Apa aku nak kongsikan bukanlah tentang sisi buruk ayah aku. Tapi sebaliknya. Betapa baiknya ayah aku yang selama ini aku kenali.
Ayah yang aku kenali, sangat sukar melafazkan kata tapi dari caranya. Terzahir rasa kasih dan sayangnya. Mungkin kerana ayah aku seorang yang pemalu dalam berkata.
Mungkin itu cara ayah aku untuk memberitahu bahawa dia sayang akan anak-anaknya dan ibuku.
Oh ye, ibu aku sudah tiada sedekad yang lalu. Sejak itu ayah menggalas tugas dengan sendiri dan jayanya.
Aku ingat lagi ketika kecil, keluarga kami agak tapi ayah cuba sedaya upayanya cukupkan semua. Asalkan kami dapat makan itu paling penting.
Aku ingat lagi ayah ke tempat kerja naik basikal sebab waktu tu kereta kena tarik.
Mesin basuh tak ada, aku dan kakak cuci guna tangan.
Walaupun kecil, aku memahami keperitan ayah. Tidak kami meminta, kecuali hanya gula-gula dan aiskrim, hehe.
Kami duduk di tengah kota, kampung pula jauh di selatan. Jadi kami hanya akan balik masa raya. Sekali setahun.
Keluarga aku ramai, jadi ada yang balik dulu naik bas. Ada yang naik kereta. Time ni ayah dah mampu beli kereta second hand.
Selalunya arwah ibu bawak adik-adik naik bas, ayah bawak yang besar dan baju-baju naik kereta.
Disebabkan itu tiap kali lepas balik kampung aku akan menangis senyap-senyap di belakang sebab aku tau, tahun depan saja aku dapat berjumpa sepupu dan keluarga besar yang lain.
Hidup semakin baik, dan kebetulan AirAsia masa awal-awal tambangnya murah jadi masa raya kami menaiki itu.
Dapatlah ibu bawak anak-anak naik kapal terbang.
Dan ayah masih memandu sendirian. Aku tau niat ayah hanya untuk anak-anaknya tidak terasa lama lalu jalan darat.
Cita-cita aku dulu ingin menjadi juruterbang, ayah sokong cita-citaku dengan membeli teddy bear pilot. Comel dan aku masih simpan.
Walaupun aku tidak menjadi pilot hehe itu caranya dia menyokong, tidak terungkap. Tapi dapat dirasa.
Ayah, semakin baik hidup kami disebabkan dirimu.
Walaupun kita tidak lari diuji. Asalkan kita masih utuh bersama, tidak akan ada apa dapat memecah walau badai melanda. Hanya kita yang tau apa kita lalui.
Ayah, tidak berkahwin lain sejak ibu pergi. Kerna itu cinta pertama dan terakhirnya.
Ayah, yang sentiasa membantu orang dalam kesusahan, yang sentiasa menerima ujian dengan tenang.
Kini, ayah sedang jatuh sakit. Aku takut, kehilangannya.
Ayah, kuatlah demi kami. Kami masih memerlukanmu.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit