke. Tak lah, akak 7 tahun lagi.”
Aku hanya melayan dunia aku sendiri. Aku bukan sahaja sakit hati, aku betul-betul rasa deattach dengan mereka. Mak aku nampak kesan luka tu sambil dukung adik aku yang masih bayi. Aku tarik tangan aku pandang ke arah lain. Mak aku siap cakap gaya aku seperti anak derhaka. Aku hanya diam.
Aku bagi dia tengok tangan aku. Dan mak aku penuh drama menyuru ayah aku melihat sekali. ” Ni luka apa bang?” Soal mak aku dengan nada risau. Dalam hati aku lakonan apa benda mak aku buat. Ayah aku, “Alah siket je” as usual. Ya ayah aku memang arsehole siket. Semua benda bagi dia simple je. Aku tak nak cerita pada sesiapa. Aku diam.
Jika zaman sekarang Kpop. Zaman aku dulu adalah Harry Potter. Masa masuk sekolah asrama, kami tak dibenarkan bawa novel ke sekolah, tapi ada seorang kakak akan ceritakan malam-malam tentang Harry Potter.
Harry anak yatim piatu. Aku sangat rasa dekat dengan watak tu. Harry sedar, dia ada atau tiada Aunty Petunia dengan Uncle Vernon takkan merasa kehilangan.
Walau Harry diseksa, dia masih lagi hidup. Dia cari ‘muse’ yang membuatkan dia terus menikmati hidup. Aku mula attach dengan Harry Potter. Aku tak perlu sesiapa. Ketika ini juga aku dah mula ada gangguan jin yang agak teruk. Akhirnya aku berpindah sekolah masuk sekolah harian.
Duduk di rumah memang sangat tertekan. Kalau aku sedang buat kerja rumah, mak aku cakap aku cuba mengelak buat kerja rumah dengan tunjuk rajin. Jadi aku kena cuci pinggan mangkuk yang penuh satu sinki sampai banjir termasuk juga pinggan mangkuk dan periuk yang bawah sinki,
aku juga kena masak nasi goreng untuk adik-adik, pastikan mereka makan dan juga bawa mereka pergi bilik air sementara mak aku tengok tv dengan adik beradik yang lain. Tak da sapa nampak aku yang cuba ulangkaji pelajaran masa tu.
Adik-adik aku ramai masa ni. 6 orang. Tiga di bawah aku kena cebok mereka. Last-last empat jam berlalu hanya aku melayan adik-adik. Aku masuk tidur. Dan bangun dalam pukul 11 malam. Tak tidur supaya aku boleh study tanpa gangguan mak aku.
Ayah aku tak banyak contribution banyak dalam family. Dia banyak habiskan masa dia dengan perempuan-perempuan dekat luar.
Pukul 1 pagi dia akan balik, buka lampu besar-besar di ruang tamu yang juga bilik kami dan bising! Dia dan mak aku memang banyak kali bergaduh dan usually melibatkan kami adik beradik. Aku dengan adik-adik biasalah kena pukul tu. Buku aku kena baling.
Mak aku siap pagi suara dah macam petir menjerit sana sini. Aku pun tak tahu dia nak marah apa. tapi disebabkan dia tak bagitahu punca akhirnya aku dipukul ayah aku. Adik-adik aku gaduh juga aku dipukul. Alasan: Sebab aku kakak dan itu tanggungjawab aku.
Aku ambil keputusan setiap kali cuti, aku duduk di kampung. Aku takkan balik rumah awal, aku pergi ke rumah kawan-kawan untuk study dan siapkan kerja. Aku jenis yang tak buat masalah di sekolah. In fact, aku dapat banyak awards seperti pelajar contoh, tokoh pemimpin etc. So mak aku tak halang sangat kalau benda ni isu sekolah.
Aku jenis yang bila marah cepat reda. Adakala aku baik je semula dengan mak aku. Boleh gelak-gelak tapi hakikatnya aku selalu berharap aku putus hubungan dengan mereka. Aku macam dah dapat mesej apa yang mereka nak sampaikan pada aku, dan aku redha.
Mereka tak nak aku as anak mereka, tapi mak aku setiap kali dia buat benda buruk pada aku, sekali dua dia akan datang buat perangai pelik macam belanja aku macam kes halau dari rumah.
Aku rasa sebab aku dah biasa dengan kata makian, aku tak boleh nak fahamkan benda tu as memujuk. Adik aku yang terangkan pada aku, dan aku akan bagitahu dia yang aku tak kecil hati. Aku tak harap apapun sebab aku pun tak tahu nak harap apa-apa dari mereka. Aku cuma harap, aku ada kehidupan baik tanpa mereka.
Which.. aku aim nak kahwin dalam usia muda. Tapi ujian kahwin ni pun satu hal juga. Pernah aku bagitahu mak aku, sebab calon aku jenis orang daawah. Dia cakap apa-apa redha mak ayah. Aku agak skeptikal sebab aku nak semua benda sendiri.
Aku dicop anak derhaka, dan kisah nabi Ibrahim memanggil ayahnya abati menjadi satu cerita supaya aku kembali taat. Aku jadi depress. Tapi aku cuba bagitahu. apa jadi? Mak ayah aku gaduh dan mak aku cakap dia tak nak hidup aku macam dia. Dia yang mempunyai suami tak bertanggungjawab.
Mak aku bergaduh dengan ayah aku di Malaysia sampai ayah aku call sepupu aku suruh bagitahu aku jangan sebut lagi soal kahwin. Aku putus. Selepas itu, semua jodoh gagal sampai ke hari ni. Aku pun pergi berubat sebab gangguan aku melibatkan fizikal sehingga muntah darah. Aku sebenarnya ada sihir penghalang jodoh.
Nak gelak aku. Betullah orang kata doa ibu ni makbul. Satu-satu yang mak aku cakap pasal aku jadi. Doa aku je yang tak makbul. Aku cuba kurangkan tabiat aku yang cuba membunuh diri sebab aku pun dah dewasa dan lagi satu aku tak nak asyik letak diri aku as victim.
Dalam adik beradik, aku tak dihormati sangat esp di kalangan adik beradik lelaki. Budaya ni tak diterapkan sangat. Isu anak sulung macam barang dirosakkan tu haha samalah. Aku pun kena.
Bila aku menangis barang aku kena ambil, mak aku ajar aku dengan suruh ambil lagi barang aku yang lain. Nak ajar aku supaya jangan kedekut. Kalau kena conteng, ambil buka aku yang lain dan conteng. Aku memang kena diajar untuk sedar tiada dalam tu hak aku. Anak sulung tiada hak dalam apa-apa.
Adik aku seronoklah, lari-lari ambil buat tanda good dekat aku. Kalau mak-mak di luar sana nak ajar anak-anak untuk berkongsi, ini bukan caranya. Di luar semua puji mak aku ibu yang paling sabar dan baik. Dan semua orang cakap, aku adalah anak paling rebel. Tapi tak da sapa tahu bagaimana aku dilayan di rumah. Kalau tahu pun aku memang layak kena.
Tiga tahun lepas, ketika semua adik-adik dah tak duduk serumah. Mak aku minta aku balik rumah. Tinggal di situ. Aku tak nak. Dia tiba-tiba menangis sebab ayah aku. Satu perkara pasal mak aku. Dia suka menampakkan diri dia tiada masalah.
Orang keliling semua kata dia tabah, satu benda mereka tak tahu dia channel tekanan tu pada anak-anak. Yang paling teruk anak-anak perempuan, dan lagi teruk adalah aku. Setiap kali kalau dia bertemu aku di Bandar A, dia akan ingatkan aku pasal keberkatan.
Adik bawah aku dua orang dah kahwin. Manakala aku belum. Kalau dulu aku nak kahwin dia halang sampai jadi drama telenovela di rumah. Tapi kali ni, aku disalahkan kerana dosa-dosa yang aku buat membuatkan jodoh aku tak sampai. Tiada salah sesiapa dalam ni kecuali aku. Adik kedua kahwin aku tak pergi sebab exam.
Adik ketiga kahwin sebab dah bergaduh besar termasuk ahli keluarga cakap aku tak cukup doa untuk jodoh sampai dua kali langkah bendul. Aku terus ambil keputusan tak nak balik raya. Aku sorang-sorang duduk di bandar. Pergi Tesco semua bangla yang pergi beli barang. Semua restoran tutup. Tapi aku rasa tenang. Tenang tak beraya dengan mereka.
Sampai pakcik-pakcik aku marah. Aku snapped. Sapa boleh tahan kalau asyik kena attack sampai nak tentu syurga neraka aku. Kat dunia pun aku dilahirkan sampai dewasa tanpa rasa gembira dengan keluarga, tiba2x keluarga ni berhak nak cerita tempat aku di neraka nanti. Tapi aku bukan jenis yang constantly nak marah sebab aku ni cepat sejuk.
Satu masa, aku bagitahu mak aku, ketika adik aku yang kedua mengamuk dan cari pasal dengan aku, aku nak minta izin tak nak jadi anak dia lagi.Aku rasa aku seperti kena sumpahan doa ibu. Sebab semua benda buruk mak aku berulang kali cakap dengan aku dari kecil jadi.
Aku selalu jumpa orang yang tak baik dalam hidup dan aku berat jodoh. Dari segi perjalanan kerjaya, aku mudah dinaikkan pangkat sebab aku memang suka berkerja. Tapi aku banyak yang suka mencantas. Tikam tu banyak kali.
Satu-satunya calon jodoh yang melekat dan mak aku okay untuk aku kahwin adalah lelaki playboy dan narsisis. Aku rasa sumpahan doa mak aku tu memang berkesan. Jadi aku rasa kalau aku bukan lagi anak dia, dia pun dah tak benci aku, dan aku pun boleh hidup sendiri dengan tenang tanpa rasa takut dengan sumpahan doa dia.
Beza kehidupan aku dengan adik aku kedua. Perkahwinan dia mudah tanpa belanja banyak. Dia tak banyak hutang belajar. Ayah mertua siap bagi hadiah kereta.
Rezeki kerjanya juga baik. Perjalanan hidup dia sama seperti kata-kata mak aku. Adik aku ni dapat layanan spesial sedikit walau jenis panas baran. Kalau dia mengamuk atau apa, mak aku terima sebab dua alasan kukuh muka dia sama dengan keluarga belah mak aku dan juga dia anak kedua.
Kelakar tak reason mak aku… but apparently memang ada study tentang perception ibu terhadap anak-anak, anak-anak yang rupa seperti ayah selalunya akan di attack berbanding yang banyak resemblance dengan dia. Aku rasa itu apa yang berlaku dalam keluarga aku dan aku boleh terima part ni. Untung anak yang dikasihi ni sebab doa.
Aku cuma nasihatkan mak ayah dekat luar sana, kalau tak suka anak, doakan jelah anak tu bawa diri, tak ganggu mereka lagi dan hidup dia lancar seorang diri. Anak-anak ini mampu berdikari. Dia pun ada masa depan juga. Dah la susah dari kecil, takkan dah besar nak menjadi pembawa suwey.
Sehingga kini, aku masih lagi dengan keinginan tak nak ada apa-apa relation dengan parents aku walau mak aku dah bercerai dengan ayah. Aku pernah minta mak aku untuk putuskan hubungan dengan aku, dan aku bincang dengan rasional. Aku bagitahu aku faham keadaan dia dulu dan too bad, aku inherited gene ayah aku.
Disebabkan aku dibesarkan dalam keadaan ini dengan rupa aku, dan benda ni tak boleh upah, aku tahu dia tak suka tengok aku. Aku just nak satu benda, aku tak nak ada kaitan dengan dia atau ayah aku lagi.
Ayah aku memang dari awal-awal dah ada konflik, dengan banyak perempuan dan suruh aku bayar duit pada dia setiap bulan melebihi gaji aku dan menyuruh aku buat loan untuk kemudahan dia. Aku dah block dia. Not really a good ending. Ayah aku yang narsisis pun adalah cerita lain.
Lepas bincang tu, kalau aku pergi kerja mak aku akan siapkan bekal aku ke tempat kerja walau aku tak nak. aku tak suka unnecessary effort. Mula-mula aku ambil, tapi lama-lama aku jadi rimas dan aku sampai marah mak aku. Mak aku nak masakkan untuk aku pun aku akan marah.
Entah. aku tak suka. aku nak keluar dari tempat ni. Tapi mak aku seorang yang penakut kerana sekarang dia tinggal seorang diri.Jadi, aku terpaksa temankan dia walau makcik aku syorkan aku untuk keluar.
Aku tak bencikan dia. Cuma aku tak rasa belong to that family. Aku tak suka adakala bila dia duduk dengan adik-adik or kawan-kawan dan mereka cakap pasal anak-anak… nanti ada la yang sebut ” Jadi anak sulung ni untung, dia adalah lambang cinta bla blabla. semua kasih sayang dekat dia.”
Mak aku mengiakan. Aku tak boleh ingat mana satu part yang aku betul betul rasa sayang tu.
Dan aku pun tak tahu sayang tu macam mana. Hahaha. Mungkin kasih sayang mak ayah aku pada benda-benda yang mereka beli. Macam baju, mainan. Yang aku tak suka tapi aku terpaksa pakai dan mainan yang aku bagi kat sepupu aku kerana aku tak minat. Bila aku dah kerja ni baru aku dapat merasa drawing, mewarna, melukis semua.
Benda-benda aku tak dapat dulu masa kecil. Tak dalah teruk sangat sekarang. Tapi aku tak boleh hidup as anak dia. Aku nak kehidupan yang aku impikan. Aku nak bebas dari kebencian orang, dan semakin lama aku duduk dengan dia, aku jadi tak suka bila dia ajak aku berborak. Aku tahan dalam hati dan cuba pura-pura buat baik. Tapi, aku tak boleh bertahan.
Aku tak nak habiskan masa aku dengan orang yang benci aku dan paling kompleks dia adalah orang yang melahirkan aku. Aku rasa ibu aku pun confused juga. Setiap kali dia melepaskan kebencian dia, dia akan cuba melakukan kebaikan. Nak compensate dengan perbuatan dia. Aku dah cuba terangkan pada dia kekeliruan dia.
Aku minta dia give up atas aku sebab aku tahu dia sangat membenci aku as benda-benda aku yang tak boleh kawal. Aku tahu dia masa kahwin dengan ayah aku memang nak anak. Dan aku faham kenapa aku lahir. Cuma bukan aku yang mereka nak. Dan aku pun to be honest, dalam-dalam aku rasa aku tak nak jadi anak mereka.
Sepanjang hidup aku attempt nak bunuh diri, aku tak pernah cerita dengan mereka. Aku ingat lagi aku gantung diri aku dekat stor gantung yang ayah aku buat di tangga. Aku buat ikatan untuk gantung diri tapi tali paling tebal aku ada hanya berdiamete macam wayar je. Aku rasa dengungan telinga aku. Tapi tali tu putus. Aku jatuh. Aku ni berat.
Aku agak masa ni berat aku 45kg. Dan keadaan aku menangis aku cuba cekik diri sendiri dengan tarik tali tu sendiri tapi tak mati. Tali tu terburai. Aku sampai menjerit seorang diri di dapur rumah sebab aku nak mati sangat. Aku sampai sekarang tak tahu kenapa aku tak terfikir cara lain, sedangkan aku berada di dapur.
Aku pernah minum pencuci tandas sebab di sekolah aku ada kes bunuh diri minum ***** (aku tak tulis sini).. aku tanya kawan aku apa benda tu, mereka kata pencuci tandas. Satu hari dekat sekolah aku tak sabar nak balik nak cuba. Aku membsar dengan rasa excited nak bunuh diri je.
Aku minum pencuci tandas tu. Tapi tak mati pun. Aku rasa kesan makan bukan-bukan ni lah perut aku jadi macam-macam. Rasa pedih la, gastrik la, susah nak buang air lah. Aku hanya bagitahu dia ketika aku request tak nak jadi anak dia lagi. Dia cuma cakap aku orang tak beragama.
Aku macam tak kisah dia nak kata apa-apa. Tapi dia jadi speechless. Mula-mula dia rasa seperti aku buat cerita sebab dia tak pernah tahu. Aku cuma cakap. Kalau dia tahu, dia dengan ayah aku akan pukul aku dan menyusahkan aku lagi nak bunuh diri sebab aku kena hidup untuk jadi punching bag mereka.
Mak aku memang dah kuranglah sikap dia macam dulu. Sejak aku minta dia tak nak jadi anak dia, dia cuba berhati-hati dengan ayat dia, dia cuba baiki hubungan tu. Tapi, aku tak nak baiki hubungan yang tak pernah wujud tu.
Aku tak boleh tengok muka dia. Aku walau menemani dia duduk bawah satu bumbung, aku tak bercakap dengan dia. Aku banyak duduk dalam bilik. kalau dia masuk bilik, aku keluar.
Kalau dia duduk dengan aku, perlahan aku naik. Tapi aku akan borak-borak siket dengan dia supaya dia tak sakit hati. Dia pernah cakap dengan aku dia tiada niat nak sakiti aku. Dia cakap aku tak faham dia yang sangat menyayangi setiap anak tanpa berat sebelah. Aku cakap, aku terima kata-kata dia.
Tapi aku harap sangat dia terima kata-kata aku. Dia tak berat sebelah dengan anak-anak tapi ada satu orang asing yang dia salah erti as anak, which is aku. aku tahu dia dah korbankan diri dia melahirkan aku. Aku rasa dia sendiri keliru antara benci dan sayang. Tapi aku minta dia percaya, kalau kita sayang, kita akan tunjuk dan kita akan tahu perasaan kita sendiri.
Dan yang pasti, sepanjang hidup mak aku, apa yang mak aku nampak pada aku adalah masalah (walau aku pelajar cemerlang, pelajar contoh, pemimpin pelajar), aku menyusahkan, aku hodoh, aku busuk hati etc, aku minta dia percaya that instinct. Aku dimata dia tak sama macam adik beradik lain (By the way, adik beradik aku yang lain semua ikut mak aku kecuali aku).
Aku akan cuba balas balik walau aku dah tiada apa-apa ikatan dengan dia untuk sebab proses mengandung dan bersalin tu, dan juga bagi aku tumpang rumah sehingga aku besar dan membantu aku ketika aku sakit sihir namun masih belum habis belajar.
Aku tak boleh nak back to square one, memaafkan dan membaiki hubungan anak dan ibu seperti yang mak aku nak. Aku boleh jadi emo setiap kali melihat dia. Lagi-lagi bila terbaca isu tentang anak sulung. Aku betul betul perlu jalani hidup sendiri.
Aku rasa perit melihat wajah dia. Dan sepertimana mak aku semasa muda kasar dengan aku, sama jugalah aku dengan dia sekarang. Aku betul-betul macam dia. dan aku dah tak nak jadi orang tu. Tapi kalau baik sangat nanti mak aku akan tunjuk sikap sebenar dia pada aku. Hidup aku tak tenang.
Aku pun dah nak habis master’s degree. Selepas ni aku nak tukar career di tempat baru. Aku harap ada anak yang boleh tinggal dengan dia kerana sekarang dia hidup bersendirian as ibu tunggal. Aku harap, aku boleh go through this phase untuk ketenangan hati aku sendiri dan orang keliling.
– Hzl (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit