Assalamualaikum. Saya Wawa (bukan nama sebenar). Saya berusia pertengahan 40 an. Disini saya ingin bercakap soal bahaya “DIAM”.
Saya bukan ahli pakar, cuma mahu suarakan pendapat peribadi berdasarkan pemerhatian saya selama hidup ini.
Ya. Ini tentang bahaya DIAM. DIAM ini sejenis sifat. Sama ada berdiam diri atau membisu tanpa jawapan. Selalu nya dikaitkan dengan individu yang berpewatakan introvert atau pemalu.
Saya berikan beberapa situasi untuk pembaca nilai sendiri.
1) Amir baru habis graduasi dengan grade 4 flat, beliau pergi temuduga secara bersemuka. Ketika ditemuduga, Amir lebih gemar berdiam dari memberi tindak balas kepada soalan mengenai hal temuduga.
Oleh sebab itu, setiap kali pergi mencari kerja, Amir akan pulang dengan rasa kecewa dan hampa.
Anda rasa mengapa? Adakah kerana Amir lebih gemar berdiam dari memberi tindak balas? Jika anda majikan, Adakah anda mahu pekerja yang sebegini?
2) Situasi seterusnya pula, Ahmad telah di invite untuk ‘ join meets’ temuduga secara maya. Ketika ditemuduga, Ahmad dengan jaya nya telah lulus temuduga secara maya, Ahmad gemar bertindak balas kepada soalan majikan nya.
Bukan lah banyak bercakap sehingga melalut tetapi lebih kepada sesi menjawab soalan. Ahmad bersyukur kerana berjaya mendapat tawaran kerja.
Adakah ahmad DIAM?
3) Sarah beberapa kali telah memohon jawatan kerja secara “online”. Beliau mendapat tawaran kerja melalui whatsapp. Dan didalam whatsapp, sarah tidak memberi respond sewajarnya.
Beliau “bluetick” sahaja semua arahan pegawai “human resources” syarikat itu. Oleh kerana sarah “bluetick” sahaja semua pertanyaan pihak “hr” syarikat itu, telah menganggap Sarah menolak tawaran ini secara “indirectly”.
Beberapa bulan kemudian, sarah berasa sangat menyesal kerana tidak menerima tawaran ini. Banyak kemudahan dan faedah kepada pekerja di syarikat ini.
Tindakan sarah “DIAM” iaitu bluetick sahaja. Betul kah tindakan ini? Jika tidak mahu boleh saja berikan alasan yang baik. Ibarat mohon secara baik, tolak lah secara baik.
4) Encik Malik sedang mencari jodoh di tempat bekerja nya. Masa terus berlalu. Kemudian Encik Malik telah bertemu dengan Cik Karina. Cik Karina bekerja di sebelah bangunan pejabat nya.
Encik Malik kemudian berkenalan dengan Cik Karina atas urusan kerja. Lama kelamaan Cik Karina seolah memberi hint mempunyai perasaan terhadap Encik Malik.
Bagai orang mengantuk disorong bantal, Encik Malik kemudian menyusun langkah untuk taaruf. Encik Malik sedang mencari bakal ibu kepada anak2 nya di masa hadapan.
Oleh itu, dia lebih berfikir rasional dalam soal ini. Semasa sesi taaruf melalui whatsapp, Encik Malik bertanya beberapa soalan seperti trtulis didalam salah satu buku “Aiman Azlan”. 1001 soalan perlu ditanya Ketika Fasa berkenalan.
Sepanjang sesi taaruf, Encik Malik hanya mesej sebelah petang atau hari cuti. Encik Malik tidak akan mesej ketika masa bekerja atau waktu malam.
Dia juga tidak menggunakan perkataan, ‘sayang, baby atau apa2 perkataan mania’. Jauh sekali meminta gambar atau double meaning.
Tetapi baru memasuki 4 soalan, Cik Karina ‘bluetick” sahaja soalan2 itu. Dan Cik Karina gemar bersikap diam dan pasif terhadap soalan2 Encik Malik.
Dan Encik Malik beberapa bulan kemudian telah berkahwin dengan Cik Farah iaitu rakan pejabat Encik Malik. Hal ini sangat mengejutkan Cik Karina. Dia menangis selama beberapa hari.
Adakah sikap diam dan pasif Cik Karina memberi jawapan ‘ indirectly’ bahawa dia tidak berminat untuk berkahwin dengan Encik Malik?
5) Zulaikha telah berkenalan dengan azrul sebagai kawan masa zaman belajar di universiti. Setelah graduasi, Zulaikha menyimpan perasaan terhadap Azrul.
Azrul juga kelihatan memberi ” hint” kepada perasaan Zulaikha. Selama 3 tahun azrul seolah bermain tarik tali terhadap perasaan Zulaikha.
Suatu hari, Zulaikha telah berterus terang mengenai perasaan nya kepada Azrul. Azrul berdiam diri selama beberapa bulan. Tidak memberi kata putus atau apa2.
Hari berlalu, Zulaikha telah selamat diijab kabul bersama lelaki pilihan keluarga. Hal ini sangat memeranjatkan Azrul. Dia berasa sangat ralat. Dia menyesal kerana berdiam diri ketika Zulaikha mahukan jawapan.
Anda rasa betulkah tindakan azrul menolak cinta Zulaikha dengan berdiam?
6) Maisarah dan abangnya Mikael telah berselisih faham kerana hal keluarga mereka. Selama 10 tahun mereka tidak bersua muka dan bertegur sapa.
Apabila Maisarah mesej abang nya untuk meminta maaf, abangnya tidak memberi “respond” dan lebih gemar berdiam diri. Mungkin Ego yang tinggi.
Suatu hari, abangnya dikejutkan dengan pemergian Maisarah. Sesal nya bukan kepalang. Mikael sangat ralat dan sedih kerana bersikap dingin dan diam selama Maisarah hidup. Satu2 nya adik perempuan telah pergi selama nya.
Adakah diam menyelesaikan masalah?
Saudara dan saudari cukup lah beberapa situasi diatas ini. Disini saya ingin tekan kan, DIAM biarlah bertempat.
Jika ingin diam, pastikan bersebab. Berikan kata sepatah dua jika ingin menolak tawaran.
Berikan kata2 yang baik jika menolak lamaran kerja atau cinta sesiapa. Gunakan budi bahasa yang baik.
Secara tidak langsung, DIAM memberi maksud :
1) Tidak
2) Menolak
3) Tidak terima
4) Tidak setuju
5) Tidak berminat
6) Tak nak
7) Salah
Ya memang tidak.
Jika anda tidak berminat sila beri jawapan. Jangan diam.
Dizaman maya ini, ada apps whatsapp. Jadi jangan hanya bluetick.
Bluetick atau tidak memberi jawapan juga makna nya anda telah katakan tidak.
Jangan gantung hati sesiapa dengan diam. Jangan DIAM. Percayalah DIAM tidak menyelesaikan masalah. Diam hanya mengeruh kan keadaan. DIAM hanya buatkan situasi semakin buruk.
Anda yang berdiam la memberi jawapan.
Ini saja berkenaan tentang bahaya diam.
– Wawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit