Tentang Anak Tiri

Aku hadir di ruangan confession ini, selepas baca confession “REPLY: BENCI ANAK TIRI” (https://iiumc.com/reply-benci-anak-tiri/).

Famous betul cerita TT kan. Sampai banyak betul reply. Hehe. Aku tak tau confessor “BENCI ANAK TIRI” akan baca ke tidak.

Tapi aku confess saja la ya. Mula-mula ingat nak reply kat komen saja. Tapi memandangkan benda yang nak confess ni agak sensitif, takut bergaduh pulak kalau sedara aku baca.

Bak kata Imran Bard; without further ado, jom kita start.

Permulaannya aku nak cakap, aku pun tak ada anak. Anak² aku semua ada di syurga, In sya Allah. So aku nak cerita ni, bukan lah sebagai mak tiri tapi sebagai mak saudara yang bukan darah daging.

Aku mula² okay saja dengan anak sedara. Aku sayang dia. Aku banyak ajar dia bercakap, bawak dia berjalan, kadang² tidurkan dia. Memang sayang lah. Aku ada di sisi dia dari lahir sampai lah sekarang.

Cuma makin lama aku yang jarakkan diri. Tapi dia sampai sekarang nak main panggil aku, boring panggil aku, nak pergi mana² nak ikut aku.

Start umur dua tahun dia dah pandai tantrum. Masuk 3 tahun dah pandai tantrum sambil pukul orang. Masa ni tantrum nak main gadget.

Mak abah dia tak tegas langsung. Apetah lagi nenek dia. Marah tu ada, tengking pun ada, pukul sekali sekala. Tapi bagi aku tu bukan tegas.

Sebab akhirnya dia akan dapat apa yang dia nak. So bila tak dapat, dia hentak² kaki, dia pukul² mak abah dia, nenek dia, menjerit dan sebagainya. Maka dapatlah.

Tiba² nak jadi cerita, satu hari tu dia buat kat aku sebab aku pakai fon baru masa tu. Dia tau kat orang lain kalau nangis lambat sikit jalan, sebab tu dia terus mintak sambil pukul dengan aku. Aku memang jenis yang tegas.

Aku tak bagi. Macam biasa la tantrum. Aku buat tak tau. Dia menjerit². Aku pegang tangan dia, aku cakap kenapa tak reti mintak elok² eh.

Cuba cakap elok², tak payah pukul orang. Dia buat tak dengar sambil terus pukul.

Masa ni abah, nenek dia semua blah gi tempat lain. Aku dan suami tinggal budak tu meraung, aku follow ikut diorang.

To my surprise, rupanya diorang blah sebab tak puas hati dengan aku. Diorang cakap sesama diorang tapi aku terdengar. “Bagi jelah, budak tu dah meraung macam tu. Apa yang susah sangat”.

Dengan mimik muka tak puas hati la. Bila perasan aku follow kut belakang terus diam. Tanpa bertangguh aku ajak suami aku balik rumah aku. Terasa weh. Tak puas hati sebab aku tak bagi fon, bukan nak tegur anak dia yang pukul orang.

Disebabkan insiden tegas di atas, dari masa dia tantrum umur 4 tahun tu sampai sekarang umur 6 tahun, dia tak pernah tantrum dah dengan aku.

Tapi bila dengan aku jelah. Bila ada mak abah nenek dia, auto buat perangai. Ini yang sakit hati, yang buatkan aku jarakkan diri.

Bila dia tak dapat apa yang dia nak dengan aku, dia buat hentak kaki, pukul mak abah dia. Jadinya diorang akan paksa secara halus untuk aku ikut kehendak dia.

Dulu aku diam la jugak. Follow saja. Sekarang aku lantang sikit. Bila aku cakap tak payah, maksud dia tak payah.

Hormat decision aku. Dia start buat perangai aku blah. Yang hairannya, biarpun mak dia kena pukul tetap ikut cakap anak. Tak marah langsung sedangkan apa yang dia buat tu salah.

Normal ke budak umur 6 tahun tantrum pukul² orang? Bila dia mengamuk, semua kena ikut cakap dia.

Slow², aku cuba tegah nenek dia ikut perangai dia. Ada sekali dia mengamuk, nenek nak pujuk. Dengan nenek sekali kena pukul. Dia tumbuk, dia tendang. Aku sakit hati la.

Tapi nenek nak pujuk lagi. Terus aku cakap mak, biarkan dia. Nanti dia penat dia diam. Nenek dia bangun tinggal dia.

Dia mengamuk terbalik ruang tamu dia kerjakan. Tapi aku make sure tak ada siapa layan dia. Lama² dia diam sendiri.

Dah calm sikit, aku datang suruh dia kemas macam asal. Kalau tak jangan berangan nak main kat luar. Suprisingly, dia buat. Sebab dia tau, aku jenis buat apa aku cakap.

Pernah tau aku tinggal dia dalam kereta sebab dia melalak mintak apa tah masa tu. Aku nasihat tak jalan, aku memang warning tak nak dengar cakap, aku tinggal dalam kereta. Dia buat jugak, so aku tinggal la tapi perati dia dari jauh.

Panjang kan cerita aku, sedangkan nak bagitau lesson saja. Sorry. Huhu. Aku sejenis suka baca parenting tips walaupun belum ada rezeki anak di dunia ni. Anak tu kira ada lah kan, cuma dah berpisah alam. Tips nya bila anak tantrum, biarkan dia.

Jangan marah & jangan pukul. Biar dia luahkan sendiri emosi dia. Agak dah tenang baru approach. Tanya lah apa dia nak sebenarnya, explain elok². Kita pun berlembut dengan dia. Jadi dia tau, dia tantrum orang tak kan layan. Baik cakap elok².

Kedua, tegas bila buat decision. Kalau kata tak boleh. Stick to your answers. Ketiga, jangan masuk campur bila orang lain tengah disiplinkan anak.

Contoh, abahnya kata tak boleh. Emaknya ikut kata ayahnya. Jangan pandai² buat decision lain. Nanti anak confuse.

Sama lah dengan neneknya pun. Dah nampak mak mendidik, jangan masuk campur. Ni tak. Mak tak bagi aiskrim, takpelah biar nenek belikan. Budak tu tau lah dia nak berdrama dengan siapa nanti.

Keempat, ajak dia buat kerja sama². Jangan biasakan layan macam anak raja. Jangan biasakan dia berlagak jadi tuan. Kelima, biasakan minta maaf dengan dia kalau kita buat salah.

Keenam, selalu usap kepala dia, ubun² dia. Nak bercakap tarik tangan dia dekatkan badan, tengok mata dia. Budak lelaki selalu malu tengok mata. Cakap kat telinga dia pun boleh.

Aku tau, semua ni tak patut bagitau kat confessor. Sebab yang buat caca merba mertua kan. Sampai confessor hilang minat nak didik anak tiri. Cuma aku mintak, sembang lah dengan suami. Cerita dekat suami tips parenting ni. Kat fb, ig, tiktok berlambak.

Kalau taknak direct f2f dengan dia, ada artikel parenting, copy link send kt wasap dia. Suruh dia apply dekat anak. Pesan kat suami, biar budak tu nangis sekarang dari kita yang nangis masa tua.

Kesian tau. Anak tu tak salah. Sungguh pun perangai dia suka tantrum, manja, mengada ngada, mengarah, dia tak salah. Dia membesar ikut acuan.

Jadi jangan pelik kenapa anak jadi macam tu, kenapa perangai sekian². Dia budak. Org dewasa yang mencorakkan dia.

Dari apa yang confessor cerita, grandparents toksik, suami pun macam tegas hangat² taik ayam. Nak layan mcm anak raja sekali pun kena ada batas. Time chill seronok², biar dia have fun.

tapi time bertegas kena betul² tegas. Pesan dekat suami, nasihatkan mak ayah dia. Terus terang supaya jangan masuk campur bila tengah didik anak. Benda ni memang salah satu tips parenting tau.

Parents mainkan peranan yang penting. Tak kira lah anak tiri ke apa. Even aku yang mak sedara bukan darah daging ni pun apply tips ni kat dia. Sebab parents dia tak buat.

Takkan lah aku yang takda anak nak tegur orang yang ada anak. Nanti diorang cakap aku tak faham.

Aku takda anak. Sedangkan budak tu datang tidur kt rumah aku, dengar cakap elok saja. Tak suruh buat kerja pun dia buat.

Dia tak suka baca buku tapi bila dia rasa nak baca buku, dia ambik buku datang dekat aku. Tapi tu semua dekat rumah aku saja la.

Balik rumah dia, auto hilang semua. Auto jadi anak raja arah orang sana sini, auto jadi tantrum pukul orang. Cakap aku pun taknak dengar. Sebab kat sana dia boleh tantrum ada orang nak layan.

So pengajaran dia, banyakkan baca tips parenting suami & isteri. Sayang suami, takkan nak biar suami susah hati sampai ke tua kan.

Didiklah anak tu sebelum terlambat. Didik pasal adab, dosa, pahala. Biar kita tegas & nampak kejam didik anak.

Kita saja tau apa kita buat tu betul ke salah. yang penting elakkan naik tangan. Cuba peluk anak tu, tengok muka dia masa dia tidur. Lama², In sya Allah datang perasaan kasihkan dia.

Walaupun tu anak tiri, status mak tu takkan berubah walau berpisah hidup atau berpisah alam.

Semoga confessor bersabar dengan ujian Allah. Ikhlaskan hati dengan anak tiri, ikhlas sayang dia, ikhlas jaga dia. Aamiin³ ya rabbal’alamin.

– Kalanchoe Blossfeldiana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *